Saturday, May 12, 2012

Evaluate diri sendiri, layakkah aku ni?

AMARAN

******HAYATI DAN BACA DENGAN SEIKHLAS HATI ANDA******

Dalam mencari kasih sayang yang hakiki kepada Allah S.W.T, salah satunya ialah, dengan mengajukan soalan kepada diri kita sendiri. Macam orang sering perkatakan, "cermin diri sendiri, evaluate dan sedar diri sendiri dahulu, layakkah kita?



Pertama, kita hadapakan diri di hadapan cermin dan bertanya, " Adakah wajah yang indah ini akan bercahaya di akhirat kelak ataupun akan hangus terbakar oleh api neraka?"

Tataplah kedua-dua biji mata kita sambil bertanya, "Adakah mata ini adalah mata yang akan dapat menatap Allah, menatap Nabi Muhammad, menatap para kekasih-Nya di syurga kelak ataupun mata yang akan terburai kerana dosa-dosa yang pernah dilakukan?"

Pada bibir dan lidah pula, kita tanyakan, "Adakah bibir ini mampu tersenyum gembira di syurga ataupun lidah kita akan menjulur dan pecah-pecah, lalu bibir kita koyak, melecur dan hancur akibat sisa api neraka?"

Mari kita perhatikan tubuh kita dan bertanya perihalnya,"Adakah ia akan memancr penuh cahaya di akhirat sehingga layak berdamping dengan Nabi Muhammad ataupun ia akan layak menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu dan orang-prang yang ingkar kepada Allah di dasar neraka?"

Pada kedua-dua belah kaki, mari kita tanyakan," Adalah ia sentiasa melangkah di jalan Allah sehingga berhak memijak lantai syurga ataupun ia akan dicabik-cabik oleh duri dan remuk dihentam batu-batu keras di dalam neraka?"

Kulit kita yang bersih yang tiap-tiap hari kita sapu losyen Johnsons Baby, dicuci dengan pencuci muka Fair & Lovely...,mari kita tanyakan,"Adakah ia akan tetap indah dan berchaya ataupun ia akan hangus dijilat api neraka?"

Semoga dengan bercermin sambil merenung diri, kita dapat kekuatan menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara ingkar.

Sumber: Artikel Erti Hidup Sebelum Mati

p/s: sekadar perkongsian untuk renungan bersama, sejujurnya, air mata menitis-nitis setelah membaca ayat-ayat di atas, sesungguhnya sebagai manusia banyak dosa yang dilakukan secara sedar ataupun tidak, selama hidup ini, marilah muhasabah diri, di manakah kedudukan kita di sisi Allah?

kita sering baca tentang seksaan kubur kepada orang-orang yang ingkar dengan perintah Allah, tak terbayang betapa gerun dan ngerinya seksaan itu, di sini saya linkkan BUKTI SEKSAAN KUBUR. Serius kecut perut ;(


2 comments:

Dylla Abas said...

sangat suka dengan entri ni..terus rasa nak bermuhasabah diri di ptg hari..thanks 4 sharing :)

muslimah wannabe said...

Terima kasih ^^ jum muhasabah sentiasa ;)

Gift for newly wed couples