Sunday, November 11, 2012

Segmen: Aku Blogger Bertuah by Izzah Ismail


Saya suka berblogging kerana saya suka berkongsi maklumat dan ilmu dengan orang lain secara maya :)

klik banner di atas untuk join ya :)

Ya Habibi, Ya Muhammad :)


Sangat indah sifat fizikal Baginda, even seorang ulama Yahudi yg baru first time face to face dengan Baginda terus melafazkan keislaman dan mengaku atas kebenaran yg disampaikan Baginda, masyaAllah (^_^)


Kata-kata apresiasi para sahabat:
  • Aku belum pernah melihat seorang lelaki yang sekacak  Rasulullah S.A.W
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya bercahaya seperti bulan purnama
  • Wajahnya tidak bulat, tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Dahi Baginda luas,raut kening tebal, terpisah di tengahnya
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah
  • Mata Baginda hitam, dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya
  • Mulut Baginda bersederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah
  • Kepalanya terlalu besar tapi terlalu elok bentuknya
  • Rambutnya sedikit ikal
  • Rambutnya tebal, kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
  • Rambutnya terbelah ditengah
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut, kecuali datu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antar kedua bahunya lebih daripada biasa
  • Seimbang antara kedua bahunya
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik
  • Kakinya berisi, tapak kakiknya terlalu licin sehingga tidak melekat air
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat, tetapi campuran coklat dan putih
  • Warna putihnya lebih banyak
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan
  • Warna kulitnya putih tetapi sihat
  • Kulitnya putih lagi bercahaya
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
  • Badannya tidak gemuk
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tetapi berukuran sederhana lagi kacak
  • Perutnya tidak buncit
  • Baginda cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi dari mereka

Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia ini



Gift for newly wed couples