Sunday, August 28, 2011

Aidilfitri VS Merdeka






Tahun ini iaitu tahun 2011, adalah tahun yang amat bertuah kerana kita,sebagai rakyat Malaysia sama-sama dapat menyambut dua jenis perayaan yang amat bermakna secara serentak, khasnya bagi umat Islam. Tapi adakah kita sedar, bahawa perayaan yang kita bakal sambut ini mempunyai makna dan sejarah yang amat penting yang dilalui oleh orang-orang terdahulu. Kita tersangatlah bertuah pada hari ini, dapat menyambut perayaan2 ini dengan senang lenang tanpa sebarang penindasan dan sebagainya jiika nak dibandingkan dengan zaman dahulu, di mana "Malaysia" masih belum wujud dan dikenali sebagai Tanah Melayu.

Semalam hasil, dari menonton Majalah 3 episod special iaitu Raya Banzai, kisah yang ditayangkan sangat menarik bagi Aliaa. Bila nak sambut bulan kemerdekaan ni, sangat best kalau kita dapat mendengar cerita atau pengalaman2 yang dihadapi oleh orang yang berada di zaman penjajahan Tanah Melayu dulu. 

Dalam kisah Raya Banzai, diceritakan oleh Dato Aziz tetang keadaan rakyat Melayu di zaman pemerintahan Jepun dahulu. Macamana peritnya kehidupan, nak meyambut hari raya Aidilfitri. Jepun menakluk Tanah Melayu pada bulan Disember 1941,raya pertama yang disambut dlm keadaan dijajah pada tahun 1942, keadaan mula berubah..tapi pada waktu itu bekalan makanan masih ada dan mudah untuk dapat,tapi selepas tahun bertahun, bekalan makanan mula tiada di Tanah Melayu.

Sewaktu bulan Ramadhan pada zaman pemerintahan Jepun, selepas sahaja solat Terawih ditunaikan di masjid, umat Islam dikerah supaya cepat pulang ke rumah, di arahkan perintah berkurung. Apabila tiba sahaja waktu malam, pihak Jepun mengeluarkan arahan supaya lampu atau sebarang cahaya dipadamkan, kecuali dibenarkan memasang lampu minyak tanah untuk menerangi di dalam rumah masing-masing. 



Apabila menjelang hari raya Aidilfitri, solat sunat hari raya tidak dibenarkan dilakukan di masjid, pihak Jepun memerintahkan supaya menunaikan solat di padang berhadapan dengan headquarters tentera Jepun, selepas saja bersolat dan mendengar segala khutbah dan ceramah. Pihak tentera Jepun akan datang dan bercakap dihadapan mereka supaya taat pada Jepun dan diakhir percakapan, tentera Jepun akan melaungkan "Tenno Heika Banzai!"..rakyat Melayu yang lain akan juga sama-sama melaungkannya sebagai tanda hormat,serta mereka akan tunduk hormat kepada Jepun.

Selepas selesai upacara tersebut, pihak Jepun memberi arahan supaya semua orang beratur dan mereka di bawa ke satu tempat. Di situ, tentera Jepun membawa 3 orang yang akan dipancung, sebaik selepas dipancung,tentera Jepun memberi amaran keras supaya sesiapa yang bercakap belakang dan anti-Jepun akan menerima padah seperti 3 orang tersebut. Cuba anda bayangkan, di hari raya yang mulia,hari kemenangan, kita perlu hadapi semua ini. Sememangnya,pada zaman itu,semua yang dilakukan haruslah berpaksikan Jepun semata-mata. 


Malah,bekalan makanan juga tiada,tetapi orang di zaman dahulu mereka melakukan inisiatif untuk memasak dan membuat kuih raya,contohnya kuih bahulu. Biji buah durian dikumpulkan dan dikeringkan, dan dihancurkan dan digaulkan bersama tepung, maka terciptalah kuih raya. 

Sewaktu pemerintahan Jepun, Dato Aziz, merupakan seorang anak muda,oleh kerana beliau mahir bertutur bahasa Jepun, beliau diterima untuk bekerja sebagai seorang Jururawat di sebuah hospital yang menempatkan tentera-tentera Jepun yang cedera pada waktu itu. Sejak bekerja di situ,beliau mengenali ramai tentera Jepun. Kobayashi,seorang tentera Jepun yang tercedera menjadi rakan rapat Dato Aziz di hospital itu, sebagai seorang jururawat, Dato  Aziz,akhirnya menjaga Kobayashi sehingga sembuh. Sejak perkenalan di hospital,mereka menjadi sahabat dan teman yang rapat. Tidak berapa lama kemudian khidmat Dato Aziz sudah tidak diperlukan di hospital tersebut. 

Pada tahun 1975, Dato Aziz menerima sepucuk surat yang sangat bermakna, Kobayashi yang menghantar surat tersebut, dia kini sudah selamat berada di tanah airnya di Tokyo, Jepun. Bermula dari saat itu, hubungan persahabatan antara mereka masih kekal sehingga kini. Tanpa disangka,segala yang berlaku ada hikmahnya. Tetapi sememangnya pada zaman dahulu kekejaman tentera Jepun tersangatlah dahsyat. Bukanya setakat pancung kepala manusia,tetapi bermacam-macam lagi bentuk penyeksaan.

Bagi orang-orang veteran,orang yang merasai dan mengalami keadaan pada zaman dijajah,segala memori yang terpahat sangat bermakna. Kemerdekaan Malaysia yang sudah 54 tahun dicapai merupakan satu kejayaan dan satu rahmat dari Allah SWT, jadi kita haruslah memeliharanya. Tapi sedarkah kita sebenarnya ,kita semakin dijajah semula, kita telah dijajah melalui cara hidup, pemakaian dan makanan, ekonomi dan lain-lain lagi? Renung-renungkan, tepuk dada,tanya selera :)


So no a to ka re wa kit a
Ji te n sha de oo zei kita
U shi gu ru ma yori mo hayai
Ma ray a ok a bare ma watta Nippon jin
"taiyo no ha ta ok kei rei shi ro
Nipponna kokka kimigayo ok utainasai!"

::translation::

Then they came. 
Swamps of them on bicycles,
Faster than speeding bullock carts, 
The Japanese rampaged Malaya.
"Salute the flag of the rising sun,
Sing the national Japanese Anthem,Kimigayo!"




Friday, August 26, 2011

Sikap Manusia


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (Az-Zumar:49)


Satu kisah pendek utk menjelaskan lagi ayat di atas:

Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya di bahagian bawah bangunan, sementara rakan sekerjanya bekerja beberapa meter di atasnya. Kemudian pekerja yang di atas ingin meminta sesuatu pada pekerja yang berada di bawah. 

Dia memanggil tapi tidak didengari kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka dia mengeluarkan sekeping duit syiling dan melemparkan ke bawah, Pekerja yang di bawah tidak mendongak ke atas pun. Ketika dia nampak ada syiling di atas tanah dia mengambilnya begitu sahaja dan memasukkan ke dalam poketnya. 

Pekerja di atas berasa sangat kesal. Dia sekali lagi mengeluarkan sekeping syiling, kali ini yang lebih besar dan melemparkannya ke bawah, sekali lagi tidak mendongak ke atas. Dia melihat syiling lalu mengambilnya. Pekerja yang di atas lalu mengambil seketul batu dan melemparkan ke bawah. Batu itu mengenai topi keselamtan pekerja di bawah. Setelah kejadian itu,baru pekerja itu mendongak ke atas.

p/s:Kisah ini menunjukkan bahawa manusia sering lupa dan tidak ambil peduli ketika berurusan dengan kesenangan, tapi segera mendongak ke atas jika menghadapi musibah atau sesuatu yang tidak menyenangkan. Untuk peringatan,kedua hal di atas, kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dan persoalan hidup yang kita sering hadapi dalam hidup ini.


Thursday, August 18, 2011

Satu Bangkai Ditemui!



JITRA18 Ogos-Satu bangkai ditemui di kawasan rumah Aliaa pagi tadi. Sewaktu sedang leka mengemas pondok kecil di kawasan rumah,tiba-tiba satu bau busuk dihidu, akhirnya ditemui seekor bangkai tupai di atas rumput. Punca kematian tidak diketahui dan masih menjadi misteri,tiada kesan luka atau darah ditemui. "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Sejak mendiami rumah berhampiran bukit, bermacam-macam binatang ditemui, beruk,biawak,tupai, lipan yang sangat besar, semut bersaiz besar dan lain-lain.










.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #7: "Penunggu Kubur"




lokasi: tanah perkuburan Arau,Perlis

Klik SINI
Saya sangat perlukan vote anda
Terima kacih!



.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Sunday, August 14, 2011

Apabila 3 Agama Bersatu ^_^



















Apa yang dapat anda tafsirkan,apa pendapat anda tentang gambar di atas?? 
(komen di bawah k,TQ sgt2)

Zaman sekarang...malahan zaman-zaman sebelum ni, peperangan, perselisihan sering berlaku melibatkan 3 agama ini di seluruh dunia...sangat sedih melihat perkara sebegini berlaku..alangkah indahnya jika manusia hidup aman dan damai bersama agama yang dianuti masing2 tanpa sebarang perselisihan seperti dalam gambar di atas...kita lihatlah sahaja sekarang, Agama Islam diperlekehkan sewenang2nya,tambah2han di dalam negara sendiri juga berlaku dengan kemunculan Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara..ntah apa2..masyaAllah..malahan perkara sebegini berlaku tanpa tindakan tegas oleh pihak berwajib,alangkah sebaknya dada melihat agama sendiri dihina...Islam dianggap agama yg ganas,radikal, apakah itu semua...malah di sesetengah negara,perempuan diharamkan bertudung sama sekali, jika mahu bekerja...

Manusia di dunia ini banyak ragamnya...kini semakin jelas...dunia di ambang kiamat..dunia semakin tua,manusia menjadi tidak tentu hala,ada yang lenyap dengan kesenangan dan kekayaan di dunia, dahagakan harta,sanggup bunuh membunuh,pentingkan diri sendiri,pentadbiran negara jauh tidak bertunjangkan agama Islam dan serba macam2 lagi...

Apabila membicarakan tentang perkara ini, Aliaa terus teringat akan pertanyaan Malaikat kepada Allah SWT,iaitu yang telah disebut dalam Surah Al-Baqarah...sebelum, dan di saat Nabi Adam a.s ,sebelum KITA SEMUA,setiap seorang bakal diciptakan:

Sesudah bumi,langit,dan malaikat diciptakan oleh Allah SWT. Maka Dia berkehendak menciptakan makhluk lain yang kelak dipercayai menghuni bumi,mengisi,dan memeliharanya. Dan ketika Allah memberitakan hal itu kepada para Malaikat,timbul kekuatiran dari mereka terhadap makhluk yang akan diciptakan itu akan derhaka dan melakukan kerosakan di Bumi.

"Mengapakah engkau hendak menjadikan (khalifah) di Bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"

Kemudian Allah menjawab.."Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Allah Maha Mengetahui atas segala yang diciptakannya..kita sebagai hambanya...harus sentiasa beringat...
Renung-renungkan ^_^ !!





SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG


klik to join!

Blog Bro Nasz pun dah berubah wajah..wah..wah..hihi..lama dah x join segmen bro Nasz...ntahlah...bila bro Nasz buat segmen je,kalau sempat,automatik nak masuk...ade auranya tersendiri kut...kan2??..Okeh,done! ^_^


segmen ni akan luput pada 14 Ogos, jam 11.59 malam




Baca pantun suka menyuka dan like pic Aliaa? 
Please pergi ke entri ni kay ..please...T_T
Terima kasih tersangat2!!



.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Giveaway Photo Edit by xamreenaxeer



Jom join!

Okeh, Soalan yg perlu dijawab untuk giveaway ni:
Berapa lama usia belog xamreenaxeer?

InsyaAllah...jawapannya 3 minggu 6 hari....saya nak xamreenaxer editkan gambar saya kerana first2 bukak entri tentang GA ni saya terus terpikat dengan banner GA ni, cantik dan comel sangat2,kreatif ,menarik dan unik!! Selain tu, saya teringin sangat gambar saya di edit melalui khidmat profesional,selalu pandai2 explore edit sendiri-sendiri je ^_^
in conclusion
|
|
|
\/
xamreenaxeer artworks
.smart.fresh.unique.

tag



.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Saturday, August 13, 2011

Istana Biru nak berkenalan ^_^


Jom berkenalan!


Hai Puteri di Istana Biru! Dengar katenye nak berkenalan kan?..hihi..ape salahnye kite mengeratkan silaturrahim sesama blogger2 di Malaya ni, saye pun nak berkenalan jugak dengan pihak Istana Biru nun di sana ^_^


Okeh...nama saya kalau disingkatkan jadi FAO..eh3..bukan Food And Agriculture Organization tau...FAO tu ialah Fatimah Aliaa Osman diberi oleh parents...hmm..lau nak diceritakan  nama saya ni...Fatimah tu berasal amik dari name nenek sedara yang rapat dgn family saye...waktu arwah nenek sedare saye sakit dan tenat dulu, dia pesan dekat mak saya supaya kalau dapat nama anak perempuan nanti tolong namakan sempena nama dia,iaitu Fatimah...hihi..nenek sedara saya pun nama Fatimah :)...yang nama Aliaa tu pulak.. sebab parents saya sendiri yang letakkan...dah parents berkenan nama tu kan :)

Kalau nak diterangkan maksud nama saya ni rasa macam panjang plak..nanti..boring plak kan korang nak bace,tapi dah nama pun segmen nak berkenalan,bukan selalu kan2??..hihi....hmm..oklah bile dengar je nama Fatimah ni macam nama klasik je kan,nama orang dulu2...zaman sekarang jarang dah orang letak nama anak nama Fatimah kan...ade yang anggap nama ni macam nama org kampung lah n macam2...sejujurnya, saya sangat sakit hati bila orang mengsingkatkan nama yang dah elok2 Fatimah menjadi Timah..makna dah lari tu..jadi please lah...kalau nak panggil nama org panggil sebetul2nya..sebab makna mungkin boleh berubah kepada maksud yg tidak baik. Nama yang diberikan oleh parents tu juga adalah satu doa tau, penting tu.

Nama Fatimah ni kalau tengok maksudnya dekat buku atau mana2 xde,juz dia akan tulis nama kepada anak perempuan Rasulullah SAW kan??...Sebenarnya, saya pun pernah terpikir,dah nama Fatimah tu daripada anak Rasulullah, mcmana pulak Rasulullah dapatkan nama tu kan??


Macam yang kita tau Saidatina Fatimah adalah anak kesayangan Rasulullah, nama Fatimah itu sebenarnya adalah berlatar belakangkan ilham daripada Allah SWT sendiri

Diriwayatkan oleh Ad-Dailamy daripada Abu Hurairah r.a dan Al-Hakim r.a dan Ali r.a, Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya aku menamakannya Fatimah kerana Allah telah memisahkannya dari neraka."

Apa-apa pun saya berbangga dengan nama Fatimah, itu adalah satu nama yang sangat mulia di sisi Allah SWT. 

Manakala maksud Aliaa pula ialah = Yang paling mulia :)

Hmm...sifat saya yang baik?? Nak cakap sendiri pun tak berani sebab takut2 nanti jadi riak pulak..insyaAllah..orang2 di sekeliling yang rapat dengan saya lebih mengenali sifat saya...sifat saya..mungkin saya friendly kut, suka senyum :)

Habit buruk..hmm...kalau saya hepi tentang sesuatu saya akan rasa happy sangat-sangat..kalau saya sedih tentang satu perkara..saya akan jadi sedih sangat-sangat hari tu..atau kadang-kadang, bila tak puas hati,saya  cakap terus terang..huhu...cepat stress jugak kowt kadang-kadang..

Alrite, tu jelah kan...siap suda ^_^


.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Friday, August 12, 2011

Saya Suka Hari Rayaa!!



Mood: Suka berpantun-pantun :)

Pantun Suka Menyuka
p/s:baca jangan tak baca

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata Selamat Datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Memandu kereta sangat selesa
Pergi market membeli haruan
Dimasak sebagai juadah buka puasa
Butang "LIKE" menjadi taruhan

mula2: like page ni


last2: like gambar ni je

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
of kos I will FOLLOW YOU!!



Penderitaan Dalam Senyuman...


Terlentang....terbaring di atas katil bercadar putih, merenung pemandangan indah di balik luar jendela...sinaran mentari umpama membawa satu sinar baru, sinar harapan...di saat siang hari...dan di malam hari, aku terlantar di atas katil tidak mampu berbuat apa-apa...hanya zikir-zikir kepada Yang Maha Esa yang mampu ku ucapkan, tak lekang, setiap masa dan saat ku memuji kebesaran-Nya...kalung tasbih, ku genggam di balik jari-jariku yang mengigil-gigil, terketar-ketar...tanganku yang pucat, seluruh tubuhku pucat....seluruh tubuh badanku tidak mampu ku tampung,ku tidak mampu usahakan lagi.....cermin menjadi musuhku..aku tidak sanggup melihat diriku ini melalui pantulan di cermin lagi...aku redha dengan ketentuan Ilahi diriku sebegini....perutku semakin hari semakin mengembang...umpama wanita mengandung...kesakitanku hanya Allah yang tahu...

Aku pasrah...atas segala-galanya...hari berganti hari keadaan ku semakin tidak bermaya,namun ku tetap teguh dengan kata hatiku..aku ingin sembuh, aku dahagakan kesihatan yang seperti dahulu...aku mahukan diriku yang sebelum ini...aku tetap berfikiran positif, aku tetap teguh dengan pendirianku untuk melawan kesakitan yang ku alami...setiap insan yang sudi menziarahiku, aku simpulkan senyuman di balik penderitaan yang ku alami setelah hampir 5 tahun ini....aku bersyukur..masih ramai yang mengambil berat tentang diriku ini yang semakin hari semakin lemah...Masa berlalu dengan pantasnya...darah merah mula mengalir menyentuh kulitku ini...melalui gusi-gusi ku...

Aku cuba berkata-kata...namun..semakin hari,kata-kata ku makin susah diucapkan...akibat darah yang mengalir keluar dari dalam tubuhku ini.....Ya Allah....aku bersyukur atas segala rahmat dan nikmat yang Engkau limpahkan kepada diri ini...aku akan tetap bersabar dan tabah menghadapi ujian-Mu...kerana aku tahu...Engkau sentiasa menemani ku di setiap nafasku ini.....Engkau lah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih...Alhamdulillah...

A tribute to my dear lovely cousin who is suffering cancer (Kakak Anis)
Mohon didoakan supaya beliau pulih...InsyaAllah...Allah Maha Mengetahui

p/s: sangat perit dan besar dugaan bagi penghidap kanser, sewiusly I saw it by myself




Thursday, August 11, 2011

Sedap dan Mantap! Juadah berbuka puasa


Hai!...Mesti sekarang ni saat2 kritikal kan,untuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa, time2 puasa nilah banyak makanan2  best2 yang dijual di bazaar ramadhan...rambang mata tengok ada orang jual macam2 kan...hihi...tapi...lapar2 pun kita x bolela boros sgt..takat yang mampu jelah..perut kita pun x sebesar mana, terlebih makan susah,terkurang makan pun susah jadi berhentilah sebelum kenyang k..., bukan  mcm perut singa, telan rusa sekor...sabar2 la ye...hihi....kat sini, Aliaa nak share antara makanan2 yang hot di bazaar Ramadhan...dan makanan yg menjadi kegemaran juga...yummy! 

Cakap pasal buka puasa ni ada orang yang suka makan kuih je time berbuka n lepas tarawih baru nak makan nasi,ada yang nak makan nasi terus time berbuka..hmm...ikut sukalah..asal kita heppi kan..setelah seharian menahan nafsu especially nafsu lapar dan dahaga (n_~)

Ade tak makanan2 dekat sini yang korang suka jugak?? Yang mana satu? Jom share!!...^__^

p/s: tengs to Mr. Google!
Gulai Batang Pisang


bengkang

murtabak


ayam percik
kurma kambing
kuih cara

Otak-otak

kurma


kerabu perut













Wednesday, August 10, 2011

SEGMEN : FAKTA TENTANG DIRI INI (F.ALIAA)



klik to join

::Fakta tentang diri ini::

1. Tak suka tengok perempuan pakai tudung sanggul tinggi2 macam bonggol unta.

2. Suka sangat tengok cerita sci-fiction dan dokumentari.

3. Pernah sembang dengan (hero Smallville)Tom Welling...(percaye tak)haha~ngee

4. Suka lukis-lukis.

5. Sayang family dan "si dia" sangat5.

6. Sangat tak suka orang yang bangga diri dan menunjuk2.

7. Sangat tak suka dengan orang yang merokok.

8. Sangat tak suka tengok orang yang pakai seluar pendek sampai paras paha ( sakit mata ) lelaki @ perempuan.

9. Sangat tak suka dengan golongan yang racist n diskriminasi!

10. Sangat tak suka dengan orang yang riak.

11. Sangat suka dengan orang yang berbudi bahasa dan sopan santun.

12. Sangat suka tengok wayang.

13. Sangat benci dengan orang yang tak paham bahasa, dan orang suka memaksa2

14. Sangat suka makan waktu sahur,sedap :)

15. Sangat suka jumpa doktor gigi...haha

16. Pernah berjalan dengan banduan penjara..ish3

17. Suka makan lauk otak lembu masak cili api,sedap,yummy ( tapi tak makan selalu la).


Setakat ni,tu jelah..banyak lagi sebenarnya yang boleh dikongsi..^__^





Malaysian Sweetheart, the young man ;)


Aliaa suka sangat tengok adik Adi Putera ni, walaupun di usia yang masih muda, he's a genius, he was born to be like that. Dan pada masa yang sama, adik Adi Putera diasuh bukan hanya dengan ilmu dunia,malahan ilmu akhirat, iman dan taqwa disematkan dalam diri adik ni. Beliau juga dilatih untuk menghafaz ayat2 Al-Quran. Adik Adi Putera pandai berkata2, berbudi bahasa dan sopan ketika bercakap dengan sesiapa pun. 

Selain pakar dalam bidang matematik (beliau seing menggunakan konsep cakerawala dan Al-Quran utk menyelesaikan masalah pendaraban) dan ilmu2 sains yg lain, mengikut sumber maklumat yg Aliaa baca, adik Adi Putera juga memiliki keistimewaan yang lain, beliau mempunyai high instinct yang kuat. Adik Adi sering membantu dalam operasi pencarian mencari orang yang hilang. Contonhya, beliau pernah terlibat dalam pencarian mayat Adik Sharlinie yang hilang sebelum ini.

Ada satu sajak yang Adik Adi Putera cipta, boleh dijadikan contoh, sajak ni menceritakan impian,harapan beliau dan kesedaran beliau terhadap bangsa Melayu, hayatilah dan fahamilah isi2 sajak ni, sangat bermakna, adik Adi Putera telah mengarang sajak ni sebelum tidur dalam pukul 3 dan 4 pagi mcmtu, beliau mengambil masa 2 hari utk karang..mengikut adik Adi, beliau sering dapat ilham secara tiba2 selalunya time tengah2 malam atau awal pagi ^_^


Aku Berfikir International



Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tahfiz Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional
aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku
hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu
alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka?
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata..

p/s: setiap orang ada keistimewaan masing2, Allah Maha Adil, jadi bersyukurlah selalu :) 

.Ok.Tata.Peace.
Wassalam

Wordless Wednesday #6: Cara xpress masak juadah buka puasa!




Amaran: jangan cuba ini di rumah, untuk kite2 aje..hihi~ngee (n_~)


Monday, August 8, 2011

Starbucks--->People are in dilemma!






Sekarang ni timbul lagi satu hal tentang halal dan haram minuman yang dijual di Starbucks, sekarang di dah mentang2 ada teknologi internet bermacam2 desas desus, kabar angin merebak,ntahlah, kadang2 dekat internet ni kadang2 nak percaya atau tak pun susah. Jadi kita sebagai umat Islam banyakkan berdoa kepada Allah dan perlu sentiasa berhati2 dengan pemakanan seharian,mahupun apa2 yang kita gunakan dalam kehidupan seharian.



Okeh..seperti pernyataan yang tersebar merata2 di dada laman sesawang:

STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee 

drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi 

deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak 

and the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 

4000 utk dpt maklumat lanjut... (copy paste)



Ini pula satu lagi penyataan yang diterima dari satu lagi pihak:


p/s: jika isu ini secara realitinya benar2 berlaku, awatlah major2 newspaper dekat satu malaya ni tak siarkan..pelik betul..harap JAKIM dapat tampil menerangkan perkara sebenar yang berlaku...ramai tengah konpius tu..

Ramai orang tgh dilemma kan?? Especially to Starbucks addicter (not me)..ala..ape susah..bagi Aliaa cukup jelah g bancuh air Oligo koko,@ Milo paket yg ade dkt dapur umah tu..x payah serabut sangat..jimat pun jimat...puas hati,sedap sampai nak satu lagi..haha..^___^







Alhamdulillah, hadiah dah sampai!




Alhamdulillah, hadiah untuk pertandingan yang Aliaa sertai sebelum2 ni dah sampai petang tadi!...Terima kasih Auratudung!...Walaupun penghantaran terpaksa ditangguhkan oleh pihak Auratudung atas masalah peribadi yang dihadapi, Aliaa hargai hadiah yang diterima :)..hihi..dahla tempat pertama tu..Giveaway Auratudung...hadiah pun lumayan tu..Kan musim2 raya ni, kalau korang inginkan tudung yang selesa dan anggun bolela usha2 dan shopping online di Auratudung ! 

p/s: InsyaAllah..nanti raya bolela gayakan tudung hadiah dari Auratudung ni ^_^




Contest : Raya Datang Lagi!



klik to join
Dah hampir seminggu lebih kita berpuasa..insyaAllah..lepas sebulan berpuasa,tak lama lagi kita akan menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri...di kesempatan ni..hihi..Aliaa nak join satu kontes yang di anjurkan di blog Telaga Putih Works , kontes ni nak kena buat kad ucapan raya. Edit yang sedia ada pun boleh atau pun buat sendiri punya yang baru pun boleh, bagi Aliaa, Aliaa rasa lagi best kan kalau kita buat, cipta sendiri kad raya kita, baru puas hati kan..hihi ^___^

Jadi dengan menggunakan kreativiti Aliaa yang tak seberapa ni,maka...
|
|
|
terciptalah kad ucapan raya ni
|
|
Moga dapat dihayati mesej ringkas yg disampaikan
melalui kad ucapan raya nie ya
|
|
\/


Photobucket"

Tag blogger2 yang sudi follow Aliaa ^_^

Suza
Miss Nurul




Saturday, August 6, 2011

Ingat ada Bonggol tu habis cantik?




Ahhh....benda ni,isu ni dan belambak terpampang di internet, malas la nak hurai panjang-panjang..kalau panjang2 lagi mcm2 pulak buka ayat yg sakit hati!...huh...Wahai perempuan-perempuan,wanita-wanita,mak cik-mak cik yang cantik rupawan sekalian...sedarkanlah diri anda!! 

Ingat ada bonggol seketul atas kepala tu habis cantik dah ke? Dah macam unta tau tak...Aliaa bengang bukan apa...pegi sana sini,pegi mana2 pun...belambak muslimah yang bertudung sedemikian..sakit mata,sakit hati tengok...serius nampak lagi huduh kepala macam tu la..hmm nak berfesyen tudung pun berpada2 la janganlah sampai jadi riak dan menunjuk-nunjuk sangat..pakai tudung janganlah sampai nak jerut habis leher, habis sampai bentuk2 telinga pun nampak...hellO~kalau nak sangat tunjuk leher n telinga tu, tak yah pakai tudung terusla..sama saja la...paham tak??

serius demm
Dalam satu hadis pun dah dinyatakan terang lagi jelas, perempuan yang seperti ini tidak masuk syurga dan tidak dapat bau syurga sekalipun!! Nak ke jadi macam tu?? Kalau dah panjang sgt pun rambut tu,pandai2la ikat janganla tinggi sangat..hadoi..

Aliaa penah tegur seseorang ni, dia selalu sangat pakai macam tu jadi Aliaa bagitau la dkt dia x boleh pakai tudung,tinggi2 mcm tu..tau ape dia balas??" Ooo..tau tu...tapi, kalau ade sanggul tinggi bila pakai tudung lagi nampak cantik la, kalau xde,nampak tak elok la"...hmm..lantaklah, dah bagitau, mmg orangnye pun tau hukum nya, kubur sendiri2..nanti tanggunglah sendiri. Semenjak Aliaa tahu tentang pemakaian tudung mcm tu diharamkan, tak penah2 la pakai. 






Tambah-tambah lah menyedihkan sekarang ni jadi trend, siap ade lagi orang sanggup jual sanggul palsu dekat kedai2 tudung!! Sebak dada tgk...dahla ade pulak dekat sanggul sekarang nii, kerongsang spesel, menambahkan dosa lagi tau tak jual benda2 macam tu..beringat2lah wahai saudari2. Sudahlah, nak makan nasihat n teguran ni ke tak, ikut suka! Dah belambak2 artikel dekat internet dah sebarkan, kalau tak paham2 lagi tu, no komenlah...best sangat ke nak tunjuk sangat rambut panjang tu?? Aliaa rasa tak best LANGSUNG pun. Buat memalukan diri sendiri lagi adela.

huduh la letak dekat situ


.Ok.Tata.Peace.
Wassalam



Gift for newly wed couples