Friday, February 17, 2012

Ali Lewat Mendirikan Solat Subuh Jemaah


Pagi yang nyaman, menghirup oxygen-oxygen yang segar di balik tingkap, there's this story that I wish to share...hmm,sebelum tu, buat solat sunat  sebelum subuh dan solat Subuh  tak pagi tadi? Ataupun masih sedap melingkar badan di balik selimut? Kita tepuk dada,tanya iman dalam diri ^_^


                ________________________________________________________

Pada dini hari itu, Ali bin Abi Talib bergegas bangun mengerjakan solat subuh berjemaah dengan Rasulullah S.A.W. Langit masih gelap,suasana masih terasa dingin, dan jalan masih diselebungi kabus pagi yang turun bersama embun. Ali melangkahkan kakinya menuju masjid. Dari jauh, sayup kedengaran suara Bilal memanggil-manggil dengan azannya yang berkumandang merdu ke segenap penjuru Kota Madinah.



Namun, sebelum jauh Ali melangkah menuju masjid, di hadapannya terdapat lelaki tua beragama Yahudi yang berjalan sungguh perlahan. Mungkin kerana usianya terlalu tua, dia berhati-hati ketika menyusun langkah. Sebenarnya Ali sangat tergesa-gesa. Dia tidak mahu tertinggal melakukan solat tahiyatul masjid dan qabliyah Subuh sebelum mendirikan solat Subuh berjemaah bersama Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang lain.

Ali faham yang Rasulullah S.A.W mengajar supaya semua umat Islam menghormati orang tua, tidak kira siapa dan apa pun agama mereka. Maka, Ali terpaksa berjalan di belakang lelaki tua itu. Tetapi apakan daya,lelaki tua itu berjalan sungguh perlahan, dan kerana itu Ali juga terpaksa melangkah dengan perlahan. Lelaki tua itu lemah dan Ali tidak sampai hati mahu mendahuluinya. Dia bimbang sekiranya lelaki tua Yahudi itu jatuh ataupun mengalami kemalangan.

Selepas lama berjalan, langit mula cerah apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua itu meneruskan perjalanannya melewati masjid. Semasa memasuki masjid, Ali menyangka solat berjemaah Subuh sudah selesai. Tetapi Ali terkejut, sekali gus gembira, apabila melihat Rasulullah S.A.W dan para sahabat sedang rukuk pada rakaat kedua. Ini bermakna Ali masih ada kesempatan mendirikan solat Subuh berjemaah. Sekiranya dia dapat mengerjakan sukuk bersama, itu bermakna dia masih mendapat satu rakaat solat berjemaah.

Selepas Rasulullah S.A.W menyelesaikan solatnya dengan salam, Umar bin Khattab memberanikan diri dan bertanya, "Rasulullah S.A.W, kenapa hari ini solat Subuh mu tidak seperti biasa?"

Rasulullah S.A.W bertanya,"Kenapa? Apa yang berbeza?"

"Saya juga tidak tahu. Pada rukuk dalam rakaat kedua, Malaikat Jibrail tiba-tiba turun lalu menekan belakang saya hingga saya tidak dapat bangun. Itu berlangsung lama, seperti yang kamu ketahui."

"Mengapa Jibrail buat begitu?"

"Saya juga belum tahu. Jibrail belum menceritakannya kepada saya."

Dengan perkenan Allah, beberpa waktu kemudian Malaikat Jibrail turun dan berkata,"Muhammad, aku di perintahkan Allah supaya menekan belakang kamu dalam rakaat kedua supaya Ali sempat mendirikan solat berjemaah dengan kamu. Allah menyenangi tindakannya kerana dia menjalani ajaran agamanya. 


Mendengar penjelasan Jibrail itu, Rasulullah S.A.W terus mengerti. Beliau menyenangi tindakan Ali kerana apa yang dilakukannya itu menunjukkan betapa tingginya penghormatan umat Islam pada orang lain. Satu perkara lagi, Ali tidak sengaja melambatkan ataupun meninggalkan amalan solat berjemaahnya. Allahu Akhbar. Banyak sekali cara Allah memuliakan seseorang. Yakinlah kita selalu berada dalam bimbingannya, apabila kita memelihara niat mahu istiqamah pada jalannya. InsyaAllah,aminn...(n_~)





No comments:

Gift for newly wed couples