Sunday, August 12, 2012

Syarat seorang Hawa kepada kaum Adam



Pada zaman dahulu (tidak pasti sama ada zaman Tabiin atau Tabi' Tabiin) ada seorang gadis yang sangat cantik dan beriman kepada Allah. Dirinya digilai ramai pemuda  zaman itu. Namun, hajat pemuda-pemuda berkenaan tersekat kerana gadis itu telah meletakkan syarat yang ketat bagi calon suaminya, iaitu, calon suaminya haruslah:

  1. Seorang yang sentiasa berpuasa sepanjang tahun
  2. Seorang yang sentiasa beribadat sepanjang malam
  3. Seorang yang sentiasa khatam seluruh Al-Quran setiap malam
Setelah lama tidak mendapat jodoh kerana ramai pemuda pada zaman itu tidak sanggup atau tidak cukup syarat. Maka, dengan takdir Allah, seorang pemuda akhirnya berjaya mengahwini gadis beriman tersebut :)

Kenapa pemuda berkenaan akhirnya berjaya mengahwini gadis beriman tersebut???



JAWAPANNYA
|
|
|
|
\/

Setelah berkahwin, wanita beriman itu melihat suaminya tidak pula berpuasa sepanjang tahun, tidak pula beribadat sepanjang malam dan tidak pula khatam Al-Quran setiap malam. Lalu beliau bertanya kepada suaminya. Jadi suami yang berilmu dan beriman itu menjawab:

  • "Abang solat berjemaah Isyak dan Subuh, bukankah Rasulullah pernah bersabda barangsiapa solat Isyak berjemaah seolah-olah dia sudah beribadat separuh malam, manakala orang yang solat Isyak serta Subuh berjemaah seolah-olah dia sudah beribadat sepanjang malam. Itulah yang abang buat sayang" :)

  •  " Abang berpuasa pada bulan Ramadhan dan selanjutnya berpuasa 6 hari dalm bulan Syawal, bukankah Rasulullah pernah bersabda barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia sudah berpuasa sepanjang tahun. Inilah yang abang buat sayang":)

  • "Abang membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali pada setiap malam, bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa baca surah Al-Ikhlas seolah-olah menyamai satu pertiga Al-Quran, justeru 3 kali bacaan bersamaan seluruh Al-Quran. Itulah yang abang buat sayang" :)




Intisari ayat: 

  1. Ilmu penting bagi seseorang muslim untuk berjaya di dunia dan akhirat
  2. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik
  3. Dalam Islam banyak perkara sunnah atau hadith sahih dapat diamalkan 

2 comments:

eyRa_dzuhaiRah said...

harap2 suatu hari nanti dapat suami yang beriman...=0

Rizal Sadiman said...

rizal pun harap dpt seorang isteri yg solehah dan taat..

http://igossiprizal.blogspot.com/

terima kasih atas perkongsian

Gift for newly wed couples