Friday, August 26, 2011

Sikap Manusia


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami memberikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (Az-Zumar:49)


Satu kisah pendek utk menjelaskan lagi ayat di atas:

Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya di bahagian bawah bangunan, sementara rakan sekerjanya bekerja beberapa meter di atasnya. Kemudian pekerja yang di atas ingin meminta sesuatu pada pekerja yang berada di bawah. 

Dia memanggil tapi tidak didengari kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka dia mengeluarkan sekeping duit syiling dan melemparkan ke bawah, Pekerja yang di bawah tidak mendongak ke atas pun. Ketika dia nampak ada syiling di atas tanah dia mengambilnya begitu sahaja dan memasukkan ke dalam poketnya. 

Pekerja di atas berasa sangat kesal. Dia sekali lagi mengeluarkan sekeping syiling, kali ini yang lebih besar dan melemparkannya ke bawah, sekali lagi tidak mendongak ke atas. Dia melihat syiling lalu mengambilnya. Pekerja yang di atas lalu mengambil seketul batu dan melemparkan ke bawah. Batu itu mengenai topi keselamtan pekerja di bawah. Setelah kejadian itu,baru pekerja itu mendongak ke atas.

p/s:Kisah ini menunjukkan bahawa manusia sering lupa dan tidak ambil peduli ketika berurusan dengan kesenangan, tapi segera mendongak ke atas jika menghadapi musibah atau sesuatu yang tidak menyenangkan. Untuk peringatan,kedua hal di atas, kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dan persoalan hidup yang kita sering hadapi dalam hidup ini.


6 comments:

I wong (依之汉) said...

Bunyian sekitar melekakan sampai lupa nak tengok kat atas bila dapat duit. nice story to share there. Dan memang wajib manusia diuji oleh Allah. :)

Encik JI said...

btol tu. kalo batu pn wat bodo lg, kna baling kepala keter api baru pasan. hehe.

Chachos Cheezy Wedges said...

betol tuh.. dua pon ujian tok kita.. semoge kita x lupe kepada-NYA... ^____^

faLiaa said...

I Wong: tengs, ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk :)

En. JI:hihi...sama2 lah baiki diri, manusia ni pantang kot dpt duit rasanya

Chachos: InsyaAllah :)

faLiaa said...
This comment has been removed by the author.
msredcheesecake said...

terkena batang idung msred...bila senang kita selalu lupa...

selamat hari raya maaf zahir batin

Gift for newly wed couples