Wednesday, July 20, 2011

Jangan Mulut Celupar dan Mengutuk Orang!!



Sebagai manusia kita perlu dan harus menjaga tatasusila dalam percakapan seharian sesama makhluk Allah yang lain. Tidak kiralah walaupun manusia itu masih hidup atau tidak. Hari ni Aliaa nak cerita tentang satu kisah benar yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua ya. Cerita ni Aliaa tak rujuk mana2 bahan bacaan pun,cerita ni disampaikan oleh Ustaz Huzaifah di masjid dkt dgn rumah Aliaa semalam.

comella pic ni ^^
Kebetulan semalam, Ustaz tersebut menyentuh tentang topik ZINA. Diceritakan, pada zaman Imam Malik Ibn Anas..ada seorang perempuan sedang memandikan seorang jenazah, sedang2 tengah menggosok tubuh jenazah tiba-tiba tangan perempuan tersebut terlekat di anggota badan jenazah terbabit, ada hadis menyatakan tangan perempuan tu terlekat di badan jenazah ada juga hadis lain mengatakan tangan perempuan tersebut terlekat di bahagian kemaluan jenazah terbabit. Jadi, setelah kejadian tu berlaku,orang ramai riuh rendah, tidak tahu jalan penyelesaian, mereka buntu. Orang ramai pergi bertanya kepada tok2 guru di kawasan tersebut. Ada yang mengatakan supaya tangan perempuan tersebut terpaksa dipotong dan ditanam dengan jenazah tersebut, tapi penyelesain tersebut agak menakutkan dan kasihan kerana perlu memotong tangan perempuan tu. Jadi last2 orang ramai pergi berjumpa dengan Imam Malik. 

Pertama sekali Imam Malik tidak mencari penyelesaian kpd masalah ini, sebaliknya Imam Malik siasat dahulu dan bertanya kenapa tangan perempuan tersebut boleh terlekat di jenazah tersebut..selepas disiasat2, rupa2nya dikatakan sewaktu perempuan tersebut memandikan jenazah terbabit, perempuan tu memaki hamun dan mengutuk jenazah terbabit, sambil memandikan jenzah,perempuan tu telah menuduh dan mengutuk bahawa jenazah tersebut pernah melakukan ZINA sewaktu masih hidup dahulu..jadi, sebagai pembalasan, Allah menunjukkan kekuasaaNya..tangan perempuan tu tiba-tiba terus terlekat di jenazah. 

Akhirnya, Imam Malik, ada jalan penyelesaiannya, Imam Malik mengarahkan supaya perempuan tersebut disebat sebanyak 80 kali, selepas disebat cukup 80 kali, tangan perempuan tersebut terus tertanggal dari jenazah terbabit.

Dalam Al-Quran sudah dinyatakan, jika hendak menuduh seseorang itu berzina, 4 saksi perlu dibawa, 4 orang saksi tersebut perlu betul2 menyaksikan bahawa orang yang dituduh betul2 melakukan zina dgn mata kepala sendiri dengan jelas umpama melihat bulan mengambang terang di langit. Jika gagal, orang yang menuduh akan terus disebat 80 kali dan diharamkan untuk menjadi saksi bg mana2   majlis,contohnya saksi dalam majlis pernikahan.  Renung-renungkan ^_^

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam






5 comments:

Taufan Bin Ribut said...

sebagai peringatan untuk saye gak ni.thanks ^_^


Entri Terkini : Asal lah cakap jepang lak ni????
Entri terdahulu :Tentang aku si blogger picisan

Watch my video songs ^_^

faLiaa said...

sama^^~peace

misz fae said...

nice sharing! ;)

Cik Bell said...

betOl!! nk tuduh seseorang perlu kemukakan bukti sekali ~!!

faLiaa said...

fae: tengs for reading ya!

cik bell:betul3 tau ^^

Gift for newly wed couples