Thursday, August 30, 2012

Cool Blog~Bubble Tea~Black Pearl, halal ke?


MasyaAllah, terliurnya tengok minuman Cool Blog, sedap, menjadi kegemaran untuk diminum, sangat cool!



Daripada apa yang dimaklumkan oleh En. Danial Koh Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Cool Blog, black pearl yang digunakan untuk dicampurkan bersama minuman adalah diiktiraf halal oleh JAKIM, black pearl ini diimport dari Taiwan dan juga telah diiktiraf kehalalannya dari sana. Bubble atau black pearl yang digunakan oleh Cool Blog dihasilkan dari gelatin yang bersumberkan tumbuhan iaitu tepung ubi atau tapioca flour.

Pada "black pearl"  ini terdapat gelatin di mana antaranya berfungsi sebagai emulsifier, thickener, dan untuk menggebukan  produk.



Terdapat 3 jenis klasifikasi GELATIN:

Gelatin jenis A : Daripada kulit khinzir (babi)

Gelatin jenis B: Daripada sumber bovine (lembu, kerbau, dll)- kena consider juga adakah penyembelihan    haiwan2  ini halal, mengikut syarak?

Gelatin jenis C: Daripada sumber tumbuhan

Info: Cool blog adalah satu-satunya syarikat minuman bersumber dari bubble tea yang memohon sijil halal dari pihak JAKIM

Kesimpulannya, minuman Cool Blog halal diminum (^_^)

Sumber: Rancangan Ejen Halal, TV Al-Hijrah

Tapi, disebabkan zaman sekarang banyak pembekal bukan dari gologan Islam,kita sebagai pengguna haruslah sentiasa berhati-hati dan bijak membuat keputusan dalam membeli produk-produk makanan.


" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya "

[Surah Al Baqarah, ayat 172]


Wednesday, August 29, 2012

Cinta Hakiki~~Eternal Love

Setelah meneliti ayat 32 dari surah An-Nur , telah membawa saya ke penjelasan yang sebenar tentang cinta  hakiki :)


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta seorang wanita kepada adalah perasaan manusiawi yang bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah di dalam jiwa manusia. 

Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan unyukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram padanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." 

[Ar-Rum,30:21]

Cinta pada dasarnya bukanlah sesuatu yang kotor kerana kekotoran dan kesucian bergantung pada bingkainya. Ada bingkai yang suci  dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram. Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan, dan kerinduan, di samping mengandungi persiapan untuk menempuh saat suka dan duka, lapang dan sempit. Cinta yang hakiki ialah cinta yang didasarkan kerana Allah S.W.T. Cinta sebegini akan menguatkan ikatan dengan Yang Maha Pencipta. (n_~)


Sumber: Saqafah Islamiyyah


Ini pula pandangan maksud cinta dari Saudari Husna dan Anna dalam KCB (^_^)


Cinta itu sebenarnya sangat indah, ia bergantung kepada bagaimana kita mem"bingkai"kannya
So sweet ;)

Sunday, August 12, 2012

Syarat seorang Hawa kepada kaum Adam



Pada zaman dahulu (tidak pasti sama ada zaman Tabiin atau Tabi' Tabiin) ada seorang gadis yang sangat cantik dan beriman kepada Allah. Dirinya digilai ramai pemuda  zaman itu. Namun, hajat pemuda-pemuda berkenaan tersekat kerana gadis itu telah meletakkan syarat yang ketat bagi calon suaminya, iaitu, calon suaminya haruslah:

  1. Seorang yang sentiasa berpuasa sepanjang tahun
  2. Seorang yang sentiasa beribadat sepanjang malam
  3. Seorang yang sentiasa khatam seluruh Al-Quran setiap malam
Setelah lama tidak mendapat jodoh kerana ramai pemuda pada zaman itu tidak sanggup atau tidak cukup syarat. Maka, dengan takdir Allah, seorang pemuda akhirnya berjaya mengahwini gadis beriman tersebut :)

Kenapa pemuda berkenaan akhirnya berjaya mengahwini gadis beriman tersebut???



JAWAPANNYA
|
|
|
|
\/

Setelah berkahwin, wanita beriman itu melihat suaminya tidak pula berpuasa sepanjang tahun, tidak pula beribadat sepanjang malam dan tidak pula khatam Al-Quran setiap malam. Lalu beliau bertanya kepada suaminya. Jadi suami yang berilmu dan beriman itu menjawab:

  • "Abang solat berjemaah Isyak dan Subuh, bukankah Rasulullah pernah bersabda barangsiapa solat Isyak berjemaah seolah-olah dia sudah beribadat separuh malam, manakala orang yang solat Isyak serta Subuh berjemaah seolah-olah dia sudah beribadat sepanjang malam. Itulah yang abang buat sayang" :)

  •  " Abang berpuasa pada bulan Ramadhan dan selanjutnya berpuasa 6 hari dalm bulan Syawal, bukankah Rasulullah pernah bersabda barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia sudah berpuasa sepanjang tahun. Inilah yang abang buat sayang":)

  • "Abang membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali pada setiap malam, bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa baca surah Al-Ikhlas seolah-olah menyamai satu pertiga Al-Quran, justeru 3 kali bacaan bersamaan seluruh Al-Quran. Itulah yang abang buat sayang" :)




Intisari ayat: 

  1. Ilmu penting bagi seseorang muslim untuk berjaya di dunia dan akhirat
  2. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik
  3. Dalam Islam banyak perkara sunnah atau hadith sahih dapat diamalkan 

Thursday, August 9, 2012

Seni Khat Purba Islam


Masih belajar dan baru mula berjinak-jinak dalam penghasilan penulisan Khat Kufi menggunakan teknologi komputer. I learn everything from the internet, self-taught, tulisan yang sangat menarik dan unik. As a summary, Khat Kufi adalah satu cabang seni kaligrafi Islam dan merupakan yang tertua. Used widely dalam penulisan ayat-ayat Al-Quran. Kufi atau Kufic berasal dari perkataan "Kufah", iaitu nama sebuah bandar di Iraq.

Manuskrip teks Al-Quran yang ditulis di awal penulisan kufi

Sewaktu jangka masa Rasulullah S.A.W menerima wahyu sepanjang 40 tahun daripada Allah S.W.T melalui malaikat Jibril. Disebabkan baginda seorang buta huruf , semua wahyu hanya diingati dan ditulis oleh sahabat-sahabat Baginda di atas kayu, daun dan apa-apa sahaja permukaan yang dapat dicapai untuk dicatat. Cara penulisan inilah yang dipanggil Kufi.

Pada abad ke-13, Baghdad dan kawasan sekelilingnya ditakluk oleh Kublal Khan dan angkatan tenteranya. Populasi semakin berkurang akibat penaklukan tersebut. Banyak barang telah dibakar, buku-buku dibuang ke dalam sungai. Menyebabkan air sungai bertukar warna yang bercampur dengan darah dan dakwat dari buku-buku yang dibuang. Dengan kekuasaan Allah S.W.T., akhirnya selepas seabad lamanya, Raja Moghul bernama Timor Khan memeluk Islam. Penulisan Kufi mula digunakan secara meluas dan diubah suai menjadi tulisan Kufi berbentuk petak. Cara penulisan ini dijumpai pada duit syiling mereka dan perhiasan pada bangunan serta sebagainya. Untuk lebih lanjut tentang kesenian khat kufi, check out blog Shukor Yahya, he's an expert dalam seni khat kufi from Malaysia ^_^


Hasil Khat Kufi saya :)








Tersesat ke kawasan tanah perkuburan selepas bertarawih



Seminggu yang lepas, kebetulan pada malam 14 Ramadhan 1433H (malam jumaat), saya dan mama sama-sama pergi ke masjid berdua sahaja, ahli keluarga yang lain sudah pergi awal. Ibu memecut memandu kereta pacuan empat roda kerana bimbang tidak sempat menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum berjemaah solat Isyak di masjid nanti seperti selalunya. Pada malam tersebut kawasan parking masjid sesak dengan kenderaan, kami tergesa-gesa mencari tempat parking kerana sudah hampir lewat. Alhamdulillah, setelah selesai menunaikan solat berjemaah Isyak, kami selesai menunaikan solat sunat tarawih. Merdu sekali alunan bacaan surah-surah ayat suci Al-Quran dan tartil sekali bacaan imam. Sesudah menunaikan solat sunat witir, saya dan mama singgah menjamu hidangan moreh yang disediakan, sedap sungguh teh tarik ramadhan yang disediakan ^__^

Setelah tiba ke kereta, didapati, kereta kami dihimpit dengan sebuah kereta proton saga di belakang, manakala di hadapan dihalang oleh sebuah lagi kereta, jadi ini menyukarkan mama untuk untuk keluarkan kereta, tapi alhamdulillah berjaya juga, pada malam itu kami memilih untuk mengikut jalan lain untuk pulang ke rumah oleh kerana terlalu banyak kenderaan, malahan kawasan jalan di situ juga agak sempit.

Menyusuri jalan kampung yang baru dilalui, jalan itu diterangi oleh lampu-lampu jalan yang cerah, terdapat beberapa rumah kampung dan simpang jalan kecil yang kami tempuhi. Lama kelamaan, jalan makin gelap, sudah tidak diterangi lampu jalan lagi, kawasan sekeliling hanya diterangi beberapa rumah kampung yang ada sahaja, mungkin malam itu sudah ditakdirkan untuk kami sesat, akibat jalan yang makin gelap, saya dan mama tidak dapat mencari simpang mana yang sebetulnya untuk keluar dari kawasan kampung itu untuk pulang ke rumah. 

Terdetik di dalam hati, "Ke mana sudah saya dan mama sampai ni, sudahla tak bawak handset dan apa-apa, hanya bertelekung dan sejadah saja yang dibawa"...hati menjadi makin resah, mama pula membawa kereta perlahan-lahan dan mulut mama tidak berhenti-henti berdoa, berzikir dan beristiqfar kepada Allah, apabila tiba di satu jalan kami bertemu dengan dua simpang, ke kiri, tidak tertulis apa-apa, jika ke kanan tertera papan tanda "Jalan Tunku Abdul Rahman"...dalam hati berkata " eh..dekat kampung sini pun ada jalan TAR ka?"...oleh kerana tertera nama jalan Tunku Abdul Rahman, saya dan mama hanya bertawakal dan belok ke arah kanan jalan itu. Tidak lama kemudian, kawasan jalan menjadi sangat sunyi dan gelap, hanya diterangi dengan bengan cahaya bulan yang indah di langit dan lampu kereta mama sahaja.

Apabila saya dan mama menoleh ke kiri dan kanan jalan, rupa-rupanya, di betul-betul bahagian kanan terdapat satu tanah perkuburan yang kecil, terdapat beberapa kubur ditanam di situ, tanpa berpagar apa-apa pun, manakala di bahagian kiri hanya pokok-pokok dan satu kawasan yang lapang, tetapi tidaklah begitu besar ruangnya, di hadapan jalan pula penuh dengan semak samun yang tumbuh meliar hingga hampir menutupi jalan yang semakin lama semakin kecil. Saya hanya terdiam dan dalam hati berzikir dan cuba berfikiran positif.

Saya menasihatkan kepada mama supaya membelok kereta, akibat jalan yang sempit, saya turun dari kereta untuk memberi isyarat kepada mama bahawa untuk masuk ke kawasan lapang dan undur semula sedikit ke belakang supaya dapat berpatah balik untuk mencari jalan pulang.. minyak ditekan dengan kuat berkali-kali kerana untuk undur dari kawasan lapang itu agak rendah dari jalan kecil itu...Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga, hati menjadi lega sedikit...berada di kawasan tersebut terasa seolah-olah di dunia lain kerana sunyi dan gelap sahaja, hanya dapat mendengar suara dari masjid yang kami solat tadi, di mana imam sedang mengalunkan surah Al-Quran menunaikan tarawih hingga 20 rakaat.

Setelah berpatah balik dan sampai semula di kawasan yang berlampu jalan, mujur terdapat kanak-kanak dari kampung ini yang sedang berjalan pulang ke rumah dari masjid, kami bertanya jalan keluar, alhamdulillah, berjaya juga jumpa jalan keluar dan selamat pulang ke rumah. Saya dan mama berasa sangat bersyukur, perasaan resah menyelubungi diri apabila teringatkan kawasan yang kami sesat tadi, betapa sunyinya, dalam hati berkata "suatu hari nanti aku akan mati dan ditanamkan masuk ke liang lahad juga, aku tidak mahu sunyi dan berseorangan di soal malaikat Munkar dan Nakir, aku mahu ditemani... ditemani oleh Al-Quran"

Muhasabah diri, dekatkanlah diri kita dan sayangi Al-Quran, bermanjalah dan ber"sweet2" dengan Al-Quran dengan membaca ayat-ayat cinta Allah S.W.T ditujukan khas kepada umat Nabi Muhammad S.A.W....walaupun jika tidak lancar membacanya, sekurang-kurangnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar......dengan hanya melihat Al-Quran mendapat pahala...Mudah-mudahan kita terus beristiqamah membaca dan mengaji Al-Quran setiap hari bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi sepanjang hayat kita di dunia ini selagi masih ada peluang untuk bernafas ^___^



Saturday, August 4, 2012

Juzuk 7 muka surat berapa ntah?


Jika seseorang bertanya kepada kita secara spontan, muka surat berapa di dalam al-quran bagi juzuk 6? juzuk 10?...Ingat tak kita? Maybe ada yang tau, ada yang tak tau ;)

Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan iaitu formula mudah untuk cepat detect muka surat berapa bagi certain juzuk di dalam Al-Quran ^_^

Formula:

Juzuk ____    (- 1) = ____ x 2 =______ (tambah angka dua di belakang)

Misalnya untuk detect juzuk 7 di muka surat yang ke berapa:

Juzuk 7 = 7-1 = 6

6 x 2 = 12
tambah angka dua di belakang = 122

jawapannya: muka surat 122!

Senang kan?

::Moga memberi manfaat::





Syukur kerna tidak memiliki dan dimiliki


Suka sekali saya berkongsi dari apa yang saya baca tentang perihal yang sebenar berkenaan konsep syukur itu sendiri ^_^

Insan yang betul-betul bersyukur adalah mereka yang sentiasa merasakan diri mereka hanya peminjam, bukan pemilik nikmat tersebut. Semakin banyak kelebihan yang diberikan Allah, terasa semakin banyak pinjaman yang dibuat dengan-Nya. Orang yang bersyukur merasakan tidak memiliki apa-apa kerana diri menyedari semuanya milik Allah.

Apabila Allah mengurniakan nikmat yang sedikit, orang yg bersyukur berasa cukup kerana sifat qanaah iaitu berpada-pada dengan apa yang ada sahaja. Jika Allah kurniakan banyak rezeki misalnya, mereka yg bersyukur memberikannya kpd orang lain kerana sifat pemurah ;)

"Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup"
Untuk hati kita menjadi tenang dan bahagia dan dikurniakan  kemanisan iman, syukur, berterima kasih kepada Allah adalah tunjang utamanya. Tips untuk sentiasa syukur dan reda, lihatlah orang yang lebih rendah dari anda ;)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Lihatlah orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, kerana yang demikian lebih baik supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah S.W.T" (Riwayat Muslim)


MasyaAllah, betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya, sentiasa mengingatkan kita ^_^.

Daripada sabda baginda, itulah konsepnya untuk kita sentiasa bersyukur berkenaan hal-hal duniawi, kerana jika tidak, apabila manusia tiada panduan dan ilmu dan hanya gilakan dunia, dia akan berlumba-lumba mencari harta duniawi semata-mata dan secara tidak langsung akan meninggalkan suruhan-suruhan Allah dan tidak endah untuk melaksanakan amalan-amalan untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak. 

Untuk kita lihat orang lebih rendah dari kita di sini, contohnya....seorang pemandu, dalam hatinya sangat teringin dan cemburu untuk memiliki kereta mewah seperti yang dibeli oleh saudaranya, tetapi...dia perlu lebih bersyukur kerana tetap dikurniakan kereta biasa yang boleh dipandu ke mana-mana juga...jauh lebih baik dari orang yang menunggang motorsikal dan pejalan kaki.

Seorang pejalan kaki...melihat rakan-rakannya mampu memiliki kenderaan sendiri...dia sangat cemburu dan teringin....namun dia perlu sentiasa beringat untuk bersyukur, walaupun tidak mampu lagi untuk memiliki kenderaan sebegitu, dia masih boleh berjalan, mempunyai kaki dan kesihatan yang baik untuk beramal berbanding orang yang terlantar sakit di aras katil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa......orang yang terlantar sakit itu juga perlu bersyukur, kerana walaupun terlantar sakit di atas katil tapi masih mampu lagi untuk berzikir dan berdoa kepada Allah berbanding orang yang mati dalam sia-sia (su'ul khatimah)

Itu dari segi duniawi, tetapi dari segi menuju ke akhirat, kita perlu lihat dan mencontohi orang yang lebih tinggi iaitu banyak ilmu dan lebih beriman dari kita ;)

Setiap hari kita sering berdoa meminta ditambahkan itu dan ini tentang keperluan duniawi, betul tak? Tapi ramai yang jarang berasa cukup dgn apa yang Allah berikan, walau sekecil mana pun pemberian itu. Muhasabah jom! Semoga kita berusaha untuk menjadi golongan yang bersyukur. Chaiyok! chaiyok ^_^

::Alhamdulillah::








Thursday, August 2, 2012

Giveaway Salam Ramadhan 2012



Assalamualaikum, hi Cik Bintang ! Terima kasih kerana lawat blog saya sebelum ni dan ajak saya join GA ni, teringin jugak nak merasa dodol sedap SIS DEQLIS ^_^


Makanan yang saya paling suka ketika berbuka puasa ialah antaranya lauk kambing bakar dan samosa, serius sedap!




Untuk blogger lain nk join,sempat lagi sebelum 9 Ogos nie, jom! ;)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!
Moga kita dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar ^_^





Gift for newly wed couples