Sunday, August 14, 2011

Apabila 3 Agama Bersatu ^_^



















Apa yang dapat anda tafsirkan,apa pendapat anda tentang gambar di atas?? 
(komen di bawah k,TQ sgt2)

Zaman sekarang...malahan zaman-zaman sebelum ni, peperangan, perselisihan sering berlaku melibatkan 3 agama ini di seluruh dunia...sangat sedih melihat perkara sebegini berlaku..alangkah indahnya jika manusia hidup aman dan damai bersama agama yang dianuti masing2 tanpa sebarang perselisihan seperti dalam gambar di atas...kita lihatlah sahaja sekarang, Agama Islam diperlekehkan sewenang2nya,tambah2han di dalam negara sendiri juga berlaku dengan kemunculan Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara..ntah apa2..masyaAllah..malahan perkara sebegini berlaku tanpa tindakan tegas oleh pihak berwajib,alangkah sebaknya dada melihat agama sendiri dihina...Islam dianggap agama yg ganas,radikal, apakah itu semua...malah di sesetengah negara,perempuan diharamkan bertudung sama sekali, jika mahu bekerja...

Manusia di dunia ini banyak ragamnya...kini semakin jelas...dunia di ambang kiamat..dunia semakin tua,manusia menjadi tidak tentu hala,ada yang lenyap dengan kesenangan dan kekayaan di dunia, dahagakan harta,sanggup bunuh membunuh,pentingkan diri sendiri,pentadbiran negara jauh tidak bertunjangkan agama Islam dan serba macam2 lagi...

Apabila membicarakan tentang perkara ini, Aliaa terus teringat akan pertanyaan Malaikat kepada Allah SWT,iaitu yang telah disebut dalam Surah Al-Baqarah...sebelum, dan di saat Nabi Adam a.s ,sebelum KITA SEMUA,setiap seorang bakal diciptakan:

Sesudah bumi,langit,dan malaikat diciptakan oleh Allah SWT. Maka Dia berkehendak menciptakan makhluk lain yang kelak dipercayai menghuni bumi,mengisi,dan memeliharanya. Dan ketika Allah memberitakan hal itu kepada para Malaikat,timbul kekuatiran dari mereka terhadap makhluk yang akan diciptakan itu akan derhaka dan melakukan kerosakan di Bumi.

"Mengapakah engkau hendak menjadikan (khalifah) di Bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"

Kemudian Allah menjawab.."Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Allah Maha Mengetahui atas segala yang diciptakannya..kita sebagai hambanya...harus sentiasa beringat...
Renung-renungkan ^_^ !!





6 comments:

S.i.t.i H.a.j.a.r said...

hye dear, tema blog kite sme lah, ce tgk cnie jap http://diarylixora.blogspot.com/2011/08/step-2-segmen-simple-tema-warna-sama.html

daya said...

ala, comelnya kartun2 awak. buat sendri ke ? keep it up girls.
btw, da follow u dear. :)

faLiaa said...

siti hajar:ok sis :)

daya:tengs tau ^^

bunga said...

betul..sekarang mmg begitu..semoga Allah melindungi kita semua..takut bila mengingati pe yang di baca..

dylla abas said...

follow u back..!! nice blog..ceria (",)

p/s : sedih sbb geng 1 M'sia sy dah x sempurna (yg chinese dah kena transfer..huhu :p)

faLiaa said...

bunga: insyaAllah..kite sentiasa berdoa k

dylla: tengs dear :) x sempurne mcmane tu ? :)

Gift for newly wed couples