Wednesday, February 29, 2012

Menyelami Keajaiban!


Daripada sebuah buku yang saya baca, kejaiban ini datang daripada pemiliknya,iaitu Allah S.W.T. Sedar atau tidak, setiap hari sebenarnya kehidupan kita adalah suatu keajaiban. Bermula sewaktu semuanya masih di dalam perancangan Allah hingga kita berada di muka bumi iaitu lahir sebagai seorang bayi yang comel ^_^. 

Keajaiban apa yang ingin disampaikan ini? Tangisan pertama yang keluar dari bibir kita bagi pertama kalinya menjejakkan kaki di muka bumi ini adalah keajaiban. Seiring berjalannya waktu, kita mula menjadi dewasa, mengalami pelbagai perkara dalam hidup, suka,duka,tangis,tawa,kejayaan,kegagalan, menjalin kasih dlm ikatan perkahwinan, kemudian beranak pinak menghasilkan keturunan. Semua ni adalah rangkaian keajaiban yang Allah tunjukkan dlm kehidupan kita, yang kita sendiri kadang-kadang tidak sedar dan tidak bersyukur atas keajaiban yang kita alami ini.


Kita sendiri adalah keajaiban. Kita memiliki Allah, sumber segala keajaiban yang selalu memberi perkara ajaib kepada kita. Kita sentiasa menemui pelbagai keajaiban dalam hidup hingga kita bertambah yakin yang Tuhan Maha Berkuasa di atas semua ciptaannya. Percayalah, pesona keajaiban yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya selalu muncul dalam kehidupan kita :) Aliaa ingin berkongsi satu kisah keajaiban ini yang Aliaa baca daripada sebuah buku yang sangat menarik :

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab, "Tak payah. Halau saja dia dan tutup pintu!"

Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas temph idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula. Kali ini berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan alhamdulillah,hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan dengan suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis. Wanita itu sedih melihat keadaan pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya,"Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis ini?"

"Ya,berilah makanan kepada pengemis itu."

Selepas memberi makan kepada pengemis itu,si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, "Menagapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"

Si isteri menggelengkan kepalanya,lalu berkata dengan sedih, "Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas suami ku."

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut,tetapi dia bertanya lagi,"Tahukah kamu siapa saya kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya!"

Allahu akbar. Siapa yang mengatur semua peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinya Maha Berkuasa ke atas semua cipataanya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnya tunduk pada ketentuan Tuhan.


Yakinlah, kehidupan sentiasa menemukan kita dengan keajaiban :)
Its a Miracle!











Friday, February 17, 2012

Ali Lewat Mendirikan Solat Subuh Jemaah


Pagi yang nyaman, menghirup oxygen-oxygen yang segar di balik tingkap, there's this story that I wish to share...hmm,sebelum tu, buat solat sunat  sebelum subuh dan solat Subuh  tak pagi tadi? Ataupun masih sedap melingkar badan di balik selimut? Kita tepuk dada,tanya iman dalam diri ^_^


                ________________________________________________________

Pada dini hari itu, Ali bin Abi Talib bergegas bangun mengerjakan solat subuh berjemaah dengan Rasulullah S.A.W. Langit masih gelap,suasana masih terasa dingin, dan jalan masih diselebungi kabus pagi yang turun bersama embun. Ali melangkahkan kakinya menuju masjid. Dari jauh, sayup kedengaran suara Bilal memanggil-manggil dengan azannya yang berkumandang merdu ke segenap penjuru Kota Madinah.



Namun, sebelum jauh Ali melangkah menuju masjid, di hadapannya terdapat lelaki tua beragama Yahudi yang berjalan sungguh perlahan. Mungkin kerana usianya terlalu tua, dia berhati-hati ketika menyusun langkah. Sebenarnya Ali sangat tergesa-gesa. Dia tidak mahu tertinggal melakukan solat tahiyatul masjid dan qabliyah Subuh sebelum mendirikan solat Subuh berjemaah bersama Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang lain.

Ali faham yang Rasulullah S.A.W mengajar supaya semua umat Islam menghormati orang tua, tidak kira siapa dan apa pun agama mereka. Maka, Ali terpaksa berjalan di belakang lelaki tua itu. Tetapi apakan daya,lelaki tua itu berjalan sungguh perlahan, dan kerana itu Ali juga terpaksa melangkah dengan perlahan. Lelaki tua itu lemah dan Ali tidak sampai hati mahu mendahuluinya. Dia bimbang sekiranya lelaki tua Yahudi itu jatuh ataupun mengalami kemalangan.

Selepas lama berjalan, langit mula cerah apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua itu meneruskan perjalanannya melewati masjid. Semasa memasuki masjid, Ali menyangka solat berjemaah Subuh sudah selesai. Tetapi Ali terkejut, sekali gus gembira, apabila melihat Rasulullah S.A.W dan para sahabat sedang rukuk pada rakaat kedua. Ini bermakna Ali masih ada kesempatan mendirikan solat Subuh berjemaah. Sekiranya dia dapat mengerjakan sukuk bersama, itu bermakna dia masih mendapat satu rakaat solat berjemaah.

Selepas Rasulullah S.A.W menyelesaikan solatnya dengan salam, Umar bin Khattab memberanikan diri dan bertanya, "Rasulullah S.A.W, kenapa hari ini solat Subuh mu tidak seperti biasa?"

Rasulullah S.A.W bertanya,"Kenapa? Apa yang berbeza?"

"Saya juga tidak tahu. Pada rukuk dalam rakaat kedua, Malaikat Jibrail tiba-tiba turun lalu menekan belakang saya hingga saya tidak dapat bangun. Itu berlangsung lama, seperti yang kamu ketahui."

"Mengapa Jibrail buat begitu?"

"Saya juga belum tahu. Jibrail belum menceritakannya kepada saya."

Dengan perkenan Allah, beberpa waktu kemudian Malaikat Jibrail turun dan berkata,"Muhammad, aku di perintahkan Allah supaya menekan belakang kamu dalam rakaat kedua supaya Ali sempat mendirikan solat berjemaah dengan kamu. Allah menyenangi tindakannya kerana dia menjalani ajaran agamanya. 


Mendengar penjelasan Jibrail itu, Rasulullah S.A.W terus mengerti. Beliau menyenangi tindakan Ali kerana apa yang dilakukannya itu menunjukkan betapa tingginya penghormatan umat Islam pada orang lain. Satu perkara lagi, Ali tidak sengaja melambatkan ataupun meninggalkan amalan solat berjemaahnya. Allahu Akhbar. Banyak sekali cara Allah memuliakan seseorang. Yakinlah kita selalu berada dalam bimbingannya, apabila kita memelihara niat mahu istiqamah pada jalannya. InsyaAllah,aminn...(n_~)





Wednesday, February 8, 2012

7 Ayat-Ayat Suci Allah S.W.T


Di kesempatan ini, saya nak berkongsi sedikit ilmu dan maklumat untuk kita sama-sama ambil pengetahuan tentang keindahan dan keagungan di sebalik surah Al-Fatihah itu sendiri. Mungkin ada yang sudah sedia maklum,dan mungkin ada segelintir yang tidak tahu,macam saya, jadi sama-sama kita ambil tahu,nak tak?  Ilmu ini diperoleh daripada guru mengaji saya ^_^. Maaf jika ada tersalah maklumat,kalau ada salah teguq2 la ya :)


Surah Al-Fatihah semuanya terdapat 7 ayat termasuk 'bismillahirrahmanirrahim' menurut mazhab Syafie. Surah Al-Fatihah ialah ibu kepada Al-Quran @ Ummul Kitab, kerana, dalam surah Al-Fatihah; ayat pertama,"Bismillahirrahmanirrahim" itu sendiri mempunyai maksud yang tersirat merangkumi seluruh surah Al-Fatihah. Manakala, 6 ayat yang selebihnya,mempunyai maksud tersirat merangkumi seluruh surah-surah (114 surah) di dalam Al-Quran.

Surah Al-Fatihah terbahagi kepada 3 bahagian ayat:

1. Ayat Tahmid (Puji-pujian kepada Allah)

Merangkumi ayat 1 hingga ayat 4

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian 

alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

2. Ayat Ikrar

Ayat ke-5

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami 

memohon pertolongan.


3. Ayat Do'a (Memohon kepada Allah) 

Ayat 6 hingga 7


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan 

(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang 

yang sesat.


Terdapat 4 cara untuk membaca Surah Al-Fatihah:

1. 7 ayat,7 kali berhenti (waqaf), hendaklah menukarkan nafas dari satu ayat ke ayat yang lain.

2. 7 ayat,3 kali berhenti mengikut pecahannya:ayat tahmid, ayat ikrar, ayat do'a

3. 7 ayat,4 kali berhenti mengikut waqaf tam (tamat cerita)

    i.   berhenti selepas ayat 1
    ii.  berhenti selepas ayat 4 (ayat 2-ayat 4)
    iii. berhenti selepas ayat 5
    iv. berhenti selepas ayat 7 (ayat 6-ayat 7)

4. 7 ayat, sekali sahaja berhenti.

*cara yang paling afdal ialah cara yang pertama iaitu (7 ayat,7 kali berhenti), macam yang Ustaz Don Daniyal ajar adalah yg paling afdal iaitu secara tartil bacaannya :)











Di dalam surah Al-Fatihah 7 huruf ini dikecualikan, huruf ini adalah daripada nama-nama neraka





Gift for newly wed couples