Tuesday, May 24, 2011

Kenikmatan Bersama Bidadari di Syurga


Saya nak bercerita tentang nikmatnya bersama bidadari syurga, bidadari syurga adalah ciptaan Allah yang sangat indah,masyaAllah...mari kita menyelami apakah maksudnya disebalik kenikmatan bersama Bidadari Syurga itu, khasnya untuk kaum Adam ^_^. Sesungguhnya Allah akan mengurniakan nikmat yg tidak terhingga kepada penghuni Syurga kepada kaum Adam, contohnya dikurniakan nikmat bersama bidadari. Jom kita baca tentang bidadari?? Bleh tambah ilmu lagi kan ^^

Mempunyai 4 Warna

 Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah2 itu tidak satu pun yang pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga dibuat daripada jalinan bata yang mana dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak dan tanahnya dari misik atau za'faran,debu, lantainya dari kasturi yang semerbak harum dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat2 pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad,daun dan buahnya berada di bawah,maka seseorang tidak menghadapi kesukaran utk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

" Allah S.W.T telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna,iaitu putih,hijau,kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan  kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkih. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andai kata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah S.W.T. Pada setiap tangannya mengenakan 10  gelang dari emas,  memakai cincin sebanyak 10 bentuk pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."


Dikahwinkan dengan 72 Bidadari

Sekurang2nya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 org ketika makan,minum dan senggama. Diciptakan bidadari secara langsung oleh Allah S.W.T dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan2 bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya,cantik,manja,rindu, dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran,haid,nifas,kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana2 jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih bercahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sarang burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yg tembus, yg sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sum2 betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yg melekat di kulit luar.

Dikurniakan Allah S.W.T cahaya pada wajah bidadari seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Menanti dan Merindukan Kedatangan Suaminya

 Di dalam bilik2 syurga ada ruangan luas yg diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dgn segala macam marmar bewarna. Berterbangan burung2 seperti burung bulbul, murai atau merpati yg pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dari zamrud,batu merah,batu delima merah jingga,serta emas dan perak.




Di dalam bilik yg sebegini indah inilah, tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu2 rindu bagaikan orang yg sedang mabuk bercinta. Setiap kali mereka mendendangkan lagu2 pujaan yang menyebut2 suami mereka, setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkhemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dgn sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya.

Di akhir zaman ini...seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu mejadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya,suatu perhambaan yg tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yg memilih perhiasan "palsu" ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih utk menjadi "bunga sejati". Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi "bunga plastik". Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Wanita sentiasa ada pilihan,maka pilihlah. Wanita hanya akan layak menjadi "bunga sejati" jika hati tunduk kepada Allah S.W.T. Maha Suci Allah yang telah memuliakan wanita dengan sifat-sifat solehah...








3 comments:

SANDRA AZWAN said...

Seronok baca entry nie....thanks for sharing..;-)

faLiaa said...

same2~hihi :)

Mrs. Farhan said...

Wahhh, nice info. Awak, saya tag awk. Jangan lupa terjah k.

Gift for newly wed couples