Sunday, August 28, 2011

Aidilfitri VS Merdeka






Tahun ini iaitu tahun 2011, adalah tahun yang amat bertuah kerana kita,sebagai rakyat Malaysia sama-sama dapat menyambut dua jenis perayaan yang amat bermakna secara serentak, khasnya bagi umat Islam. Tapi adakah kita sedar, bahawa perayaan yang kita bakal sambut ini mempunyai makna dan sejarah yang amat penting yang dilalui oleh orang-orang terdahulu. Kita tersangatlah bertuah pada hari ini, dapat menyambut perayaan2 ini dengan senang lenang tanpa sebarang penindasan dan sebagainya jiika nak dibandingkan dengan zaman dahulu, di mana "Malaysia" masih belum wujud dan dikenali sebagai Tanah Melayu.

Semalam hasil, dari menonton Majalah 3 episod special iaitu Raya Banzai, kisah yang ditayangkan sangat menarik bagi Aliaa. Bila nak sambut bulan kemerdekaan ni, sangat best kalau kita dapat mendengar cerita atau pengalaman2 yang dihadapi oleh orang yang berada di zaman penjajahan Tanah Melayu dulu. 

Dalam kisah Raya Banzai, diceritakan oleh Dato Aziz tetang keadaan rakyat Melayu di zaman pemerintahan Jepun dahulu. Macamana peritnya kehidupan, nak meyambut hari raya Aidilfitri. Jepun menakluk Tanah Melayu pada bulan Disember 1941,raya pertama yang disambut dlm keadaan dijajah pada tahun 1942, keadaan mula berubah..tapi pada waktu itu bekalan makanan masih ada dan mudah untuk dapat,tapi selepas tahun bertahun, bekalan makanan mula tiada di Tanah Melayu.

Sewaktu bulan Ramadhan pada zaman pemerintahan Jepun, selepas sahaja solat Terawih ditunaikan di masjid, umat Islam dikerah supaya cepat pulang ke rumah, di arahkan perintah berkurung. Apabila tiba sahaja waktu malam, pihak Jepun mengeluarkan arahan supaya lampu atau sebarang cahaya dipadamkan, kecuali dibenarkan memasang lampu minyak tanah untuk menerangi di dalam rumah masing-masing. 



Apabila menjelang hari raya Aidilfitri, solat sunat hari raya tidak dibenarkan dilakukan di masjid, pihak Jepun memerintahkan supaya menunaikan solat di padang berhadapan dengan headquarters tentera Jepun, selepas saja bersolat dan mendengar segala khutbah dan ceramah. Pihak tentera Jepun akan datang dan bercakap dihadapan mereka supaya taat pada Jepun dan diakhir percakapan, tentera Jepun akan melaungkan "Tenno Heika Banzai!"..rakyat Melayu yang lain akan juga sama-sama melaungkannya sebagai tanda hormat,serta mereka akan tunduk hormat kepada Jepun.

Selepas selesai upacara tersebut, pihak Jepun memberi arahan supaya semua orang beratur dan mereka di bawa ke satu tempat. Di situ, tentera Jepun membawa 3 orang yang akan dipancung, sebaik selepas dipancung,tentera Jepun memberi amaran keras supaya sesiapa yang bercakap belakang dan anti-Jepun akan menerima padah seperti 3 orang tersebut. Cuba anda bayangkan, di hari raya yang mulia,hari kemenangan, kita perlu hadapi semua ini. Sememangnya,pada zaman itu,semua yang dilakukan haruslah berpaksikan Jepun semata-mata. 


Malah,bekalan makanan juga tiada,tetapi orang di zaman dahulu mereka melakukan inisiatif untuk memasak dan membuat kuih raya,contohnya kuih bahulu. Biji buah durian dikumpulkan dan dikeringkan, dan dihancurkan dan digaulkan bersama tepung, maka terciptalah kuih raya. 

Sewaktu pemerintahan Jepun, Dato Aziz, merupakan seorang anak muda,oleh kerana beliau mahir bertutur bahasa Jepun, beliau diterima untuk bekerja sebagai seorang Jururawat di sebuah hospital yang menempatkan tentera-tentera Jepun yang cedera pada waktu itu. Sejak bekerja di situ,beliau mengenali ramai tentera Jepun. Kobayashi,seorang tentera Jepun yang tercedera menjadi rakan rapat Dato Aziz di hospital itu, sebagai seorang jururawat, Dato  Aziz,akhirnya menjaga Kobayashi sehingga sembuh. Sejak perkenalan di hospital,mereka menjadi sahabat dan teman yang rapat. Tidak berapa lama kemudian khidmat Dato Aziz sudah tidak diperlukan di hospital tersebut. 

Pada tahun 1975, Dato Aziz menerima sepucuk surat yang sangat bermakna, Kobayashi yang menghantar surat tersebut, dia kini sudah selamat berada di tanah airnya di Tokyo, Jepun. Bermula dari saat itu, hubungan persahabatan antara mereka masih kekal sehingga kini. Tanpa disangka,segala yang berlaku ada hikmahnya. Tetapi sememangnya pada zaman dahulu kekejaman tentera Jepun tersangatlah dahsyat. Bukanya setakat pancung kepala manusia,tetapi bermacam-macam lagi bentuk penyeksaan.

Bagi orang-orang veteran,orang yang merasai dan mengalami keadaan pada zaman dijajah,segala memori yang terpahat sangat bermakna. Kemerdekaan Malaysia yang sudah 54 tahun dicapai merupakan satu kejayaan dan satu rahmat dari Allah SWT, jadi kita haruslah memeliharanya. Tapi sedarkah kita sebenarnya ,kita semakin dijajah semula, kita telah dijajah melalui cara hidup, pemakaian dan makanan, ekonomi dan lain-lain lagi? Renung-renungkan, tepuk dada,tanya selera :)


So no a to ka re wa kit a
Ji te n sha de oo zei kita
U shi gu ru ma yori mo hayai
Ma ray a ok a bare ma watta Nippon jin
"taiyo no ha ta ok kei rei shi ro
Nipponna kokka kimigayo ok utainasai!"

::translation::

Then they came. 
Swamps of them on bicycles,
Faster than speeding bullock carts, 
The Japanese rampaged Malaya.
"Salute the flag of the rising sun,
Sing the national Japanese Anthem,Kimigayo!"




4 comments:

dela taufique said...

nice entry, aliaa !! ^_^

blog pun dah dihias chantekk ehhehe

selamat hari raya & hari kemerdekaan negara :)

I wong (依之汉) said...

Penjajahan Jepun memang kejam jikalau kita dengar cerita daripada orang-orang veteran. Saya teringat pula kisah Tun Dr. Mahathir ketika zaman Jepun. Kejam.

Hikmah disebaliknya, rakyat tanah Melayu mula terbuka minda bahawa British/Eropah bukanlah orang superior. Sama sahaja dengan kita. Bila takut, mereka lari. Itu juga petanda yang baik.

Zaman pasca-kemerdekaan juga masih kita dalam darurat akibat komunis.Saya pula dengar cerita sendiri mengenai penjajahan komunis di Malaysia oleh polis elit Malaysia iaitu Komando 69. And you know what, Malaysia is the only country in this world that can free herself from communist guerrilla attack.

Penjajahan sekarang? Tak tahulah. Kita ni yang berblogging pun kira dijajah. Dijajah addicted to blogging update. :P

faLiaa said...

dela:tengs dear,selamat hari raya juga n salam kemerdekaan :)

I wong:Sangat sadis kan,kejam zaman dulu..sekarang pun ade,tapi byk belah2 midlle eastern..oic...malaysia is the only one?...haha...yes,kita dijajah dlm mcm2 bentuk,even in blogging kan..but we can also use blogging as a medium to spread our words,i mean in a good n useful sense of word and thoughts rite? :)

aque said...

that's y i love malaysia n proud to be malaysian....

salam lebaran n happy merdeka ;)

Gift for newly wed couples