Sunday, July 31, 2011

Jom berlumba mencari pahala!!



Tetapkan azam dan matlamat kita di bulan yang mulia ini! Jangan hanya seronok menunggu hendak beraya, jom buru malam Lailatulqadar sama-sama!!

Sememangnya terlalu banyak fadhilat dan kelebihan di Bulan Ramadhan kan, mesti ramai yang dah sedia maklum, jom kita refresh nak!! ^_^




1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)


4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam (melainkan puasa) baginya  maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu dengan isterinya) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Credits to Penawar Kalbu


Wednesday, July 27, 2011

Buat Banner Flash guna Photoscape, jom try!



Hihi...akhirnya jadi jugak, setelah mencuba buat banner flash guna photoscape, hasil dari tutorial kak azzah di sayurlemak.bs.com. Terima kasih sbb sudi buat tutorial tau kak azzah :)..lau blogger2 lain yang tingin nak banner utk blog korang, bolehla guna photoscape, senang je..buat sendiri lagi puas hati kan...CUBALAH!

Ni hasil banner yang Aliaa buat untuk belog tadi..yay..okay tak?..^_^


Photobucket


Ok la kowt kan....huhu..

p/s: lau sape2 sudi nak amik banner ni amik je..code nye ade dkt sidebar,terima kasih ^^

Wordless Wednesday #4: Micro Murderer



Cancer Cell







p/s: tolong doakan utk sepupu (my cousin) Aliaa, whoever reading this, she's in an extremely critical condition. The cancer cell has spread throughout her body. Beliau seorang yang sangat tabah dan penyabar.



.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Tuesday, July 26, 2011

Kisah antara Harry Potter dan The Lord Of The Rings




Hari ni Aliaa terasa nak menaip tentang 2 filem kegemaran sejak di bangku sekolah rendah...Start dengan Harry Potter lepas tu muncul The Lord Of The Rings..Sepanjang mengikuti movie2 ni, memang membawa perasaan yang best, a surreal feeling...Tapi, on my personal point of view, antara HP n LOTR, LOTR paling terkesan di hati...walaupun filem Harry Potter menjangkau sampai 7 episod yang mendebarkan mengambil masa hampir sedekad...LOTR bagi Aliaa yang paling gempak. Dalam byk2 filem sci-fiction, bagi Aliaa ,LOTR di tingkat teratas sekali, pastu baru Harry Potter,pastu baru filem2 yang lain. Kenapa bagi Aliaa filem2 mcmni menjadi kegemaran ya? Mungkin sebab, Aliaa suka berimaginasi, bila tonton filem mcmni,it brings a different mode,different feeling,as if kita berada di dunia cerita tu sendiri n secara tak langsung membantu dalam mereleasekan tension. 

Most of viewers, ada faktor lain sebab nak menonton filem2 mcmni kan, contohnya mungkin, admire pelakon sebab rupa fizikal n so on. But the story line  itself that catches my attention. Filem2 yang best selalunya bermula dari penulisan buku kan. Kalau dalam Harry Potter its about the journey to destroy hocruxes, but in LOTR its the journey to destroy a ring. Bagi Aliaa, in LOTR journey,pengembaraan untuk memusnahkan cincin tu tersangatlah mencabar berbanding in HP. Babak di mana Gandalf berhadapan dengan Balrog tu menyedihkan dan menakutkan bagi Aliaa. Dan semestinya time last2 sewaktu Frodo dan Sam di saat diorang nak buang cincin tu. Memang memberi kesan..bagi peminat LOTR sewiusly diorang akan faham kenape.



 Utk Harry Potter, mostly di awal2 filem ni, banyak tentang kisah Harry dan kawan2 dia. Starting episod The Half-Blood Prince, things started to get tougher. Sedihla jugak, tgk Dumbledore mati..but in the ends,semua tu dah dirancang kan. Sebenarnya, what makes me, really love this film is Hogwarts, the castle itself n the Quidditch game. Best tgk tempat environment diorang belajar.And lastly, the movie ends dkt Hogwarts jugak kan, Voldermort mati dekat situ. Dumbledore pun mati dekat Hogwarts, tak lupa jugak Prof. Severus Snape. Kalau filem HP n LOTR keluar sama2 kat wayang, xleh bayanglah cmna,memang akan sesak dgn orang punya, dua2 movie hebat.



p/s: Kalau Harry Potter berlakon LOTR, Aliaa ase layak jadi geng hobbits,muke n ketinggian pun lebih kurang (tapi Elijah Wood comel lagi la) ^_^

birunya mata Elijah Wood (kanan)


Mesti Tonton












.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Sunday, July 24, 2011

Suami ke tu??



Dengan lafaz bismillah, Aliaa menaip sekejap di belog kesayangan ni..huhu...nak taip dekat belog ni pun kena ada mood and ketenangan, ada masanya jugak, tambah2 lah time cuti lagila bergiat aktif jap..hmm..nnt dh start sem konpem2 lah bizi...korang suka ka bizi2 ni? Sapa suka kan? Tapi tulah lumrah kehidupan...ada masanya sibuk,ada masanya untuk berehat juga..Allah dan aturkan semua tu,cuma sebagai manusia perlu gunakan masa yang diberikan dengan berhemah, kalau guna masa dgn tak berhemah jawabnya,tido lambat tiap2 hari, mulalah nak batuk,selsema,macam2 lagi, sebab x cukup rehat, saja kan gatai,masa yang ada untuk tidoq tak tidoq2 lagi...

Eh..eh..eh,cita bab tido lambat pulak,..ni sebenarnya..haha..ni Aliaa nak cita skit...lawak tu lawak la jugak..haha..hadeh..hmm, Aliaa ni dah nampak macam isteri orang ka?? Baru 20 tahun kowt,lek dulu..haha..nak diceritakannya, tadi p masjid,sambil tunggu nak masuk solat Isyak, ada ceramah dari seorang ustaz, hari ni tak berapa ramai sangat, makmum perempuan lebih kurang dalam 8 orang ja. 

Lepaih2 solat maghrib tadi, biasalah kita bersalam-salaman lepas sembahyang kan, Aliaa dok heran la, kenapa mak cik ni asyik dok senyum ja dekat Aliaa,bagus la kan senyum :)..tapi dalam hati terdetik jugak " mak cik ni kenal aku ka,macam nak tanya sesuatu ja?"...xpalah, Aliaa pun senyum ja balik :), senyum itu kan sedekah..hihi..sambil2 tengah ustaz dok bagi ceramah dekat depan, mak cik yang asyik dok senyum dkt Aliaa tu datang tegur,..nak tau x dia tanya apa?..haha...hmm..suami ke yang tengah bagi  ceramah tu? (sambil Aliaa melemparkan senyuman innocent dan agak terkejut di situ)..eh..bukan mak cik, saya kawin pun belum...mak cik tu pun jawab " Ooo..yaka,sebab sebelum ni ustaz tu selalu bawak sama isteri dia datang, isteri dia muda lagi..." ok..pause sebentar di situ.."muka aku mcm isteri ustaz tu yang dtg sebelum ni kut?"...Aliaa pun tak tau nak cakapa apa, senyum jalah..mak cik tu pun menjemput Aliaa minum air mineral sama2..haha..begitulah ceritanya..study baik2, kerja baik2, baru boleh kawin dengan orang tersayang..insyaAllah..Aamiin :)

pesanan Rasulullah SAW apabila dah berkawin (comel kan manga ni) ^^




.Ok.Tata.Peace.
Wassalam


Saturday, July 23, 2011

Segmen Miss Nadya :: Motif Kenal Blogger Lain







Kelik to join ^^






















Nama:: Fatimah Aliaa
Umur:: 20 tahun
Negeri:: Kedah tapi menuntut di Selangor



Tengs buat segmen macam nie! 




.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Thursday, July 21, 2011

Qistina First Giveaway


Comel kan banner ni,klik la kalau nak join ya ^^






















Jika anda bertuah bolela dapat top-up free..hihi..sape nak? kalau nak, join aja. Dengan ini,Aliaa nak tag 5 blogger yang lain,blogger2 yang sudi follow blog Aliaa ni. Sesapa pun boleh join,dateline is on 20th August 2011 ^_^

I'm tagging

p/s: tengah taip entri ni sambil jadi emo tgk video klip the making Harry Potter Deathly Hallows Part 2 di You Tube..sob3 :(


.Ok.Tata.Peace.
Wassalam





Wednesday, July 20, 2011

6 Hari Yang Sangat Bermakna!!


Aliaa nak berkongsi, ilmu yang Aliaa dapat, kalau sudi mehla ringan2kan mata dan akal anda untuk membaca dan merenung entri kali ni.Apakah 6 hari tu?? Aliaa nak fokuskan malam ni tentang 6 hari,iaitu hari Ahad hinggalah Jumaat.

Dinyatakan di dalam Al-Quran, surah As-Sajdah, ayat 4,muka surat 415, Allah telah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya selama 6 hari...Bayangkan dalam masa hanya 6 hari, Allah telah mencipta seluruh alam ini yang selama ini kita tinggal dan mencari rezeki,subhanaAllah. Detail tentang 6 hari ni, disampaikan oleh seorang ustaz di masjid brdekatan rumah Aliaa,jadi,mohon maaf kalau ada tersalah atau terkonpius maklumat skit tau,sebab, Aliaa simpan dalam otak ja..huhu ^_^




Dikatakan pada hari ahad, Allah mencipta bukit bukau,pada hari Isnin, Allah mencipta pokok2,tumbuh-tumbuhan,pada hari Selasa pula, Allah mencipta segala benda yang dibenci manusia, pada hari Rabu, Allah mencipta cahaya, pada hari Khamis, Allah mencipta haiwan, hari Jumaat pula, Allah mencipta manusia,iaitu Nabi Adam.

Semasa penciptaan Nabi Adam, Allah telah mengarahkan malaikat-malaikat untuk mengambil macam2 jenis tanah di Bumi..jadi,perasan tak di bumi,ada macam2 manusia yang bermacam jenis warna kulitkan. Pada tiap-tiap hari Jumaat disarankan supaya kita banyak berdoa setelah sesudah Asar hinggalah masuk waktu Maghrib, sebab di waktu tu, Nabi Adam diciptakan. Renung-renungkan ^^



.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Jangan Mulut Celupar dan Mengutuk Orang!!



Sebagai manusia kita perlu dan harus menjaga tatasusila dalam percakapan seharian sesama makhluk Allah yang lain. Tidak kiralah walaupun manusia itu masih hidup atau tidak. Hari ni Aliaa nak cerita tentang satu kisah benar yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua ya. Cerita ni Aliaa tak rujuk mana2 bahan bacaan pun,cerita ni disampaikan oleh Ustaz Huzaifah di masjid dkt dgn rumah Aliaa semalam.

comella pic ni ^^
Kebetulan semalam, Ustaz tersebut menyentuh tentang topik ZINA. Diceritakan, pada zaman Imam Malik Ibn Anas..ada seorang perempuan sedang memandikan seorang jenazah, sedang2 tengah menggosok tubuh jenazah tiba-tiba tangan perempuan tersebut terlekat di anggota badan jenazah terbabit, ada hadis menyatakan tangan perempuan tu terlekat di badan jenazah ada juga hadis lain mengatakan tangan perempuan tersebut terlekat di bahagian kemaluan jenazah terbabit. Jadi, setelah kejadian tu berlaku,orang ramai riuh rendah, tidak tahu jalan penyelesaian, mereka buntu. Orang ramai pergi bertanya kepada tok2 guru di kawasan tersebut. Ada yang mengatakan supaya tangan perempuan tersebut terpaksa dipotong dan ditanam dengan jenazah tersebut, tapi penyelesain tersebut agak menakutkan dan kasihan kerana perlu memotong tangan perempuan tu. Jadi last2 orang ramai pergi berjumpa dengan Imam Malik. 

Pertama sekali Imam Malik tidak mencari penyelesaian kpd masalah ini, sebaliknya Imam Malik siasat dahulu dan bertanya kenapa tangan perempuan tersebut boleh terlekat di jenazah tersebut..selepas disiasat2, rupa2nya dikatakan sewaktu perempuan tersebut memandikan jenazah terbabit, perempuan tu memaki hamun dan mengutuk jenazah terbabit, sambil memandikan jenzah,perempuan tu telah menuduh dan mengutuk bahawa jenazah tersebut pernah melakukan ZINA sewaktu masih hidup dahulu..jadi, sebagai pembalasan, Allah menunjukkan kekuasaaNya..tangan perempuan tu tiba-tiba terus terlekat di jenazah. 

Akhirnya, Imam Malik, ada jalan penyelesaiannya, Imam Malik mengarahkan supaya perempuan tersebut disebat sebanyak 80 kali, selepas disebat cukup 80 kali, tangan perempuan tersebut terus tertanggal dari jenazah terbabit.

Dalam Al-Quran sudah dinyatakan, jika hendak menuduh seseorang itu berzina, 4 saksi perlu dibawa, 4 orang saksi tersebut perlu betul2 menyaksikan bahawa orang yang dituduh betul2 melakukan zina dgn mata kepala sendiri dengan jelas umpama melihat bulan mengambang terang di langit. Jika gagal, orang yang menuduh akan terus disebat 80 kali dan diharamkan untuk menjadi saksi bg mana2   majlis,contohnya saksi dalam majlis pernikahan.  Renung-renungkan ^_^

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam






Wordless Wednesday #3: Ex-Hogwarts



It All Ends 





p/s: Jade Gordon as Astoria Greengrass a.k.a Mrs. Malfoy is also gf of Tom Felton in real life ^^




Thursday, July 14, 2011

I fell in L.O.V.E ^^

Assalamualaikum n Aloha!!


Hmm.. berdasarkan tajuk entri kali ni,I fell in love?? hihi...I fell in love with Stephen King writing la..Stephen King ni adalah merupakan one of the master of writing tau...tapi ni bukannya novel cintan cintun ya, Stephen King was known as the indisputable king of horror..most of penulisan beliau berkonsepkan supernatural,stories with an interlacing of horror that capture the ever-growing dark corners of the century. Sewius lau bace je novel beliau,memang akan feel la..huhu...jom la,amalkan sikap baca-membaca...^__^

Most of his stories are mysterious and totally unique,one of a kind,riveting and irresistible!! Lau korang nak upgrade n improvekan English korang ape salahnya kan,time cuti2 ni,bacalah newspaper english,buku cerita ke,tengok movie english ke,dari situ kalau tak tahu makna sesetengah perkataan,carila dekat kamus kay,lau malas nak selak kamus yang tebal gedabak tu,cari je maksud dkt internet,kan senang je,zaman sekarang dgn teknologi yang ada,kita gunakanlah untuk kebaikan dan faedah bagi diri kita sendiri kay ^^





Haa..cakap tentang penulisan Stephen King ni,antara penulisan beliau yang pernah difilemkan adalah filem seram sekitar tahun 1986, Aliaa tengok movie "IT" ni time kecik2 time tadika dulu..sampai sekarang meremang bulu roma tgk filem..bukan ape,sebab menakutkan tengok badut (badutlah sangat) tu,dahla suka makan budak2..seram tau,tapi last2,ending tu macam kelakarla skit..hihi..lau nak tau kenape,tengoklah dulu..filem ni ade sambungannye.

novel nya

pic ni paling ok,x seram sgt (x berani nak expand lg image,xmau besar2 sgt)..huhu

p/s: time search dekat "IT" google utk paste dkt entry ni,sewius Aliaa cuak bila nampak pic badut ni yang belambak dekat image google...psst..Aliaa tutup muka badut dengan tangan,fobia tgk muka dia..huhu 

p/s lagi: I hate clown!! Pandai betul Stephen King buat aku meremang satu badan..sengal btulla...huhu

p/s lagi: Cita Stephen King memang feel la, dgr kata,masa akan datang,diorang nak remake cita ni,sumpah,aku xkan takut ngan ko dah si badut (Pennywise)

Kurang Asam Punya Badut!!








p/s lagi: Cantik tak orchid ni,geram tgk ,jadi Aliaa pun amik pic,mak yang tanam, memang kaler die terang betulla,striking,nice (ok dah out of topic ni)^^











.Ok.Tata.Peace.
Wassalam


Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1: The Hulk ^^




Wordless Wednesday (WW)??
Setiap hari Rabu, para blogger hanya akan post gambar di belog masing-masing, hanya diceritakan melalui gambar sahaja.

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Tuesday, July 5, 2011

GIVEAWAY AURATUDUNG




Jom kita join GA kali ni nak??...Giveaway AURATUDUNG~"Revolusi dan Pesona Dalam Bertudung".Auratudung dah bergerak secara online sejak 2008 lagi tau...^^Kalau korang nak join klik banner bawah nie k,sebelum 1 Julai 2011



Untuk memenangi GA ini, ada syaratnya juga ya sebab hadiah2nya lumayan ^^


Jadi Aliaa akan menyahut cabaran ini! ^_^
|
|
|
|
\/
SELAMAT DATANG

klik utk lihat ^^

klik utk lihat ^^



Semua ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Specially and originally designed by http://aliaapunyabelog.blogspot.com/ to http://www.auratudung.blogspot.com/ .


.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

::Drama Korea & Auratudung::

Assalamualaikum n Aloha!!

Dah berhari Aliaa x bukak belog sebenarnya...ase cam xde mood..hihi...sebab mood dah pegi dekat cite korea semenjak 2 menjak nie...lame dah,berbulan2 cite korea ni amik dkt pc kawan..tapi x penah berkesempatan nk tengok...last2 tergerak hati nak tengok jgk..huhu...bukak2 cite korea ni rupa2nya..adeh...xleh nak cakap ape dah...rupa2nya hero cite nie si Jun Pyo cite Boys Over Flowers..jadi..hihi...terus jadi mcm magnet..nak melekat je dekat laptop tengok cite ni..hikhik ^^...sebenarnya Aliaa ni bukanlah gile Korea sangat,xdelah minat sangat k-pop sume tu,juz minat tengok drama Korea,tapi xdelah fanatik mana pun..juz nak chill,hepi kan diri..hihi..tengok mamat n minah korea yang ensem2 n kiut2 je...Kalau nak tengok cite Korea ade pantang larangnya jugak...time tengah study ke..time tgh bz dengan assignment,huih..janganlah tengok...tak jalan kejelah cmtu,alamatnye..study n assignment ntah ke mane nanti..cite Korea ni ade attraction nya yang tersendiri tau...adeh..boleh ketagih...jadi,Aliaa akan tengok time cuti panjang ke ataupun time dah lepas exam...time tu barulah sesuai ^^

Nilah citenye [Personal Taste],.xpelah..walaupun dh berkurun lame cite ni (kuar taun lepas 2010 je..hihi)..Aliaa baru je nak tgk..^^
|
|
|
\/

cute la ^^

Hari ni baru nak jenguk2 belog kejap...sambil2 tu saje bukak belog Auratudung..huhu..Alhamdulillah..tanpa disangka2..Aliaa menang giveaway!! Yang terkezutnya pemenang pertama kOwt!! hehe...hadiah pun lumayan tu..dpt clutch LV n macam2 lagi...kalau sapa2 nak cari tudung yang superb untuk raya akan datang ni ka,pegilah online shopping dekat Auratudung, tudung2 dekat ctu memang berkualiti n cantik2 belaka, di kesempatan ni Aliaa nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada pihak Auratudung!! Sebab pilih Aliaa sebagai salah seorang pemenang giveaway..tenkius~mode:happy ^^ 

Kalau nak tengok hasil entri Aliaa untuk Giveaway Auratudung baru2 ni kelik pic bawah ni kay (Aliaa banyak mengenengahkan pengeditan pic ya,dats my hobby ^^)











Saturday, July 2, 2011

Pemimpin Yang Sangat Down-To-Earth



Presiden Mahmoud Ahmadinejad
Dalam menjadi pemimpin dan khalifah di bumi ini bermacam dugaan yang akan di hadapi...malah Rasulullah SAW selalu diuji dengan bermacam-macam cabaran dalam dakwah untuk menegakkan Islam....Rasullullah sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan demikian juga kaum kerabat baginda yang lain..contohnya anak kesayangan baginda,Saidatina Fatimah Az-Zahraa, yang hidupnya disaluti dengan kesusahan bersama suaminya Saidina Ali dan hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT seperti mana ayahnya. 

Aliaa mengkagumi dengan seorang pemimpin negara di sebuah negara di timur tengah ini..walaupun beliau mempunyai tittle sebagai "Presiden" beliau tetap hidup dalam besederhana dan tidak bermegah2 dengan hidup beliau. Ya, walaupun beliau dari mazhab dan keluarga Syiah,mazhab yang berlainan...Aliaa kagum dengan sikap yang dipraktikkan oleh pemimpin negara Iran ini,sifat kesederhanaan beliaul. Beliau terkenal sebagai seorang Tokoh Konservatif yang sangat setia dengan nilai-nilai Revolusi Islam Iran,1979.



Presiden Iran ini, Mahmoud Ahmadinejad jika dilihat cara beliau berpakaian pun sangat besederhana jika nak dibandingkan dengan pemimpin negara yang lain. Ketika beliau di temuramah oleh FOX TV (USA) , pengacara tersebut menanyakan kepada beliau...“Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?”

Beliau menjawab..“Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:“Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran ..”

Temuramah di rumah beliau bersama ibu serta isteri beliau


Ini adalah antara sifat-sifat kesederhanaan yang ditonjolkan oleh beliau...masyaAllah..:

1.Semasa si awal pentadbiran beliau,beliau menyumbangkan seluruh karpet dari Istana di Iran yg sgt tinggi nilainya kepada masjid-masjid di Tehran.

2. Beliau tidak segan,malah sering bergaul dan mengenali pekerja2 cleaner di kawasan rumahnya dan di pejabatnya Presidennya.

3.Beliau hanya menggunakan kereta Peugeot model 504 sekitar tahun 1975-1977,sebuah tinggal di rumah sederhana warisan ayahnya yang sudah berusia 40 tahun di salah satu daerah termiskin di Tehran.




4. Beliau lebih suka bersarapan pagi dengan roti susu atau roti sandwich bersama minyak zaitun dan keju yang dibuat oleh isterinya sendiri dan beliau menolak untuk dihidangkan makanan yang dikhususkan untuk orang yang berjawatan tinggi sepertinya,seorang Presiden. Staf2 beliau sangat kagum dengan kesederhanaan beliau.



5. Beliau mengubah fungsi Pesawat Terbang Peribadi Presiden menjadi sebuah pesawat kargo untuk kemudahan membawa benda2 yang lebih penting bagi negaranya. Beliau hanya mahu menaiki kapal terbang biasa dengan economy class sahaja.

6. Ketika mengadakan mesyuarat dengan kabinet2 menteri,beliau mengubah sistem protokol sehingga menteri2 beliau dapat masuk ke ruangan beliau tanpa ada halangan. Beliau juga menghentikan sebarang upacara2 yang baginya tidak penting,seperti upacara red carpet ataupun sesi fotografi semasa beliau mengunjungi tempat2 di mana2 negara, beliau hanya mahu besederhana.

7. Ketika mahu menginap di hotel,beliau meminta sebuah bilik yang tidak terlalu besar dan bilik yang sederhana sahaja. Ini kerana beliau tidak suka tidur di atas katil tetapi lebih selesa tidur di atas karpet beralaskan selimut . Ketika di rumah,beliau lebih suka tidur di ruang tamu rumahnya sahaja. Foto2 beliau kebanyakkan di snap oleh adiknya.


8. Jika pergi solat berjemaah di masjid beliau tidak kisah jika tidak berkesempatan untuk bersolat di barisan saf hadapan.



9. Sebaik sahaja jika mendengar suara azan berkumandang, beliau akan terus berhenti untuk bersolat walau di mana pun beliau berada,meskipun di tepi jalan dengan hanya berlapikkan karpet sederhana sahaja.



10. Beliau bahkan tidak mengambil gajinya sebagai presiden (yang merupakan haknya). Alasannya seluruh kekayaan adalah milik Negara dan ia hanya bertugas menjaganya.

Ketika lawatan beliau ke Malaysia







.Ok.Tata.Peace.
Wassalam



Gift for newly wed couples