Friday, October 28, 2011

Jalan-jalan cari binatang!


Dah baca entry sebelum ni? Okeh, kali ni tentang penjelajahan ke rumah kawan2 pulak, iaitu ke ZOO!..kawan2 la kan,sebab haiwan2 juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT ^_^. Perjalanan kami bermula pada seawal 8.30 pagi dari campus, first,TAXI>>KTM SERDANG>>KL SENTRAL>>WANGSA MAJU>>ZOO NEGARA!! Entry kali ni banyak entri bergambar,soO enjoY! Sambil blogwalking,merasa la jgk g zoo di dunia maya kan!!


Sekitar 11.30 pagi, kami memulakan explorasi ke dalam Zoo, tiket, makin lama,makin mahal untuk dewasa, tapi untuk kanak2 dan warga emas, sangat murah! Eloklah bawak anak2 waktu kecik2 lagi, supaya leh save budget..hehe...mula2,kitorang terserempak dengan  dengan sekumpulan gerombolan burung2 bangau, sangat banyak, semua dah jadi macam patung, maybe tengah berjemur agaknya. Ada sekor ni dah macam batu, terkejut kowt,sebab sewius tak perasan ada burung dekat situ.




Pastu ade gajah, tengah makan2, ade zirafah pun tau, FYI, zirafah ni tido hanya 4 jam sehari, dan apabila nak beranak, dia akan beranak secara berdiri, anak zirafah akan lahir, jarak 2 meter dari tanah, agak tinggi jugak, baby zirafah dicampak setinggi 2 meter lepas lahir..huhu...cian..Badak pun ada,hippo! Badak penyelam terbaik dan buaya sangat takut dekat badak coz, gigitan badak boleh menembusi even badan buaya tau!





Macam2 binatang lagi ada, bila pegi zoo, tempat yang paling tak sabar aku nak pegi ialah kandang harimau dan singa sebab suka dengar ngauman, best tapi seram sejuk dengar,menakutkan. Untuk mengenali setiap ekor harimau adalah melalui stripes dkt badan dia, bagi harimau, stripes di badan umpama cap jari. Macam IC diorang la. Pastu ada tapir..tapir ni wana hitam putih dan sangat pemalu dengan manusia. Tapir mengandung selama 13 bulan,lebih lama berbanding manusia yang hanya 9 bulan.



Jalan punya jalan, kitorang sampai ke kawasan orang utan dan cimpanzi, FYI, DNA Orang utan adalah 98.4% berbanding DNA manusia, ada sesetngah DNA di orang utan tidak diaktifkan sebab tu, jauh bezanya antara manusia dgn orang utan. Jalan2, bermesra dengan Pony yang kiut sangat...pastu,pegi lunch. 





Dinasihatkan,masuk zoo,bawaklah makanan sendiri, mahal gila siot, ice krim satu scoop RM 5 okay! Kitorang pegi underwater world bagi hidupan air tawar, sangat best,baru lagi tempat tu,ada macam2 species ikan air tawar yang sangat menarik! Penguin pun ada, sangat kiut, sangat aktif dan friendly tau. Tepat 3.30 petang, ada show times dari binatang2 di zoo ni, yang paling enjoy adalah telatah singa laut,iaitu Dombi! kiut sangat..nak dekat pukul 4.30 hujan pun dah start turun,so kami pun berangkat pulang ke LRT...hehe...btw,ada seekor haiwan ni makan hampir apa sahaja kecuali tomato tau, iaitu racoOn...tenang tapi boleh jadi agresif,sangat cOmey tau..bulu dia rasa macam berus water colour tau....(n_~)











klik untuk ke ZOo
|
|
\/


p/s: haiwan dekat zoo pun dah tua2,senior dah,seiring dengan usia aku...last g Zoo waktu umur 3 tahun, 17 tahun berlalu baru pegi balik,banyak perubahan , especially dari segi harga tiket! Tapi sewius berbaloi la,pusing2 satu zoO..yippy!!








Tuesday, October 25, 2011

Dataran Pahlawan seringgit je!


Bagi student2 IPTA...sekarang ni tengah cuti mid semester,sewius,masa cepat berlalu...dah nak dekat abis sem tiga. Untuk aku,kali ni tak balik ke kampung halaman pun...disebabkan parents pun sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Memandangkan aku ni, satu2nya kaum hawa dalam family,jadi malas nak balik ke rumah, akan rasa sunyi tanpa kehadiran ibu dan bapa. 

Melaka menjadi tempat untuk travelling! Aku dengan sahabat baikku naik bas dari TBS terus ke Melaka, murah je tiket,macam dari Kedah nak ke Penang ja. Sampai2 di Melaka Sentral, p pekena Chicken Rice Ball! Cedap memang cedap taaapppiiii....hmm....tengak gambar dekat menu tak sama dengan dengan yang live...huhu...secoet ja...hukhuk



Lepas2 solat zohor, bermulalah perjalanan untuk explore Bandar Melaka!Kitorang terus naik bas 17 untuk berjalan2 ke sekitar kawasan Bandar Hilir dan Dataran Pahlawan. Singgit ja tambang. Tingat dulu waktu zaman sekolah,naik bas nak balik rumah,tambang bas 3 kupang (30 sen) ja. Turun2 di kawasan sekitar Bandar Hilir, kitorang mendaki bukit ke Kota A Famosa....panas mentari terik ya amat di balik2 awan sana. Kitorang juz amik2 gambar di hadapan A Famosa, ada sesetengah orang nak bergambar dengan batu berukir yang berlambak2 di dalam bangunan tu....tapi,bagi seorang Muslim,tidak manislah untuk bergambar dengan batu2 di situ sebab,batu di situ umpama batu nisan,pejuang2 Portugis,walaupun secantik mana pun ukirannya. Ada alunan gitar, seorang pemuzik jalanan di kota tu. Melaka ni kaya dengan bakat2 pelukis jalanan,walaupun orang2 biasa ja...lukisan diorang terbaikkklahhh!


Lepas tu,kitorang pegi ke Muzium Samudera,the museum-like ship tu, berpeluang bergambar dengan Hang Tuah Statue, naik Menara Taming Sari, subhanaAllah...time naik menara tu,nampak manusia tersangatlah kerdil,umpama semut...pemandangan yang sangat cantik....cuba bayangkan...hidupan2 di Bumi ni,apabila dilihat dari atas sangatlah kecil.....sangat detail ciptaan Allah SWT . Kitorang pegi tengok2 jualan dekat depat muzium Samudera,mcm2 ada jual,waktu tengah shopping dkt situ, ada seorang lelaki  ni,umur lingkungan 30-an,sedang menengking2 anak perempuan dia,kecik lagi kowt budak tu,baru dlm 7 tahun. Masih terngiang2 dlm ingatan, "Ko pegila!!aku tak nak tengok muke ko dah! buat penat je aku bela ko, balik rumah ntah pukul2 berapa.!!!"...sewius,kitorang naik seram sejuk ke...sanggup tengking anak depan2 pelanggan yang ramai dekat situ.

Akibat panas mentari yang amat sangat....merah muka2..macam ayam panggang dah..huhu..kitorang pegi mandi dekat toilet....wuu....bergambar2 dkt Dataran Pahlwan...Melaka ni banyak la tempat untuk lepak2 dengan kawan2...di Dataran Pahlawan ada rumput carpet,siap boleh guling2 lagi dekat situ..hihi..tapi xdelah kitorang nak guling2 dkt situ...malula jugak ^_^...g pekena Spicy Chicken McDeluxe dekat McD,tapi satu x puas hati la,Big Mac lagi murah kowt dari Spicy Chicken McDeluxe...aku ni dahlah kena fungus infection,beef pun x bleh makan...aiya!


 Selepas selesai makan,solat jamak, kitorang g naik river cruise,...memang best,sangat unik, di balik2 bangunan di pinggir2 sungai,ada macam2 lukisan yang menarik...ada lampu2..yang bling2 abis..45 minit pegi balik...baru selesai river cruise...Kampung Morten,kampung warisan di tepi sungai tu,mmg cantik gila,kalaulah semua kampung dekat Malaysia,sebersih dan secantik tu,memang terbaikklah Malaysia!

Next,p pkena Roti Nan di Restoran Pak Putra, semua pekerja original Pakistan mai...memang Kuch-Kuch Hota Hai....cakap hindustan depa...roti dia sedap bangat,tapi ayaq(air) err....xbleh lawan ayaq dekat pasar malam rumah aku lagi sedap...kat Pakistan mana ada kan,teh ais,milo ais suma tu...so,mcm tawar hebiaq skit. Memang bestla malam tu,river criuse ngan makan roti nan,ada orang sponser,thumbs up!!




Malam semakin matang ( terbalik kepada malam semakin muda)....huhu....mata pun semakin berat..sewius mengantuk gila2...tahap Z...last2..rancang nak overnite,bolela lelap 2 jam dekat Masjid Al-Alami,subhanaAllah....tak terkata,cantik sangat2 masjid tu, toilet,tempat wuduk,tempat solat suma number one!!...memang x rancang,pagi tu,start dalam pukul 4.30 pagi,kitorang join program Qiamulail yang dianjurkan pihak masjid sekali,alhamdulillah,di samping bermusafir,sempat lagi nak berqiamulaill...sampai sekarang masih teringat2 lagi masjid tu...cantik sangat :)

Masjid Al-Alami

Pagi menjelang,selepas saja solat subuh di masjid Al-Alami,kitorang g sarapan di satu kedai ni,roti dia sangat unik,orang panggil roti tampal habaq mai,lebih kurang roti telur,cuma roti canai melekat dengan telor mata...sedap!! Last sekali,sebelum pulang ke jalan benar (ke serdang) [n_~].....kitorang pegi melawat Masjid Selat Melaka, yang ni...aduih....masyaAllah...tersangat cantik....10 bintang lah bagi...subhanaAllah...sambil buat solat Dhuha,dengar desiran ombak..suma cukup...tenang sangat...ada laut...terus terdetik di hati "Kalau ada jodoh,Aku nak akad nikah dekat masjid ni di masa hadapan !!":)....Tepat 10 pagi...kitorang pun melabuhkan tirai,...tirai bas la...haha..ngantuk kowt,sepanjang perjalanan...tido je dalam bas....2 jam lepas tu,sampaila TBS (Terminal Bersepadu Selatan)...naik ktm Serdang...balik kolej semula...dot..dot..dot..



Masjid Selat Melaka



Melaka telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2008 sebagai salah satu warisan dunia














Saturday, October 22, 2011

Friends for life :)






Read it, if you really are a true friend :)

In World War 1, a soldier watched in horror how his lifelong friend fell under gunfire. All the soldiers had to retreat. The soldier went to ask permission from the lieutenant to go and fetch his friend from the no-mans-land. The lieutenant gave permission, but added: "It is hardly worth it. Your friend is probably dead and you may die too".


The soldier did not care about the warnings and miraculously he did reach his friend, lifted him to his shoulders and stumbled back. He was wounded in the process. The lieutenant helped them to safety and noticed the soldier’s friend was dead. "I am sorry for your friend - but I told you it was not worth it. Your friend is dead and now you are also seriously wounded"."I have to disagree with you. It was worth it", the soldier answered. "What ever do you mean?" the lieutenant wondered."It was worth it", the soldier repeated. "When I got to my friend, he was still alive and said ‘Jim, I knew you would never leave me’”.
inspirational short stories

still have in mind, about the inspirational and emotional story on the mission of saving Private Ryan?



___________________________________________________________________________




::Boyce Avenue version::


"Hold me,like The River Jordan
And I Will Then Say To Thee...you are my friendCarry me,like you are my brother
Love me like a mother,Will You Be There? "-Micheal Jackson

The song "Will You Be There" sang by the late king of pop, Micheal Jackson, almost similarly reflects to the inspirational short story of the true bond of fellowship between the soldier mates above. True friendship lies among the honest and sincere soul. What made the soldier went back to his friend because of the strong bond of friendship that exist among them. True friends are hard to find, but once the bond and interest bind perfectly to each other, a sense of trustworthy will emerge. Friendship is a special relation that exists naturally among us, for me, building friendship teach me to be compassionate and help me to live up my life,friends that I meet throughout my life, will always be friends for life. 





Sunday, October 2, 2011

Kejadian Malam Semalam!


Semalam baru berlangsung Majlis Jamuan yang gilang gemilang di kolej saya, well,much more like majlis raya yang bertemakan perpaduan,but a bit late skit dilangsungkan. Majlis tu memang MELETUP, dengan keriuhan warga2 kolej, ada macam2 bentuk persembahan, pada masa yang sama, kak mira pun datang jugak, kak mira mana ni? kak mira iaitu vokalis TILU band, kak mira stay dekat kolej yang sama jugak n study di UPM ya. Malam semalam,ada la amik few pictures, tapi x banyak sangat, kamera pun dah nak nazak dah..huhu..

esok dah stat kelas, 10 to 5 pm, staright, non stop, juz ada break 15 minutes untuk solat zohor...haduih...kejam btul orang yang buat timetable untuk hari Isnin nie...give me the strength!! (jangan otak jem suda) Okeh, here's some snapshot from last night (ada banyak pic x brapa nak jadi la..sob3) suma pakat pakai baju raya masing-masing :)

gambar ni terlebih flash plak, kak mira kiut2 je








layan jap lagu TILU, comel la video klip ni..tengok ala2 Alice in Wonderland ^_^



<




Gift for newly wed couples