Tuesday, May 31, 2011

Bacalah Untuk Diri Anda Sendiri...




Hari ni demam Aliaa dah ok skit,Alhamdulillah....Post entri Aliaa kali ni bukan tentang artis,bukan tentang isu2 hiburan,bukanlah juga tentang kisah diri Aliaa..entri kali ini semestinya berkait rapat dengan kita semua,khasnya umat Islam. FYI, golongan umat Islam di dunia ini  ada 3 golongan  utama, pertama, golongan mukmin,kedua, golongan muslim dan ketiga golongan fasiq. 

Golongan mukmin adalah golongan yang sentiasa patuh pada perintah Allah,mengamalkan cara hidup Islam,golongan yang sentiasa beriman kpd Allah. Bagi golongan muslim pula, golongan ini dikenal hanya sekadar sebagai orang Islam,tetapi tidak betul2 mengamalkan cara hidup Islam. 

Golongan fasiq pula adalah golongan yang paling teruk kerana mereka menyimpang dari agama dan lebih cenderung kepada kemaksiatan, orang yang ingkar dgn perintah Allah,mereka tidak berhukum dgn hukum Allah dan sering mempersoalkan perbandingan Allah. Aliaa selalu bertanya kpd diri sendiri," aku tergolong dlm golongan mana?" Marilah kita baiki diri sendiri,untuk menjadi golongan mukmin yang sejati.InsyaAllah.

Tu hanya sekadar mukadimah saja..hihi..sebenarnya Aliaa nak cite tentang surah Al-Mulk, fadilat2 surah nie, surah ni sangatlah penting tau..Surah Al-Mulk adalah surah untuk keamanan dan keselamatan, ini kerana pembaca2 surah ini dapat menyelamatkan diri dari seksaan kubur yang sangatlah pedih nanti. Setiap yang hidup pasti akan mati, destinasi pertama kita, adalah alam kubur, cukuplah baru setakat berada di alam kubur,sudah bermacam2 cubaan dan seksaan yang tersangatlah mengerikan akan kita tempuhi,jadi sementara masa yang masih ada Allah kurniaankan kpd kita,marilah kita amalkan membaca surah Al-Mulk sebagai bekalan dan perlindungan apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini kelak. 






Banyak kelebihan Surah Al-Mulk (muka surat 562)

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2.  Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

5. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

6. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk." Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."






Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER!!

Assalamualaikum & Aloha!!


Tingin plak nak jOin segmen abang Ben kali nie,memandangkan abang Ben nak redah blog blogger yang follower bawah 500 saja,jadi layak sangatlah Aliaa nak sertai segmen kali ni,ape salahnye, TQ abang Ben ^_^ (untuk ke link blog abg Ben,klik header bawah nie)segmen nie tammat smpai pukul 10 malam nie jer.



.oK.Tata.Peace.

Saturday, May 28, 2011

Binatang pun ada Hak!

Assalamualaikum & Aloha!!

Berdasarkan tajuk entri ni pun mesti korang dah agak Aliaa nak membebel pasal apa kan? Sebenarnya, hati ini ingin berkongsi pendapat dan nak meluahkan rasa hati yang sedih tengok binatang dikurung ditendang tanpa belas kasihan. Sesungguhnya kan binatang tu adalah makhluk Allah jugak, macam kita sebagai manusia, cuma manusia dikurniakan akal fikiran dan darjat yang lebih tinggi berbanding makhluk Allah yang lain, tapi haruskah kita sebagai manusia mensia2kan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT??? 



Aliaa sedih tengok kadang2 ade binatang yang kena langgar ngan kenderaan tengah2 jalan, ase sedih sgt5...korang bayangkanlah haiwan tu makhluk Allah, die pun sakit jugak bile kene langgar,kene tendang kan? Lagi ase sedih bile tengok binatang dikurung, contoh yang terbaik ialah burung, burung perlu diberi kebebasan, die ade sayap,die perlu terbang, die pun ade family,ade anak2 kan?? 

Dekat umah Aliaa nie, jiran baru2 nie bela burung tau, tapi tiap2 hari Aliaa tengah sidai kain atau siram pokok ke, mesti ase sedih sgt tgk burung tu kena kurung dalam sangkar, bertambah sedih lagi tengok, sangkar tu dahla kecik, pastu burung tu dgn penat lelah cube jugak nak terbang...Ya Allah, sesungguhnya bukalah hati org yang kurung burung tu supaya lepaskan dia. Tu burung, tapi kecualilah macam binatang yang membahayakan manusia tu cite lain la,cam harimau,ular ke kan, diorang ade habitat diorang sendiri,xyah la kacau. Lau x silap Aliaa,haiwan yang membahayekan dan boleh memudaratkan yang dpt pahala apabila dibunuh ialah contohnya lipas,cicak,kala jengking,lipan, dan ular. 

Selain burung,semalam Aliaa tengok National Geographic tau, cite tentang Cimpanzi, haiwan ni terancam,bukan ape,sebab diorang selalu dijadikan bahan eksperimen dan ujikaji dan sentiasa dikurung. Ade cimpanzi nie, bernama David, umur die dah tue,23 tahun, diorang dh nak bebaskan die,nak lepas dekat tanah lapang,tempat yang ade rumput..tapi bile sampai2 kan,die takut sangat nak pijak rumput, die x berani,x biase,sedih n kesian bile tgk macam tu..dekat tanah lapang tu banyak Cimpanzi yang dilepaskan bebas dah..diorang nampak seronok dapat jumpe, diorang berpelukan, macam kitela kan manusia,bile dh jumpe kawan lame,mesti rindu,ase nak peluk,samela jugak mcm diorang. 






Binatang selalu berzikir kepada Allah, tapi kite xtau, jadi kite yang ade akal fikiran ni selalu terlupa benda2 mcm tu kan? Fikir2kanlah. Ape kite rase bile kite dikurung macam yang binatang2 ni selalu hadapi?? Tepuk dada tanyalah selera. Insanlah terhadap binatang ^_^

::Renung2kanlah bila tgk video2 nie, subhanAllah::










.oK.Tata.Peace.

Friday, May 27, 2011

10 Tings dat would make me C.R.Y

Assalamualaikum & Alohaa!!!

EllO suma ^^...tOnite nak share, actually, there r few things yg bleh buat Aliaa menitis air mata..huhu...nak kata emo, biase2 jer, sensitive tu standard la kan,name pun perempuan, tapi xdela sgt coz Aliaa pun sowang je perempuan dlm famili,suma lelaki, except lah my mama..hihi..hmm..terase nak listkan plak,tings dat make me cry,Aliaa pun nak tgk,ape yek,kadang2 diri sendiri pun x sedar,hukhuk..:

I will eventually C.R.Y when....:


1.Bila kehilangan orang tersayang (famili members,sedara mara,org istimewa,teman2 rapat) dalam idup.
2.Bila tgk my mum sedih
3.Bila ayah Aliaa sakit.
4.Bila ditengking oleh orang yang Aliaa sangat sayangi.
5.Bila hilang gadget2 kesayangan, e.g: my lappy,my camera,my memory card
6.Bila tengok cite sedih2 dekat wayang ataupun time tgk cerekarama dkt umah.
7.Bila tengok tv, tunjuk orang diseksa atau dibunuh kejam.
8.Bila tengok dunia sekeliling yang diancam dgn bencana alam dan peperangan,e.g:   Tsunami,Pesengketaan di Gaza
9..Bila difitnah tentang sesuatu dengan tak semena2
10.Bila dapat keputusan cemerlang dalam exam, tanpa disangka2


Dats all for sharing ^^, see u later ^_^



.oK.Tata.Peace.




Thursday, May 26, 2011

Dah besar panjang pun Dakota nie ^_^

Assalamualaikum & Aloha!!

Ello, hows the day??..hihi..utk kali nie,Aliaa nk buat satu entry tentang actress yang Aliaa minat nie..hihi..Aliaa ikut dari pelakon nie kecik2 lagi.tgk muvie2 yg dia lakonkan mmg best2 . Pelakon nie selalu membintangi high profile films di Hollywood, dahla kiut miut,cOmel cangat5. Lakonan budak nie mmg berkesan. Antara mOvie lakonan budak kiut nie yang pOpular ialah War Of The Worlds, I am Sam, Charlotte's Web, Dreamers, Taken, n macam2 lagi..bile dah besar dah, die belakon cite Twilight gitu..huhu,n yang akan datang nnt The Runaways skali dengan Kristen Stewart..

ellO, saye suke berlakon ^^

Name die Hannah Dakota Fanning, ade lagi sowang adik Elle Fanning, adik die pun jadi pelakon jgk..kirenye ikut jejak langkah akak die,..same2 ade bakat ^_^ sekarang dah umur 17 taun dah pun.

saye Jane Voultari dlm Twilight ^^



Personal Quotes of Dakota Fanning:

"It's fun to know what I want to do - you know, when I grow up. I have friends who say, 'Oh, maybe I'll be an astronaut or whatever.' But it's cool to want to do this forever. I knew from my first commercial that I wanted to be an actress."

"I've always wanted to be an actress, ever since I was a little girl. I've always played the mom and I play my sister as the daughter. I wanted to be an actress on television and movies instead of just around the house."




::Orlando bloom tolong angkatkan Dakota ,cangat cuwit::








Dakota said: I think Orlando Bloom is cute. I met him at an awards show. I was actually nominated and I won that one. When I went up on stage, they didn't have a step for me to step on at the Critics' Choice Awards so he had to hold me up. He held me for a LONG, LONG time!

in cOnclusion:bila dah ade minat,ape pun jalan ^_^


haaa..sebelum tu, kalau dekat Malaysia plak, sape x kenal budak cOmel sorang nie, adik Mia Sara Nasuha yg pandai belakon nie...x lame lagi makin cun lah,kecik2 pun comel sgt5 ,ade fb lagi tu, berpuluh ribu peminat dah^^



saye tau saye cOmel,time kasih ^^


adik mia dalam nur kasih^^




.oK.Tata.Peace.

Tuesday, May 24, 2011

Kenikmatan Bersama Bidadari di Syurga


Saya nak bercerita tentang nikmatnya bersama bidadari syurga, bidadari syurga adalah ciptaan Allah yang sangat indah,masyaAllah...mari kita menyelami apakah maksudnya disebalik kenikmatan bersama Bidadari Syurga itu, khasnya untuk kaum Adam ^_^. Sesungguhnya Allah akan mengurniakan nikmat yg tidak terhingga kepada penghuni Syurga kepada kaum Adam, contohnya dikurniakan nikmat bersama bidadari. Jom kita baca tentang bidadari?? Bleh tambah ilmu lagi kan ^^

Mempunyai 4 Warna

 Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah2 itu tidak satu pun yang pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga dibuat daripada jalinan bata yang mana dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak dan tanahnya dari misik atau za'faran,debu, lantainya dari kasturi yang semerbak harum dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat2 pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad,daun dan buahnya berada di bawah,maka seseorang tidak menghadapi kesukaran utk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

" Allah S.W.T telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna,iaitu putih,hijau,kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan  kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkih. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andai kata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah S.W.T. Pada setiap tangannya mengenakan 10  gelang dari emas,  memakai cincin sebanyak 10 bentuk pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."


Dikahwinkan dengan 72 Bidadari

Sekurang2nya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 org ketika makan,minum dan senggama. Diciptakan bidadari secara langsung oleh Allah S.W.T dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan2 bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya,cantik,manja,rindu, dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran,haid,nifas,kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana2 jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sarang burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yg tembus, yg sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sum2 betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yg melekat di kulit luar.

Dikurniakan Allah S.W.T cahaya pada wajah bidadari seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Menanti dan Merindukan Kedatangan Suaminya

 Di dalam bilik2 syurga ada ruangan luas yg diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dgn segala macam marmar bewarna. Berterbangan burung2 seperti burung bulbul, murai atau merpati yg pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dari zamrud,batu merah,batu delima merah jingga,serta emas dan perak.




Di dalam bilik yg sebegini indah inilah, tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu2 rindu bagaikan orang yg sedang mabuk bercinta. Setiap kali mereka mendendangkan lagu2 pujaan yang menyebut2 suami mereka, setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkhemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dgn sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya.

Di akhir zaman ini...seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu mejadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya,suatu perhambaan yg tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yg memilih perhiasan "palsu" ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih utk menjadi "bunga sejati". Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi "bunga plastik". Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Wanita sentiasa ada pilihan,maka pilihlah. Wanita hanya akan layak menjadi "bunga sejati" jika hati tunduk kepada Allah S.W.T. Maha Suci Allah yang telah memuliakan wanita dengan sifat-sifat solehah...








Monday, May 23, 2011

Segmen Kreatif Ben Ashaari Kini Kembali!


p/s: Tengs to abang Ben sebab sudi buat entry terharu tu,x sangka plak, Aliaa pun terharu jugak..hukhuk

Saturday, May 21, 2011

Jom Promosi Blog "Bersama Rizwan Ewan"

Ehh3...ape yang famili Simpsons tu excited sangat nak tgk dekat TV tu, ramainyerrrrr!!!


























rupa-rupanya diOrang ::klik:: channel nih! Nak jOIn bLoglist oleh Rizwan Ewan...patutla nak klik cepat2 sebab sampai pukul 11 malam ni jer!...apelagi,klik la ramai2,jOin same2,meriahkan blOlglist nih ^_^
|
|
|
|
|






























Tag orang----->::Aisyah::
                   ----->::Amira::

Hensemkah Vampire???


Hmm..nampaknya hujan x berhenti2 lagi dekat sini sejak semalam...sejuk jer....cuba teka? Binatang apa yang suke keadaan sejuk dan lembap n takde cahaya matahari??...jawapannya,mesti korang dh tau punye...Vampire lah kan..slalu tgk kat TV tu....perasan x zaman sekarang cita sal Vampire nie belambak2 dekat wayang, even,game pun ade game vampire,antara cita yang menjadi kegilaan ramai sal vampire nie cita BLADE, QUEEN OF THE DAMNED, VAN HELSING, & semestinya remaja2 perempuan ramai minat sangat cite TWILIGHT, cair dengan kehenseman "Si Vampire Baik" kononya a.k.a Edward Cullen yang dilakonkan oleh Robert Pattinson ni kan??
 Tapi taukah anda kisah sebenar di sebalik kewujudan makhluk2 Vampire nie?? Meh cini, jom kite selongkar asal usul kewujudan makhluk ini atau juga dikenali sebagai Dracula dan ketahuilah kebenaran di sebaliknya.....------->

Mendengar kisah mengenai Dracula @ Vampire nie, ramai pihak yang masih keliru betulkah makhluk ini benar2 wujud @ sekadar mitos rakyat yg terkenal di seluruh dunia. Penyelidik telah terjumpa sebuah novel seram bertajuk "Dracula" yg ditulis oleh Bram Stoker diterbitkan pada tahun 1897. Lagenda seram Vampire mula menjadi popular di seluruh dunia menerusi novel ini.

Para penyelidik memikirkan bahawa sebenarnya dracula ini tidak wujud dan hanyalah sekadar khayalan Stoker ada juga segelintir pihak muncul dgn satu lagi persoalan, adakah kisah itu ditulis brdasarkan imaginasi penulis itu semata2 @  sememangnya ia adalah kisah seram yg didengari Stoker dan ditulis semula sebagai cereka sejarahh???

Kebanyakkan penyelidik percaya bahawa vampire yg menjadi inspirasi tulisan Stoker sememangnya wujud tetapi ia bukanla makhluk berupa hantu yg menghisap darah manusia untuk terus hidup. Penyelidik percya,bahawa sebenarnya kisah dracula yg ditulis oleh Stoker diinspirasikan drpd sejarah hidup Vlad III Dracula iaitu seorang pemimpin Romania yg tersangat5 lah kejam yg juga turut digelar "Vlad Si Penyula". Nama sebenarnya ialah Putera Vlas tapi ramai memanggilnya Dracula sempena gelaran yg diberikan kpd bapanya. Bapanya dianugerahkan Pingat Tertinggi Naga kerana keberaniannya menentang Tentera Islam dlm Perang Salib dan digelar Vlad II Dracul di mana "Dracul" dlm bahasa Romania bermaksud "naga" @ "syaitan" . "Dracula" iaitu nama timangan Putera Vlad bermaksud "anak Dracul" dan kalau dilihat balik maksudnya ialah anak syaitan!!! Astagfirullah....


Satu tragedi buruk telah berlaku apabila Dracula ditahan dan dijadikan tebusan oleh Sultan Turki selama 6 tahun iaitu dari 1442 hingga 1448. Selepas bebas dari tahanan, dia mendapati bapanya dh mati dibunuh oleh pihak musuh. Kematian bapanya menyebabkan dracula berazam utk menuntut bela. Apabila sudah dewasa, dracula berjaya merampas kembali takhta kerajaan bapanya dan menjadi pemerintah Wallachia dan Transylvania. Sejak menjadi pemerintah dia menjadi seorang yg sgt2 kejam dan tidak berperikemanusiaan,tiada tolok bandingannya. Kekejamannya dikenang sehingga hari ini oleh masyrakat Romania.

Korang mesti x terpikir manusia bertopengkan makhluk Jahannam ni sanggup meyeksa insan lain sekejam2nya, Aliaa baca pun sangat2 sedih dang terkejut..inilah yang dikatakan anak syaitan!! Korang nak tau x kekejaman yg macamana?? Jom bace lagi! Kita selongkar lagi!!

Kekejamanya tidak sahaja kpd musuh2 tetapi rakyatnya sendiri. Antara kekejamannya ialah, Dracula sgt gemar menyiat kulit mangsa yg masih hidup, merebus, memotong tubuh badan dan membutakan mata mangsa selain membakar mereka hidup-hidup!!



Dracula digelar "Vlad Si Penyula" kerana gemar menyula mangsanya dan meninggalkan mangsa dlm keadaan terseksa dlm beberapa hari sebelum mati. Mayat itu kemudiannya dibiar di tempat awam utk dimakan burung hering dan dipertontonkan secara trbuka smata2 sbg peringatan akibat buruk kpd sesiapa yg ingin menentangnya. Kekejaman Dracula tiada batasnya. Manusia jahannam ini pernah mengarahkan tahanannya berjalan sejauh 80 kilometer dari Targoviste ke Poienari dan sebaik sampai mereka x dibenarkan berehat tetapi dipaksa membina kubu yg dikenali sbg IStana Dracula. Lagi kejam,semua tahanan dibung selepas kubu siap dibina.



Selain itu, kekejaman Dracula terhadap rakyatnya lagi ialah,dia menjemput penduduk miskin dan berpenyakit utk menghadiri jamuan makan di sebuah dewan. Sebaik mereka memasuki dewan itu, pintu dewan ditutup dan dikunci, dewan itu dibakar,semua penduduk miskin dan berpenyakit mati di dalamnya dlm keadaan rentung!

Sekitar 1462, sebaik mendengar berita bahawa kerajaan Turki akan menyerang kerajaanya, dracula bertindak membakar seluruh kampung yg akan dilalui tentera musuhnya,malah menyalib 20000 askar Turki sebagai "sambutan kedatangan" tentera Islam berkenaan.

Kejadian paliiinnnngggg kejam berlaku apabila terdapat golongan peniaga di Brazov ebggan bayar cukai kpd kerajaan Dracula. Sebaik menerima laporan itu, dia terus marah dan mengarahkan tentera menyerang kwsan berkenaan. Seluruh bandar dibakar dan penduduk yg ditawan akan dibunuh kejam di Timpa Hill. Diceritakan bahawa anak  kecil yg ditangkap dlm serangan akan dipanggang!! Manakal ibunya dipaksa memakan daging panggang anaknya. Tahanan lain juga disiat2 kulit mereka dan direbus hidup2. Lebih kejam apabila trdapat tahanan yg dicincang sehingga lumat!! Cuba korang bayangkan, kejam nak mampos manusia jahannam nie!!!


Penyelidik percaya dracula sebenarnya tidak pernah wujud langsung, populariti novel seram Stoker menyebabkan watak hantu Vampire terus kekal menghantui seluruh dunia sehingga kini!! Daripada kisah Putera Vlad ini, sebenarnya sudah jelas menunjukkan kepada kita, Syaitan dan Iblis semakin bermaharajalela, cuba menyesatkan orang ramai supaya memuja dan meminati Vampire yg bertopengkan mereka! Lihatlah lambakan filem2 yg brkonsepkan Vampire dan Dracula pada hari ini!! Sedarlah kawan2, jauhilah diri kita daripada terjatuh dalam kancah permainan Syaitan! Sekian.

*Dipetik dari novel MISTERI DUNIA, muka surat 79-83


Friday, May 20, 2011

Hari ni hari Jumaat...

Assalamualaikum & Aloha

Rase macam dah lame plak x update dekat blog ni,xpelah..kisah ape an,sape kisah Aliaa update ke x?..suke hati jelah kan..huhu...sape sgt nk tgk..Aliaa juz nak taip2 dekat blog...,nak share skit tentang kuliah subuh yang Aliaa g dengar awal pagi tadi dekat masjid bukit tinggi nie ha..*dekat dgn umah jer..lepas2 solat Subuh tadi ustaz ade cerite dalam satu hadis nie...terdapat beberapa golongan dekat dunia nie yang Allah sangat muliakan..x ingat bape golongan tapi antaranye.., orang-orang tua dan pemuda yang khusyuk,golongan2 inilah yang membantu kita untuk terus berada di dunia ini di bawah keredhaan Allah..

Sekarang tengok kalau pegi masjid je mesti ramai orang tua je kan? nape macam tu ye? sebab kite dah berada di akhir zaman,anak2 muda yang lain masih dibuai mimpi tgh tido...Jomla sebagai anak2 muda remaja yang masih sihat walafiat nie kite berjinak2 pergi ke masjid ataupun surau,tapi yg paling wajib lelaki la....perempuan pun bole,ape salahnye kan? malam jumaat & pagi jumaat mase yg sesuai untuk g masjid,sebab hari jumaat kan penghulu segala hari,Hari Sayyidul Ayyam...lagipun masjid kan rumah Allah, terase tenang je bile ade dekat masjid...tanpa kehadiran kite sebagai remaja, pewaris mase akan datang,sape lagi kan? Tepuk dada tanya selera ^_^

p/s: kalau orang g masjid ke surau ke *mindset orang mesti ckp.."alaa..die kan budak baik", "insafla tu..","malasla nk g"...please...tolonglah jauhkan minda drpd berfikiran sebegini, sesungguhnye kite kan orang Islam, masjid itu adalah tempat kite untuk mendekatkan diri kpd Yang Maha Esa. Fikir2kanlah ^^



Monday, May 16, 2011

Ayat-ayat C.I.N.T.A

Cinta datang dengan takdir Ilahi...
Ia datang membawa kebahagiaan, 
terkadang membawa kedukaan...
Pesona di hati ingin sekali berkongsi memori bersama...

Cinta datang dan pergi
Hati yang berhabuk, digilap kembali..
Kehadiranmu membawa sinar harapan
Ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
Kisah yang lalu jangan dikenang lagi...
Apa yang sudah berlalu sudah jauh meniti hari...

Cinta datang dengan kehendak Yang Maha Esa
Dua hati saling memerlukan, sungguh indah ciptaan Tuhan
Apabila diri ini bersuara ingin menjadi yang terbaik 
Allah membuka ruang untuk cinta yang terbaik
Setiap yang berlaku, pasti terselit hikmahnya....

Setapak diriku melangkah..
Dua langkah ingatanku padamu
Menginjak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama...

Layar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang...
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang...
Bila sampai waktu, kita akan bersama
Hamba ini hanya merancang, Allah sahaja yang menentukan....








Dapur Berasap :)

Filet Ikan Dori Sweet Sour



Apa yang perlu ada??
2 or 3 keping filet ikan dOri
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris jugak)
3 or 4 cili kering
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung gOreng
Sedikit perencah yang berempah( x kisah ape pun)
Kunyit paling penting
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar
Sebijik tOmato

Untuk Ikan Dori:
Potong filet ikan dori yg besar tu kecik2 skit.Lumurkan ikan dori dengan garam, pastu letak perencah berempah,pastu kunyit, sedikit sos tiram, panaskan minyak....~then guling2kan ikan dori yang dah digaul dgn tepung goreng..pastu goreng! api jangan terlalu kuat, bagi masak elok2, pastu...angkat letak dalam pinggan dulu..hihi

Untuk Sosnya:
Tumis bahan2 yang dihiris tadi sampai wangi! Pastu masukkan semua sos yg dh dinyatakan dgn cili kering skali n sedikit air,bila dah mendidih sesuaikan rasa then masukkan daun ketumbar dan tomato yang dh dipotong dan tutup api!

Tuang sos yang dh buat tadi tu atas filet ikan dori yang dh digoreng tadi dan hidangkan!

Selamat mencuba!..hihi..^_^


_________________________________________________________________________________

Spaghetti Bolognese Special 



Bahan2nya:

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato 
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa

Cara2nya:

Bagi yg Muslim,mulakan dengan Bismillah dlu tau okeh,then start :)...Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega @ minyak (kalau guna minyak zaitun lagi bagus) untuk bagi tak melekat, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.And lau nk bagi sedap lg, taburkan keju Mozarella dkt atas pinggan yg berisi spaghetti tue k. Kepada yg vegetarian, untuk lebih berkhasiat dan sihat,bleh je tambah dgn sayur brokoli ke,salad ke @ in other words green vege ye :)

p/s: klau nak senang,lagi mudah dan cepat aliaa sarankan korang guna sos spagetti yg dh siap dlm tin jenama Prego, yg tu konfem sedap hingga menjilat sudu garpu...hehe :)

Selamat Mencuba!

___________________________________________________________________________________


Sup Ikan Dori

 


Bahan2nya:


1/2 isi ikan Dori
Isi Ikan Dori
1 Lobak Merah @ Carrot
1 Batang Saleri
1 ulas Bawang Putih
1/2 Bawang Besar (depends)
Sedikit Halia
Daun Sup
Lada hitam
Garam secukup rasa
Air








Cara2nya:
Firstly, cuci tgn bersih2, baca Bismillah, okh,then start, panaskan minyak (sikit je) n masukkan bawang merah n bawang putih yg sudah dipotong td,then tumis. Lepas tu,masukkan air, agak2la, then terus masukkan isi ikan dori, carrot, batang saleri,daun sup,halia.Then kacau elok2, masukkan sedikit garam, lada hitam,kacau n tunggu biar bagi mendidih,sambil tu rasela skit,mane tau,x cukup garam lagi ke,nk pagi perfect lg rase sup tu kan. Okay,bila dh puas hati ngan rasa sup tu,then biar kejap bg mendidih elok2. Time tu dh bleh serve dah :)

p/s: Batang Saleri n Daun Sup yang digunakan dlm sup ni,adelah utuk menaikkan aroma sup ni tau...rase lg sedap,lau bt sup xde daun sup,xde maknelah kan..huhu...maybe korang nk bagi cepat n xnak susah2 lau nak guna perencah Maggi Cukup Rasa tu ok je.



Gift for newly wed couples