Friday, February 8, 2013

Segmen: Menang RM 200 By Putry Mirah



klik banner ni untuk join ;)

Segmen ni tamat di akhir bulan Februari 2013
Dasatnya segmen ni..hui3


Jalan-jalan ke Kilang Teh BOH


Perjalanan dimulakan dari Desa Anthurium Apartment Cameron Highlands, di suatu pagi yang sangat sejukkkk!! 


Untuk sampai ke kilang teh BOH Sg. Palas, kena mendaki dulu, ladang teh ni sangat cantik, sejuk mata memandang, seolah-olah rasa berada di dunia lain, aman dan nyaman, subhanAllah :)


Jom mendaki lagi, hehe...seronok mendaki dalam suhu yang sejuk, selesa sangat, ;)




dah sampai atas! :)

info & facts tentang kilang ni
sebelum masuk dengar briefing dulu tentang overall procedure dalam kilang :)


_________________________________________________________________________________
-BOH Tea Production-

1st Stage: Withering
  • The green leaves are spread in troughs with perforated beds through which air is blown powerful fans
  • The aim is to reduce the moisture content of the leaves by about 40% to 50% and render the leaves flaccid
  • The process stimulates natural chemical reaction within the leaves, which is vital for product quality
  • The withering process takes place overnight

2nd Stage: Rolling
  • The rollers used at this factory date back to 1935
  • These machines twist and break the withered leaves, distorting and rupturing the internal cells
  • Liberating and exposing its juices for fermentation

3rd Stage: Fermentation

  • Fermentation or more accurately oxidation, is a natural chemical process in which enzymes in the leaves are exposed to oxygen
  • Traditionally, the broken leaves are spread onto trays. Before fermentation, the leaves are in green in colour but at the end they turned into coppery colour.
  • The critical stage of manufacturing usually takes about 1 and a half to 2 hours, during which the characteristics flavour and aroma are developed. The process has to be carefully controlled for optimum results           

4th Stage: Drying
  • The fermented leaves are fed into machines through which is hot air is passed at temperatures nearing to 100 degrees C
  • This halts the fermentation action, reduces the moisture content to less than 3% and crystallize the juices, thus converting the leaves into its familiar crisp black form
  • The drying process is completed in approximately 20 minutes
  • To produce the hot air, the furnace uses old rubber wood branches

5th Stage: Sorting
  • After drying, the made tea is graded according to particle size by passing it through a series of vibrating sieves
  • Stalks and fibres are also extracted
  • Each grade of tea has its own density and flavour characteristics
_________________________________________________________________________________

Lepas dah tengok processing di kilang, singgah minum air teh di cafe BOH centre nie, kebetulan ada pasangan suami isteri dari Jepun di meja sebelah, jadi sempat bertegur sapa dan berkenalan (^_^)


bunga dan bunga dan bunga! 

tak sah kalau tak singgah ke Smoke House jika datang ke CH :)



Wednesday, February 6, 2013

Segmen: Ayu's Felt Craft

click comel comel di atas ni utk join (n_~)

_________________________________________________________________________________


ehehe (^_^)

saya dah like Ayu's FELT CRAFT
by the way, owner Felt Craft ni dari UPM jugak ya?
Salam perkenalan (^_^)

Expiry date: 16 Februari 2013


First Giveaway by Nasriz Fardisza



Expiry date: 3 Mac 2013

Nak join? Klik banner dan penuhi syarat2nya oke ;)

Monday, February 4, 2013

SEGMEN: Blogwalking dan Kenali IPT



Sharing is caring, jadi untuk menyahut seruan segmen ni, mari kenali IPT saya, sekarang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dah masuk tahun ketiga pengajian di sini. Secara ringkasnya UPM serius sangat BESAR kawasannya, dan banyak pokok, kaya dengan kehijauan alam sekitar. UPM ni dikenali sebagai salah satu universiti penyelidikan yang terkenal di Malaysia. Baru2 ni juga UPM mendapat anugerah sebagai "Green-Tech University" :) UPM ada dua cawangan, satu di Serdang, Selangor dan satu lagi di Bintulu, Sarawak (kebanyakkan kos diploma di Bintulu)




 Kursus yang diambil

Okay, bila sebut UPM, mesti ingat pertanian je kan? But actually as time goes semakin banyak kursus ditawarkan dalam bermacam2 bidang. Cakap tentang kursus ni okeh saya mengambil kos Bachelor Sains dan Teknologi Makanan ataupun singkatan senang dipanggil "Food Tech". Kalau kos sains, kebanyakannya 8 semester (4 tahun pengajian), kalau kos bahasa dan sastera selalunya 6 semester (3 tahun pengajian), kos medic lama skit (5 tahun pengajian). 

Bercakap tentang kos "Food Tech" ni adalah kos yang lebih kepada berkaitan industri makanan, bukan mcm chef masak2 dkt dapur ya...hehe,sebab orang selalu salah faham, tapi kalau berminat dalam bidang masak memasak bolela apply kos sains pengajian makanan (food service), kos ni di bawah satu fakulti yang sama iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. 

Yang specialnya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM adalah fakulti sains teknologi makanan yang terbaik di antara uni2 di Malaysia kerana di ajar oleh pensyarah2 yang berpengalaman daripada uni2 yang terbaik di dunia. Fakulti ni juga ada kedai bakery dan dewan banquet (restoran) yang bernama L'apperenti cafe di mana  pernah dijadikan tempat untuk majlis santapan Diraja. UPM ni lecturer2 dia bukan hanya lecturer tempatan tapi ada juga lecturer foreigner yang akan ajar, especially kos "Food Tech". Kat gambar bawah ni dapat adalah summary apa sebenarnya student "Food Tech" belajar :)


L'apperenti Cafe
Kos ni memerlukan minat yang tinggi dalam bidang makanan, rasanya kos apa2 pun akan ada cabarannya, yang penting kena ada minat (n_~) Job prospect dalam bidang ni sangat meluas, bidang teknologi makanan sangat diperlukan zaman ini, lebih2 lagi dalam menangani isu Halal :)

Kolej Kediaman

Kolej kediaman atau hostel di UPM ada 17 buah kolej kediaman, nak bagitau awal2, bila tinggal di kolej kediaman perlu sentiasa aktif kalau tak, akan dikeluarkan, tak dapat 'stay' kolej. Penyingkiran dari kolej selalunya akan dibuat tiap2 kali habis 2 semester.Tapi bagi student first year WAJIB stay di kolej. Cabaran belajar di universiti salah satunya adalah sama ada dapat seimbangkan akademik dan penglibatan aktiviti di kolej/universiti atau tidak, kena banyak bersabar dan pandai bahagi masa, itu yang penting. 

Tapi sapa2 yang prefer tak nak tinggal di kolej kediaman, bole je cari tempat tinggal di luar kawasan UPM, duduk rumah sewa ramai2 ke, terserahlah :) Study dekat universiti, tak kan lari dari keadaan berebut bas, perkara biasa dh di uni, bas pun dah macam tin sardin kadang2 sebab terlampau penuh dengan orang, kena sabar ya tunggu bas (^_^). Kalau ada kenderaan sendiri untunglah, tapi student 1st year tak bole lagi, 2nd year dan ke atas baru dibenarkan bawa kenderaan.

Contoh kolej kediaman di UPM: Saya menginap di Kolej Tun Perak (kolej ke-8)


Keindahan alam sekitar di UPM memang tak dapat di sangkal, UPM juga selalu jadi tempat penggambaran filem, contohnya filem "Magika" yang bertempat di sekitar kawasan ladang UPM. Tempat rekreasi yang popular di UPM ialah Bukit Ekspo, kawasan ni sangat besar dan selalunya akan meriah waktu minggu Konvokesyen dan ramai juga yang menyewa untuk dijadikan lokasi kenduri kahwin.


Kawasan Ladang UPM

Kata-kata pesanan Imam Asy-Syafii RH:
"Barangsiapa tak mampu menanggung sedikit derita dalam mencari ilmu , maka dia akan menyesal sepanjang masa"



Cinta.Kekayaan.Kecantikan.Kesedihan.Kegembiraan




Di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda2 abstrak, ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Di awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun, tiba2 datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat2 menyelamatkan diri.

CINTA sangat bingung kerana ia tak dapat berenang dan takda perahu. Ia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Air sudah makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama kmudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu KEKAYAAN menjawab, "Aduh! Maaf CINTA!".

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pun sudak tiada ruang lagi bagimu dalam perahu ini."

Lalu KEKAYAAN cepat2 mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA berasa sangat sedih, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN datang dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!" teriak CINTA

Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana jumpa perahunya hingga ia tuli tidak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama kemudia, datang muncul pula KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!" teriak CINTA

KECANTIKAN menjawab "kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu. Nanti kamu mengotori perahu aku yang indah ini"

CINTA sangat sedih dan menangis teresak2. Apa salahku hingga semua orang melupakan ku. Saat itu tibalah KESEDIHAN.

"Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA

KESEDIHAN menjawab "Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan nak bersendirian saja..."

CINTA berputus asa, ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap supaya dirinya dapat diselamatkan. Ia berdoa kepada Tuhannya, "Oh Tuhan, tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa ku, tanpa CINTA?"

Di saat kritikal itu tiba2 ada satu suara, "CINTA! Cepat naik perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang kayuh perahunya. CINTA cepat2 naik perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulai terdekat, org tua itu menurunkan CINTA. CINTA tak kenal pun siapa org tua itu. Rupanya orang tua itu adalah WAKTU. CINTA bertanya "kenapa engkau menyelamatkan aku?" Aku tak kenal engkau, bahkan kawan2 yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan. Kata orang tua itu " kerana hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu..."


Gift for newly wed couples