Monday, February 4, 2013

SEGMEN: Blogwalking dan Kenali IPT



Sharing is caring, jadi untuk menyahut seruan segmen ni, mari kenali IPT saya, sekarang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dah masuk tahun ketiga pengajian di sini. Secara ringkasnya UPM serius sangat BESAR kawasannya, dan banyak pokok, kaya dengan kehijauan alam sekitar. UPM ni dikenali sebagai salah satu universiti penyelidikan yang terkenal di Malaysia. Baru2 ni juga UPM mendapat anugerah sebagai "Green-Tech University" :) UPM ada dua cawangan, satu di Serdang, Selangor dan satu lagi di Bintulu, Sarawak (kebanyakkan kos diploma di Bintulu)




 Kursus yang diambil

Okay, bila sebut UPM, mesti ingat pertanian je kan? But actually as time goes semakin banyak kursus ditawarkan dalam bermacam2 bidang. Cakap tentang kursus ni okeh saya mengambil kos Bachelor Sains dan Teknologi Makanan ataupun singkatan senang dipanggil "Food Tech". Kalau kos sains, kebanyakannya 8 semester (4 tahun pengajian), kalau kos bahasa dan sastera selalunya 6 semester (3 tahun pengajian), kos medic lama skit (5 tahun pengajian). 

Bercakap tentang kos "Food Tech" ni adalah kos yang lebih kepada berkaitan industri makanan, bukan mcm chef masak2 dkt dapur ya...hehe,sebab orang selalu salah faham, tapi kalau berminat dalam bidang masak memasak bolela apply kos sains pengajian makanan (food service), kos ni di bawah satu fakulti yang sama iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. 

Yang specialnya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM adalah fakulti sains teknologi makanan yang terbaik di antara uni2 di Malaysia kerana di ajar oleh pensyarah2 yang berpengalaman daripada uni2 yang terbaik di dunia. Fakulti ni juga ada kedai bakery dan dewan banquet (restoran) yang bernama L'apperenti cafe di mana  pernah dijadikan tempat untuk majlis santapan Diraja. UPM ni lecturer2 dia bukan hanya lecturer tempatan tapi ada juga lecturer foreigner yang akan ajar, especially kos "Food Tech". Kat gambar bawah ni dapat adalah summary apa sebenarnya student "Food Tech" belajar :)


L'apperenti Cafe
Kos ni memerlukan minat yang tinggi dalam bidang makanan, rasanya kos apa2 pun akan ada cabarannya, yang penting kena ada minat (n_~) Job prospect dalam bidang ni sangat meluas, bidang teknologi makanan sangat diperlukan zaman ini, lebih2 lagi dalam menangani isu Halal :)

Kolej Kediaman

Kolej kediaman atau hostel di UPM ada 17 buah kolej kediaman, nak bagitau awal2, bila tinggal di kolej kediaman perlu sentiasa aktif kalau tak, akan dikeluarkan, tak dapat 'stay' kolej. Penyingkiran dari kolej selalunya akan dibuat tiap2 kali habis 2 semester.Tapi bagi student first year WAJIB stay di kolej. Cabaran belajar di universiti salah satunya adalah sama ada dapat seimbangkan akademik dan penglibatan aktiviti di kolej/universiti atau tidak, kena banyak bersabar dan pandai bahagi masa, itu yang penting. 

Tapi sapa2 yang prefer tak nak tinggal di kolej kediaman, bole je cari tempat tinggal di luar kawasan UPM, duduk rumah sewa ramai2 ke, terserahlah :) Study dekat universiti, tak kan lari dari keadaan berebut bas, perkara biasa dh di uni, bas pun dah macam tin sardin kadang2 sebab terlampau penuh dengan orang, kena sabar ya tunggu bas (^_^). Kalau ada kenderaan sendiri untunglah, tapi student 1st year tak bole lagi, 2nd year dan ke atas baru dibenarkan bawa kenderaan.

Contoh kolej kediaman di UPM: Saya menginap di Kolej Tun Perak (kolej ke-8)


Keindahan alam sekitar di UPM memang tak dapat di sangkal, UPM juga selalu jadi tempat penggambaran filem, contohnya filem "Magika" yang bertempat di sekitar kawasan ladang UPM. Tempat rekreasi yang popular di UPM ialah Bukit Ekspo, kawasan ni sangat besar dan selalunya akan meriah waktu minggu Konvokesyen dan ramai juga yang menyewa untuk dijadikan lokasi kenduri kahwin.


Kawasan Ladang UPM

Kata-kata pesanan Imam Asy-Syafii RH:
"Barangsiapa tak mampu menanggung sedikit derita dalam mencari ilmu , maka dia akan menyesal sepanjang masa"



25 comments:

Husna Humairah said...

oh UPM :) ada cousin perempuan kt sana, kolej 5. slalu gak hntr dia balik kolej, mmg besar lah UPM tu :)

haa terima kasih sbb mnyahut seruan join sgmen ni. hehee :)

apapun, sy dah follow back..

okay, jgn lupa blogwalking peserta lain jgk --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

fatayat eshmaal said...

hehe...owh yeke, same2 :)

Erna Shafiqah said...

wah, bestnye...USIM pun ade jugak course food tech, tp seperti sedia mklum, UPM memg gempak2 kan sume student dye..hehe...gud luck ye dear...

sy da follow.. :)

'adawiyah said...

Hai..membalas ziarah disini:) dari segmen yg sma..waaahh..besar UPM nih, cantik...

iela_kylla said...

dah dtg..hai UPM-ians.. teruja bila cakap pasal upm kan.. anyway dah tahun 3 rupanya.. gud luck for the next semester eh..

Ubaidullah Jaafar said...

nice =), singgah segmen saya jugak
http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

fatayat eshmaal said...

erna: eh, biase2 je, xde gempak2 ;)
adawiyah: UPM mmg sgt besar, jgn sesat..hehe :)

iela: hi! second year kan? all the best di UPM :)

ubai: Tengs, sudah ziarah blog anda:)

^^eKaTiKaH^^ said...

UPM memang besar kawasannye.. best kalau merayau.. hikhik.. :P

Datang dari segmen yg same. Salam perkenalan. Kite dari UTM :)

FarhanahAdzlan said...

assalamualaikum :) jumpa jugak akhirnya yg amik food tech ni.huhu. saya minat nak amik course tu tapi saya tak jumpa kat upm time isi borang upu kat uitm adalah. sis amik diploma ke degree?
saya rancang untuk amik course food tech or science untuk dip then degree saya amik dietition.

fatayat eshmaal said...

owh, bagusla minat, saya amik degree food tech di upm serdang, eh, mesti ada punya dlm upu,..nape nk amik dip dlu food tech? owh,mmg minat kos2 dlm bidang makanan la ye, kalau food tech ni basic chemistry kena kuat supaya senang faham :)

Atiqah Ivy said...

Hebat :)
sy pernah stay seminggu kat upm..
sbb join MASUM masa upm jadi tuan rumah..
mmg BESaR GILER...sesat dibuatnye
hehe..

fatayat eshmaal said...

haha...sesat dkt upm mmg wajib ^_^

Yong Baiaah said...

datang sini kembali :)

fatayat eshmaal said...

terima kasih ;)

FarhanahAdzlan said...

dulu akak amik dip apa?
yg sya jmpa kat upu tu upm untuk yg pertanian seingat sya. takde untuk course food tech untuk diploma.
chemistry sya ok dah kott time skolah dulu ehhehe.
saya amik food tech dulu sbab degree nanti saya nak amik course dietition :)

Nana Lee said...

singgah dr segmen yg sama

pernah lalu je sebab nak gi umah kawan kt kajang..:)

btw, i follow & gud luck!

fatayat eshmaal said...

tenkiu! student UPSI ye, kakak ipar saye ex student dkt situ ;) all the best

fatayat eshmaal said...

Farhanah Adzlan: akak x amik dip, dari matrik trus amik degree foodtech, owh...baru tingat, klau nk isi dkt upu, pas matrik atau form six atau asasi baru bole pilih kos foodtech, kalau yg baru pas form 5 mmg hanya ada asasi pertanian, asasi ni mcm asasi sains U lain jugak, nnt after asasi baru bole pilih kos food tech...ikut minat adiklah ye, kalau food tech ni belajar mcm2 bidang dan skop dan byk cabang :)

FarhanahAdzlan said...

ok thankz akak :) appreciate it :)

Arita Atira said...

salam..dari segmen yang sama... saje terjah.. done Follow here.. Follow Me Back.. Tq and GOOD LUCK ! !

http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Hamba Faqir said...

bw dr segmen yg sama..follow sini ;)

fardiyah said...

POKOK TU!!! hehe salu nampak dari highway masa nak g the mines..
http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Husna Humairah said...

PERHATIANNNNNNNNN!

Pemenang dah diumumkannnn--> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/pemenang-segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Adakah anda pemenangnya? CHECK IT OUTTTTTT! :D

Nur Dzafirah said...

Kata-kata pesanan Imam Asy-Syafii RH:
"Barangsiapa tak mampu menanggung sedikit derita dalam mencari ilmu , maka dia akan menyesal sepanjang masa"

:)

nuraisyahazman said...

Salam saya nk minta lebih penjelasan pengajian makanan boleh ? Sbb saya dpt tawaran kos tu . Hee terima kasih :)

Gift for newly wed couples