Friday, June 24, 2011

SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...





Kita bertemu lagi di segmen oleh Bro Nasz!...hihi ^^...okeh...segmen ni sewius best,my wish,kalau nak disenaraikan memanglah banyak wish gue...hikhik...

Ceritanya bermula, aku sedang berjalan-jalan pulang ke rumah. Aku berjalan melalui sebatang jalan yang sunyi. Aku pun jalanlah dengan penuh keberanian yang membara. Tiba-tiba sebuah teko lama jatuh di depan aku. Aku pun terkejut. Aku tengok tengok tu. Dalam takut-takut tu, aku pun pegang teko lama tu. Aku pun terfikir, "teko apa ni? Berhabuk la".  Aku pun lap teko lama tu dan tiba-tiba asap putih pun keluar dari teko tu. Aku terduduk sambil tengok asap putih tu membentuk seorang lelaki yang tampan. "Assalamualaikum, saya adalah Jin Teko. Oleh kerana, awak telah membuang habuk pada teko saya, saya akan tunaikan satu WISH".

Aku terpesona seketika setelah melihat lelaki tampan  keluar dari teko lama tersebut, dah alang-alang Jin Teko nak tunaikan satu wish, jadi dalam hati aku terus terdetik...ting!! dah ada lampu kuning menyala dekat atas kepala aku..hihi...baiklah...wish aku,aku nak pergi bercuti di langit,percutian selama 3 bulan!!...hihi..macam kawasan di antara awan2 biru...dekat situ ada satu rumah yang sangat cantik yang terletak di atas satu pulau yang terapung2 di udara...aku nak p bercuti ni xkanlah sorang2,dengan orang istimewa la,dekat rumah tu dah ada semua kelengkapan dan kemudahan,kalau nak pegi jalan2 dekat kawasan langit boleh naik awan yang terapung2 yang boleh terbang..


Macam dalam cite Dragon Ball tu..hihi..ala yang Goku selalu naik tu..pastu ada burung2 yang sangat jinak dan cantik berterbangan ,contonhya burung Cenderawasih..hihi..pastu,lau nak makan dekat kawasan langit tu ada satu restoran eksklusif yang terapung2 jugak, restoran tu boleh bergerak round2 kawasan langit...dekat kawasan tu cuaca sentiasa baik. Kebetulan pulak, jiran aku si pak cik dalam cita Disney Up dengan budak pengangkap yang comey lagi debab tu, diorang selalu ajak aku pegi singgah umah...


Diorang bawak jalan2 sekali naik umah diorang yang boleh terbang yang letak belon banyak2 tu...haha...kuda pegasus pun ada selalu dok terbang sana sini..bleh naik skali,jinak tau...hero komik aku pun ada tau,Superman selalu lalu lalang singgah..sebab dia selalu gi berhenti makan dekat restoran eksklusif tu..seingat aku restoran tu namanya Rainbow Restaurant,sempatla jugak aku g amik autograph Superman,pastu dia terus nak cepat sebab dia nak balik dekat port dia ngan geng2 Justice League dekat dengan planet Marikh tu...





Superman






pastu,aku snap banyak2 gambar yang menarik tau..lepas dah 3 bulan bercuti di langit yang penuh awan biru,aku pun balik rumah di tanah rata, aku balik,guna awan yang boleh terbang tu,tapi waktu nak landing tu ade masalah skit..tibe2 aku ase sakit kepala..gedebuk jatuh!!...bukak2 mata...ceh,aku mimpi ka tadi,sampai terjatuh katil...aduyai..kuang3

Kesimpulannya,nanti kalau korang jumpa apa2 benda terbuang,benda yang lama,jangan di buang macam tu sahaja,ce usap bagi cantik balik,mana tau bleh buat wish ka??? ~ngee (n_~)



Cerita di atas ni hanyalah rekaan semata2,tiada kena mengena langsung dengan alam yang nyata ini
Marilah kita meriahkan Segmen SImple:My Wish oleh Bro Nasz,check it out ^^

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam


Sunday, June 19, 2011

Lelaki "GAJAH"



Entri Aliaa kali ni agak menyedihkan dan sebagai satu pengajaran kepada kita semua...ini adalah salah satu kejadiaan dari ciptaan Allah SWT...masyaAllah...kita tgk dkt tv ada baby yang dilahirkan berkepala dua, ada kembar siam suma kan?...Allah berkuasa atas segala2nya dan semua yang Allah ciptakan ada hikmah disebaliknya...marilah kita sama2 bersyukur...sesungguhnya ada lagi  orang yang jauh lebih susah daripada kita di dunia yang fana ini...ini adalah kisah seorang insan dari negara China bernama Huang Chuncais...


Kalau nak diikutkan Huang sudah berusia 37 tahun...ketumbuhan yang dialaminya sejak kecil sangat memeritkan baginya untuk meniti hari-hari yang mendatang...Huang berkata.."Bagi saya,saya anggap tiap2 hari yang mendatang adalah hari-hari saya yang terakhir di dunia ini.." Huang mengalami satu penyakit yang sgt5 jarang berlaku kepada manusia iaitu neurofibromatosis sejak dari kecil lagi....

Huang mengalami kesukaran utk bercakap serta makan  dan minum

Huang bersama saudara maranya

Huang digelar sebagai "China's Elephant Man" . Beliau menderita satu sindrom daripada pembentukan satu tumor yang sangat besar di mana membantutkan pertumbuhannya. Tulangnya tidak mampu untuk berfungsi dengan baik, menyebabkan buah pinggangnya selalu sakit dan beliau susah untuk bernafas dan bercakap. Sekarang..Huang cuba melakukan pembedahan yang berisiko untuk cuba meringankan tumor di mukanya melalui plastic surgery. Impian utama beliau adalah beliau mahu mencari duit sendiri untuk membalas jasa ibu dan bapanya atas kasih sayang yang mereka telah curahkan kepadanya. Huang suka bermain dengan anak saudaranya dan suka berjalan2 melihat pemandangan matahari terbenam bersama adiknya ^^

Huang bersama adiknya yang sentiasa prihatin

Huang bersama anak saudaranya
Huang suka berjalan2 melihat matahari terbenam

Anda lihatlah sendiri...





.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Segmen Simple: Saya Sayang Ayah....




Terima kasih kepada saudara Nasz yang meng"tag" ALiaa untuk join segmen2 beliau...Bersempena Hari Bapa ni kite cakap pasal ayah kite lah kan?? Malam semalam x berupaya nk meng"update" belog nie sebab sakit kaki terpijak tebuan dekat dapur rumah..Ya Allah....terkejut Aliaa..serius x perasan ade tebuan tau,tapi Aliaa cepat2 buang sengat dari tumit kaki Aliaa,...Alhamdulillah skang dh ok skit, pagi td g kelinik,kena inject la plak..adehh...sape yang bawak ALiaa g kelinik?? Sapa lagi,kalau bukan ayah Aliaa yang selalu menjaga dan mengambil berat terhadap anaknya...^^


Okeh...kena buat satu ayat supaya simple kan:

Ayahku adalah umpama permata yang tidak ternilai harganya,di mana kan ku cari ganti serupa dengan Ayahku lagi,saya sayang Ayah saya.





Saturday, June 18, 2011

Gangguan Jin melalui Telefon!




Entri untuk kali ni, kite pegi ke alam mistik skit...sebenarnya,ramai orang sering diganggu oleh makhluk yg dilaknat Allah ni, mereka diberi satu keistimewaan,mereka boleh melihat kita,tetapi kita tidak dpt melihat mereka (x hingin lah nak tgk)...naik seram sejuk plak rasa..huhu...Ya Allah..jauhila hamba dari gangguan makhluk terkutuk ini...

Semalam Aliaa dah tonton satu video ni di You Tube, x pasti di negara mana,tapi maybe Australia kot,x sure,seorang perempuan muslim call rancangan tu secara live bertanyakan seorang Sheikh tentang gangguan yang di alaminya...selama beberapa minit,suara perempuan tu ok lagi,normal ja...tapi lepas2 tu,dah mula dah..jin yang mengganggu perempuan tu merasuk perempuan tu semasa sedang cakap telefon dgn Sheikh terbabit..berdasarkan video ni,jin dalam telefon itu ialah Jin Kafir yang telah dihantar oleh seseorang yg mengamalkan ilmu hitam...







Tanda-tanda ketika berjaga

1.Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·

2.Suara berubah ketika marah.·

3.Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia mengigit lidahnya.· 

4.Berjalan terhoyong-hayang.·

5.Cara makannya menjijikkan.·

6.Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir ataubersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·

7.Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·

8.Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·

9.Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·

10.Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·

11.Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·

12.Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·

13.Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·

14.Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.

15.Selalu bermimpi.·

16.Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. 

17.Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.

18.Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semuaorang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·

19Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·

20.Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·

21.Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.·

22.Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·

23.Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·

24.Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·

25.Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuhatau berzina.· 

26.Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidakberdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·

27.Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·


28.Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .




Tanda-Tanda Sewaktu Sedang Tidur

1.Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·


2.Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh· la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·


3.Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·

4.Kerap terjaga tidur di waktu malam.·

5.Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus· Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·

6.Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·


7.Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

Dipetik dari: Petunjuk Gangguan Jin



Amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk elak dari perkara sebegini



1. Solat berjemaah di masjid atau surau (tempat di mana azan dilaungkan).

2. Sentiasa berwudhuk.

3. Baca بـِسـْــم ِ اللهِ الرَّحـْــمـَـٰــن ِ الرَّحِــيم ِ dalam semua perbuatan dan pekerjaan.

4. Amalkan selepas solat subuh 100 kali.

لاَ إ ِلـَـٰــهَ إ ِلاَّ اللـَّـهُ وَحـْــدَهُ لاَ شـَــر ِيــكَ لـَـهُ، لـَـهُ الـْـمُـلـْـكُ وَلـَـهُ الـْحـَمـْــدُ يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ وَهُــوَ عـَــلـَى كـُلّ ِشـَــيْءٍ قـَــدِيـرٌ








Nota: Perkataan يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ boleh disebut atau tidak, terpulang kepada anda.

5. Amalkan membaca al-Quran
- PAGI Surah as-Soffat atau Yassin
- PETANG Surah ad-Dhukan atau al-Jin


6. Dengar CD Ruqyah Syariah sehari 3 kali (Wajib dengar dengan khusyuk).

7. Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
8. Jangan sesekali mendengar muzik yang diharamkan syariat.

9. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

10. Perbanyakkan ucapan istighfar 100 kali sehari atau lebih.

11. Jangan berburuk sangka dengan Allah سبحانه وتعالى dan sesama manusia.

12. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur.
- Surah al-Fatihah
- Ayat al-Kursi
- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 seperti di bawah: 
13. Baca surah-surah berikut ketika hendak tidur dan ulangi sebanyak tiga kali:- al-Ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan Manusia”. Hembus atau isyarat meludah ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian.

14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.

15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangnya 100 kali sehari.


Sama2lah kita sentiasa berserah segala2nya dan sentiasa memohon perlindungan dari Yang Maha Esa, darjat manusia adalah lebih tinggi dari makhluk2 lain, janganlah sekali2 tunduk kepada makhluk laknatullah ini.
Sama2lah kita beringat2 ^^


Friday, June 17, 2011

Welcome to My Biodata Inspired by Finie Ramos








Segmen Simple: Kalaulah....




Aliaa telah dijemput oleh saudara Naser utk join segmen nie,ape lagi joinla..hihi ^^...sambil2 tu Aliaa jugak nak jemput korang2 join Kontes yg Aliaa buat jugak,bagila sokongan sama bro..huhu..

Kalaulah....aku ada duit, sudah pasti aku sudah boleh g bercuti oversea sekarang ni..huhu
Kalaulah....aku seorang jutawan, semestinya aku nak bina Masjid dan menderma kepada kepada anak2 yatim dan orang2 yang tidak berkemampuan di Malaysia nie.
Kalaulah....aku seorang pemimpin negara, aku nak bentuk negara Malaysia ni supaya jadi betul2 negara yg berpaksikan agama Islam sbg agama persekutuan dan agama rasmi.
Kalaulah.....aku boleh terbang dan ada kostum macam Ironman..mesti style gila...waoO
Kalaulah....ada kuasa,dah lama aku haramkan Malaysia daripada menjual rokok dan buka kelab2 disko dan kelab jantina sejenis dan yang sewaktu dengannya..huh =_=
Kalaulah.....aku seorang juruterbang dan ada jet sendiri belakang umah, tiap2 hari aku akan pegi keliling dunia...kah3 ^^
Kalaulah...aku ada ada pintu suka hati dalam cita Doraemon, aku akan pegi mana2 yang aku suka.
Kalaulah...aku ada kuasa veto,aku akan arahkan satu dunia pegi musnahkan Israel!
Kalaulah...aku boleh ubah persepsi orang2 bukan Islam tentang Islam sebagai agama "Terrorism"..hmm..
Kalaulah....aku hidup di zaman Nabi Muhammad...xdalah aku nak terdedah dengan pengaruh2 Barat nih..uishh

Ni hanya untuk segmen ni...apa2 pun Aliaa tetap bersyukur dah dengan apa yang ada sekarang dalam hidup..Alhamdulillah


.Ok.Tata.Peace.

Thursday, June 16, 2011

Azrijohan,aku ialah Fatimah Aliaa ^^





Kalau sape2 x tau, ni adalah segmen ice-breaking antara blogger2s, segmen nie adalah hasil idea saudara Azrijohan, pic tuannya ada dkt banner atas tuh ye ^^. Okay2, meh saya perkenalkan diri ya, nama macam dkt ataih tu, mak ayah bagi nama Fatimah Aliaa, tapi lau nk disingkatkan n digabungkan jadi Faliaa. 

Berblogging ni sejak taun 2010 bulan November, dulu ada blog lain, tapi skang tukar kpd blog lain plak stating Februari 2011. And akan stay dengan blog ni lah..insyaAllah, nape Aliaa berblogging ya? Sebenarnya, dulu x tau sgt pun bab blogging2 ni,x amik kisah pun, sebab rasa macam xdak bakat ja nak berblogging ni, siapalah aku nak taip2 dkt blog ni,sudika orang nak baca??..huhu...awal2 xdak niat nak buat blog pun, tapi semenjak kehilangan seseorang, senang cita, teman istimewa Aliaa meninggal,eksiden dgn tragic,mmg sedih gila2...

Lau disimpan perasaan sowang2,alamatnya jadi x betul plak Aliaa nnt,pastu saja rasa tingin plak nak buat blog at least leh ilangkan asa sedih, sekurang2nya ada tempat nk tulis apa2,tempat untuk suka2,lau nak tulih diari dkt buku tu,agak susah,xtaulah,x minat,penah try,tapi skali dua ja bukak,sbb x menarik sgt bagi Aliaa,lau ada blog leh la nak decorate2 ke,leh join kontes2 ke,leh tambah kenalan n kongsi cita,baru best..jadi stat dari situ,sampailah sekarang,jadi kaki blogger plak..hihi...daripada penulisan ni,leh agak x orang mana? Aliaa orang negeri jelapang padi,Kedah, tapi belajar ja dekat Selangor, perantauan la katakan..hihi..umur baru 2 dekad, student lagi dekat UPM, baru nak masuk taun kedua, budak food tech tapi sambil2 tu minat seni2 lukisan jugak^^..hmm..setakat tu ja kot. Nanti ada tugasan lain plak kan^^

Alang2 nak promote skit,sudi2la join kontes Aliaa buat ni, Contest Pengalaman Paling Gempak!!,jangan malu,jangan segan, cita ja apa2 pun,sharing is caring..hihi ^^

KEEP ON SMILING ^_^ 



.Ok.Tata.Peace.

Wassalam

Sunday, June 12, 2011

Petua dari Warga Emas ^^

Assalamualaikum & Aloha!!

Beberapa hari yang lepas Aliaa ade tgk TV rancangan Wanita Hari Ini...Aliaa tertarik dengan segmen pada hari tu,segmennya mengenai petua penjagaan kesihatan daripada warga emas, seniwati Mariani,78 tahun dan nenek Kalsom,82 tahun di temu ramah . Nenek Kalsom yang sudah hampir 8 dekad umurnya,tidak menghidap sebarang penyakit serius. Antara tips yang diberi ialah ^^ :



1. Amalkan membaca Al-Quran tiap2 malam sebelum tidur, elok diamalkan surah Al-Mulk.
2. Banyakkan pengambilan buah2han dan sayur2an.
3. Beriadah setiap minggu, peluhkan badan dengan aktiviti sihat.
4. Banyakkan pengambilan Vitamin.Tidak mengambil jamu.
5.Kurangkan perasaan stress dgn sekeliling.."Take it easy"..
6.Sentiasa sedekahkan senyuman (^_^)

.Ok.Tata.Peace.

Saturday, June 11, 2011

Kawin??

Assalamualaikum & Aloha!!

Eh,ape tu kawin?? Sebenarnye xde ape pun,rini Aliaa g merase nasi minyak kenuri orang jer..huhu..Hari ni agak letih la jugak..letih ckit2 je..hihi...dari pagi tadi lagi, tepat 7 suku pagi Aliaa g riadah dekat Tasik Darul Aman...best joging rini...x panas sgt,redup jer..orang pun x ramai sangat...huhu...Alhamdulillah 3 kilometer tu pun lau bagi Aliaa cukuplah...dh habis bermandikan peluh dh...best tiap2 minggu g keluarkan peluh dekat Tasik Darul Aman,lau time awal2 pagi best..tenang n aman je ^^

dengan anak buah..name Alia jugak ^^
Pastu,tengahari, bertolak ke Tikam Batu..dh nk dkt2 dgn kota kuala muda,wakil pengantin perempuan ke majlis kenduri pengatin lelaki...tibe2,terase mcm pengantin la plak..sbb dhla kene jalan dekat red carpet..hihi..time masuk dewan..dengan iringan kompangnye lah...ade band muzik same...mcm2 lagu dinyanyikan, ni kenuri Pak Long...Aliaa pun sebenarnye x kenal sgt sume sepupu,mane x nye..sbb ade lagi bapak n mak sedare...arwah atuk Aliaa kawin 3..jadi agak konpius di situ..tinggal dhla jauh2 jumpe pun x selalu..mcmane nk kenal sume...sob3~xpelah ape2 pun Aliaa ase bertuah ade byk sedare mare...tp yang x bestnye..ade yg same2 x kenal...dah tu cene kan?,hmm..takat bertegur sape jelah yang mampu...Sedapla lauk kenuri tadi..me likee..hihi dengan air oren,my favret ^^







.oK.Tata.Peace.

Wednesday, June 8, 2011

Istana misteri yang terbiar!



Sebenarnya cita sal istana ni dah lama, istana ni pun dah lama terbiar, kesian Aliaa tengok...huhu..tapi setelah sekian lama, akhirnya Aliaa jumpa jugak sejarah istana ni,kenapa istana ni terbiar macam tu ja?? Apa yang membuatkan jadi mcm ni?? Ni kan khazanah negeri Kedah, pelik jugak Aliaa,dahla mmg dekat ja ngan umah Aliaa...Mengikut apa yang Aliaa tau, Istana ni terkenal dengan panggilan Istana Raja Bersiong. 

Istana yang menyimpan seribu rahsia...
Meh Aliaa ringkaskan citanya,pada zaman dulu,waktu Kegemilangan Kesultanan Melayu, Istana ini didiami oleh Raja Sulaiman, if i'm not mistaken...Kawasan istana tu pada zaman dahulu adalah ibu kota di negeri Kedah. Pada suatu ketika, buruh2 berbangsa Cina dari Cina la..huhu,mereka datang kerana telah diarah oleh Raja Sulaiman untuk membina sebuah bangunan, buruh2 Cina tu ada dalam 10 orang, pada suatu masa, buruh2 Cina tu ada buat sesuatu yang membuatkan Raja Sulaiman x puas hati, dan murka..Raja Sulaiman sangat murka,jadi Raja Sulaiman mengarahkan buruh2 tersebut ditangkap, selepas ditangkap mereka dibunuh dan anggota badan buruh2 terbabit dikerat2 dan dimasak, sebab tulah dipanggil Raja Bersiong..napa Raja Sulaiman ni rilek ja kan mamam daging manusia?? Rupa2nya Raja Sulaiman ni berasal dari kaum Batak,Indonesia mali...kaum Batak ni,setahu Aliaa zaman tu mereka cannibal, jadi xde ape la bagi diorang nak mamam daging manusia pown. 

Lama2 Raja Sulaiman ni semakin gemar dok meratah daging manusia,jadi ini membahayakan orang2 dekat situ...pastu,lau x silap Aliaa, akhirnya sampai ke pengetahuan Sultan Melaka...Sultan Melaka murka, manusia sebegini perlu dihapuskan,jadi Sultan Melaka megarahkan Hang Tuah untuk pergi membunuh Raja Sulaiman yang kejam tu...Raja Sulaiman lari ke Siam.....lepas tu.....lepas two..three laa....hihi ^^...pemilik terakhir istana tu  ialah Tunku Kudin atau nama sebenarnya Tunku Dhiauddin Almarhum Sultan Zainal Rashid yang merupakan Raja Muda Negeri Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah yang memerintah kedah pada tahun 1850an . Tunku Kudin tekah mengahwini Tengku Arfah,anak kepada Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor pada tahun 1867. Tunku Kudin pun ada kediaman dekat Penang.




p/s: ini hanya sekadar perkongsian,jika Aliaa ada tersilap menyampaikan info,sowie,but tis is all i know.peace~


Istana ni jugak pernah dikunjungi oleh krew team Seekers, jom kita tengok,apa yang diorang jumpa..hihi (Cikgu Zakiyyah, Juvana pun ade,baru pasan ^^)
|
|
|
\/















tengs for reading and viewing!
.oK.Tata.Peace.

Friday, June 3, 2011

Kes Santau dan Sihir, Berhati2!!

Walaupun sudah berada di zaman teknologi dan sains, masih banyak kes2 santau dan sihir berlaku, Aliaa pun naik seram. Alhamdulillah sudah banyak pusat rawatan telah ditubuhkan untuk mengubati mangsa2 santau dan sihir ini. 



Meh sini Aliaa nak cite skit,santau ni biasanya digunakan melalui cara meracun ,kalau sihir pula membabitkan bantuan makhluk ghaib, of kos,jin. Sapa2 yg terkena ilmu2 kurafat ni akan mengalami kesakitan secara tiba2. Selalunya xkan dapat dikesan doktor @ ilmu perubatan moden.

Santau n sihir dah digunakan sejak ribuan tahun iaitu dari zaman Nabi sampailah sekarang,ada pelbagai cara yg digunakan. Terdapat sihir dan santau yg berfungsi menerusi bantuan jin iaitu makhluk alam ghaib yg diarahkan utk mendatangkan kecederaan fizikal @ gangguan emosi seseorang yg dijadikan target.


Makhluk ghaib yg diarahkan menerusi ilmu sihir ni boleh mendatangkan kecederaan fizikal kpd manusia. Nabi Ayub a.s contohnya,mengalami penyakit ganjil di seluruh tubuh akibat pengaruh kekuasaan syaitan iaitu jin kafir,dengan izin Allah SWT.

Santau ada mcm2 jenis,ada santau angin,santau melalui makanan,santau melalui pakaian..boleh membawa maut tau,lethal..jangan main2. Sihir pula bahaya jugak,leh cederakan fizikal n ganggu emosi n psikologi seseorang. Ganggun mcm ni membuatkan mangsa x dpt tido malam,x berselera, atau lagi teruk sampai gagal untuk hamil kerana benih suami akan dimusnahkan oleh makhluk ghaib berkenaan.


Sekiranya santau atau sihir terjadi, kita perlu berhati2 dalam memilih orang untuk mengubatinya..bukan senang2 je ye, amik pak cik tepi jalan ka..haha...kena tengok ciri2 nya dulu,sekarang pun dah banyak pusat2 rawatan Islam, bagusla mcm tu, kat sini ada beberapa ciri bomoh yg gunakan jin ( yang pasti mestilah diorang ni bertentangan dgn syariat Islam,jgn pandai2 nak cari nahas) :



1. Mendakwa kononya dapat lihat jin yg ganggu pesakit.
2. Menggunakan bahan bernajis dan x halal dlm proses perubatan.
3. Memberikan tangkal kepada pesakit.
4. Membaca mantera yang tidak dpt difahami sesiapa melainkan dirinya sahaja.
5.Membakar kemenyan atau melakukan persembahan tertentu dlm proses perubatan. Kemenyan adalah makanan jin dan ia mungkin digunakan utk menyeru kehadiran makhluk tersebut.
6.Menyembelih haiwan tanpa ikut syariat Islam kerana haiwan tersebut mungkin dipersembahkan kpd jin sbg hantaran.
7.Menghina Islam atau menjadikan Al-Quran sebagai alas kaki,menggunakan benda bernajis seperti darah utk menulis ayat sudi Al-Quran.
8. Mengagung-agungkan nama makhluk yg diseru termasuk dgn [anggilan "datuk" manakal si bomoh pula merendah diri kpd makhluk yg diseru dgn panggilan "cucu".
9. Mendakwa mengetahui siapa yg menghantar santau tersebut kerana ia dikuatiri angkara syaitan untuk melaga-lagakan manusia.

mOrer of da stOri: Kuatkanlah iman, berhati2, jangan pandai2 nak sakiti hati orang lain dan jauhilah diri dari perasaan hasad dengki dan berdendam. Allah sangat murkai.Jangan biarkan hidup anda diselubungi misssteerii...huhhu

.oK.Tata.Peace.



Gift for newly wed couples