Thursday, August 9, 2012

Tersesat ke kawasan tanah perkuburan selepas bertarawih



Seminggu yang lepas, kebetulan pada malam 14 Ramadhan 1433H (malam jumaat), saya dan mama sama-sama pergi ke masjid berdua sahaja, ahli keluarga yang lain sudah pergi awal. Ibu memecut memandu kereta pacuan empat roda kerana bimbang tidak sempat menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum berjemaah solat Isyak di masjid nanti seperti selalunya. Pada malam tersebut kawasan parking masjid sesak dengan kenderaan, kami tergesa-gesa mencari tempat parking kerana sudah hampir lewat. Alhamdulillah, setelah selesai menunaikan solat berjemaah Isyak, kami selesai menunaikan solat sunat tarawih. Merdu sekali alunan bacaan surah-surah ayat suci Al-Quran dan tartil sekali bacaan imam. Sesudah menunaikan solat sunat witir, saya dan mama singgah menjamu hidangan moreh yang disediakan, sedap sungguh teh tarik ramadhan yang disediakan ^__^

Setelah tiba ke kereta, didapati, kereta kami dihimpit dengan sebuah kereta proton saga di belakang, manakala di hadapan dihalang oleh sebuah lagi kereta, jadi ini menyukarkan mama untuk untuk keluarkan kereta, tapi alhamdulillah berjaya juga, pada malam itu kami memilih untuk mengikut jalan lain untuk pulang ke rumah oleh kerana terlalu banyak kenderaan, malahan kawasan jalan di situ juga agak sempit.

Menyusuri jalan kampung yang baru dilalui, jalan itu diterangi oleh lampu-lampu jalan yang cerah, terdapat beberapa rumah kampung dan simpang jalan kecil yang kami tempuhi. Lama kelamaan, jalan makin gelap, sudah tidak diterangi lampu jalan lagi, kawasan sekeliling hanya diterangi beberapa rumah kampung yang ada sahaja, mungkin malam itu sudah ditakdirkan untuk kami sesat, akibat jalan yang makin gelap, saya dan mama tidak dapat mencari simpang mana yang sebetulnya untuk keluar dari kawasan kampung itu untuk pulang ke rumah. 

Terdetik di dalam hati, "Ke mana sudah saya dan mama sampai ni, sudahla tak bawak handset dan apa-apa, hanya bertelekung dan sejadah saja yang dibawa"...hati menjadi makin resah, mama pula membawa kereta perlahan-lahan dan mulut mama tidak berhenti-henti berdoa, berzikir dan beristiqfar kepada Allah, apabila tiba di satu jalan kami bertemu dengan dua simpang, ke kiri, tidak tertulis apa-apa, jika ke kanan tertera papan tanda "Jalan Tunku Abdul Rahman"...dalam hati berkata " eh..dekat kampung sini pun ada jalan TAR ka?"...oleh kerana tertera nama jalan Tunku Abdul Rahman, saya dan mama hanya bertawakal dan belok ke arah kanan jalan itu. Tidak lama kemudian, kawasan jalan menjadi sangat sunyi dan gelap, hanya diterangi dengan bengan cahaya bulan yang indah di langit dan lampu kereta mama sahaja.

Apabila saya dan mama menoleh ke kiri dan kanan jalan, rupa-rupanya, di betul-betul bahagian kanan terdapat satu tanah perkuburan yang kecil, terdapat beberapa kubur ditanam di situ, tanpa berpagar apa-apa pun, manakala di bahagian kiri hanya pokok-pokok dan satu kawasan yang lapang, tetapi tidaklah begitu besar ruangnya, di hadapan jalan pula penuh dengan semak samun yang tumbuh meliar hingga hampir menutupi jalan yang semakin lama semakin kecil. Saya hanya terdiam dan dalam hati berzikir dan cuba berfikiran positif.

Saya menasihatkan kepada mama supaya membelok kereta, akibat jalan yang sempit, saya turun dari kereta untuk memberi isyarat kepada mama bahawa untuk masuk ke kawasan lapang dan undur semula sedikit ke belakang supaya dapat berpatah balik untuk mencari jalan pulang.. minyak ditekan dengan kuat berkali-kali kerana untuk undur dari kawasan lapang itu agak rendah dari jalan kecil itu...Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga, hati menjadi lega sedikit...berada di kawasan tersebut terasa seolah-olah di dunia lain kerana sunyi dan gelap sahaja, hanya dapat mendengar suara dari masjid yang kami solat tadi, di mana imam sedang mengalunkan surah Al-Quran menunaikan tarawih hingga 20 rakaat.

Setelah berpatah balik dan sampai semula di kawasan yang berlampu jalan, mujur terdapat kanak-kanak dari kampung ini yang sedang berjalan pulang ke rumah dari masjid, kami bertanya jalan keluar, alhamdulillah, berjaya juga jumpa jalan keluar dan selamat pulang ke rumah. Saya dan mama berasa sangat bersyukur, perasaan resah menyelubungi diri apabila teringatkan kawasan yang kami sesat tadi, betapa sunyinya, dalam hati berkata "suatu hari nanti aku akan mati dan ditanamkan masuk ke liang lahad juga, aku tidak mahu sunyi dan berseorangan di soal malaikat Munkar dan Nakir, aku mahu ditemani... ditemani oleh Al-Quran"

Muhasabah diri, dekatkanlah diri kita dan sayangi Al-Quran, bermanjalah dan ber"sweet2" dengan Al-Quran dengan membaca ayat-ayat cinta Allah S.W.T ditujukan khas kepada umat Nabi Muhammad S.A.W....walaupun jika tidak lancar membacanya, sekurang-kurangnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar......dengan hanya melihat Al-Quran mendapat pahala...Mudah-mudahan kita terus beristiqamah membaca dan mengaji Al-Quran setiap hari bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi sepanjang hayat kita di dunia ini selagi masih ada peluang untuk bernafas ^___^



4 comments:

Nick Nashram said...

berdebar jugak baca entri ne..alhamdulillah, mujur selamat.pernah kena jugak camne.lalu ikut jalan kampung nak cari tempat tapi sesat..huhu

fatayat eshmaal said...

first time lalu sesat,xpa,pengalaman kan...nnt insyaAllah x sesat dah, trima kasih sudi baca =)

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

saya pernah kena perkara yg sama juga. bulan Ramadhan lima tahun dulu. betul-betul berada di tgh tgh tanah perkuburan. mmg satu pengalaman.

fatayat eshmaal said...

mesti ada hikmahnya kan, Allah hendak menguji hambanya

Gift for newly wed couples