Wednesday, February 29, 2012

Menyelami Keajaiban!


Daripada sebuah buku yang saya baca, kejaiban ini datang daripada pemiliknya,iaitu Allah S.W.T. Sedar atau tidak, setiap hari sebenarnya kehidupan kita adalah suatu keajaiban. Bermula sewaktu semuanya masih di dalam perancangan Allah hingga kita berada di muka bumi iaitu lahir sebagai seorang bayi yang comel ^_^. 

Keajaiban apa yang ingin disampaikan ini? Tangisan pertama yang keluar dari bibir kita bagi pertama kalinya menjejakkan kaki di muka bumi ini adalah keajaiban. Seiring berjalannya waktu, kita mula menjadi dewasa, mengalami pelbagai perkara dalam hidup, suka,duka,tangis,tawa,kejayaan,kegagalan, menjalin kasih dlm ikatan perkahwinan, kemudian beranak pinak menghasilkan keturunan. Semua ni adalah rangkaian keajaiban yang Allah tunjukkan dlm kehidupan kita, yang kita sendiri kadang-kadang tidak sedar dan tidak bersyukur atas keajaiban yang kita alami ini.


Kita sendiri adalah keajaiban. Kita memiliki Allah, sumber segala keajaiban yang selalu memberi perkara ajaib kepada kita. Kita sentiasa menemui pelbagai keajaiban dalam hidup hingga kita bertambah yakin yang Tuhan Maha Berkuasa di atas semua ciptaannya. Percayalah, pesona keajaiban yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya selalu muncul dalam kehidupan kita :) Aliaa ingin berkongsi satu kisah keajaiban ini yang Aliaa baca daripada sebuah buku yang sangat menarik :

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab, "Tak payah. Halau saja dia dan tutup pintu!"

Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas temph idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula. Kali ini berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan alhamdulillah,hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan dengan suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis. Wanita itu sedih melihat keadaan pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya,"Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis ini?"

"Ya,berilah makanan kepada pengemis itu."

Selepas memberi makan kepada pengemis itu,si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, "Menagapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"

Si isteri menggelengkan kepalanya,lalu berkata dengan sedih, "Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas suami ku."

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut,tetapi dia bertanya lagi,"Tahukah kamu siapa saya kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya!"

Allahu akbar. Siapa yang mengatur semua peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinya Maha Berkuasa ke atas semua cipataanya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnya tunduk pada ketentuan Tuhan.


Yakinlah, kehidupan sentiasa menemukan kita dengan keajaiban :)
Its a Miracle!











3 comments:

azam said...

Allah Maha Kaya

Someone you used to know said...

Allah Maha bagi segala-galanya :)

SuAra_JemAri said...

Info yang baik..

Cuba link ni pula..
http://www.youtube.com/watch?v=e8fN_PSuEIc

Gift for newly wed couples