Saturday, August 4, 2012

Syukur kerna tidak memiliki dan dimiliki


Suka sekali saya berkongsi dari apa yang saya baca tentang perihal yang sebenar berkenaan konsep syukur itu sendiri ^_^

Insan yang betul-betul bersyukur adalah mereka yang sentiasa merasakan diri mereka hanya peminjam, bukan pemilik nikmat tersebut. Semakin banyak kelebihan yang diberikan Allah, terasa semakin banyak pinjaman yang dibuat dengan-Nya. Orang yang bersyukur merasakan tidak memiliki apa-apa kerana diri menyedari semuanya milik Allah.

Apabila Allah mengurniakan nikmat yang sedikit, orang yg bersyukur berasa cukup kerana sifat qanaah iaitu berpada-pada dengan apa yang ada sahaja. Jika Allah kurniakan banyak rezeki misalnya, mereka yg bersyukur memberikannya kpd orang lain kerana sifat pemurah ;)

"Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup"
Untuk hati kita menjadi tenang dan bahagia dan dikurniakan  kemanisan iman, syukur, berterima kasih kepada Allah adalah tunjang utamanya. Tips untuk sentiasa syukur dan reda, lihatlah orang yang lebih rendah dari anda ;)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

"Lihatlah orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, kerana yang demikian lebih baik supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah S.W.T" (Riwayat Muslim)


MasyaAllah, betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya, sentiasa mengingatkan kita ^_^.

Daripada sabda baginda, itulah konsepnya untuk kita sentiasa bersyukur berkenaan hal-hal duniawi, kerana jika tidak, apabila manusia tiada panduan dan ilmu dan hanya gilakan dunia, dia akan berlumba-lumba mencari harta duniawi semata-mata dan secara tidak langsung akan meninggalkan suruhan-suruhan Allah dan tidak endah untuk melaksanakan amalan-amalan untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak. 

Untuk kita lihat orang lebih rendah dari kita di sini, contohnya....seorang pemandu, dalam hatinya sangat teringin dan cemburu untuk memiliki kereta mewah seperti yang dibeli oleh saudaranya, tetapi...dia perlu lebih bersyukur kerana tetap dikurniakan kereta biasa yang boleh dipandu ke mana-mana juga...jauh lebih baik dari orang yang menunggang motorsikal dan pejalan kaki.

Seorang pejalan kaki...melihat rakan-rakannya mampu memiliki kenderaan sendiri...dia sangat cemburu dan teringin....namun dia perlu sentiasa beringat untuk bersyukur, walaupun tidak mampu lagi untuk memiliki kenderaan sebegitu, dia masih boleh berjalan, mempunyai kaki dan kesihatan yang baik untuk beramal berbanding orang yang terlantar sakit di aras katil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa......orang yang terlantar sakit itu juga perlu bersyukur, kerana walaupun terlantar sakit di atas katil tapi masih mampu lagi untuk berzikir dan berdoa kepada Allah berbanding orang yang mati dalam sia-sia (su'ul khatimah)

Itu dari segi duniawi, tetapi dari segi menuju ke akhirat, kita perlu lihat dan mencontohi orang yang lebih tinggi iaitu banyak ilmu dan lebih beriman dari kita ;)

Setiap hari kita sering berdoa meminta ditambahkan itu dan ini tentang keperluan duniawi, betul tak? Tapi ramai yang jarang berasa cukup dgn apa yang Allah berikan, walau sekecil mana pun pemberian itu. Muhasabah jom! Semoga kita berusaha untuk menjadi golongan yang bersyukur. Chaiyok! chaiyok ^_^

::Alhamdulillah::








2 comments:

travelogmswiki said...

Teringat soalan Pendidikan Islam saya ketika di Tingkatan dua dahulu

Apakah lawan untuk syukur? (2M)


Punyalah payah saya nak memikirkannya ketika itu.

Ketika perbincangan bersama Ustaz, senang sahaja beliau beri jawapan.

"Syukur maksud mudahnya berterima kasih. Kita solat tanda kita syukur. Tandanya kita berterima kasih. Maka, lawan untuk syukur tentulah tidak berterima kasih."

Jazakallah atas peringatan ini.

muslimah wannabe said...

Alhamdulillah,terima kasih atas komen anda...berterima kasihlah kita kpd Allah sentiasa :)

Gift for newly wed couples