Sunday, July 14, 2013

Balasan Mempermainkan Sunnah!

Kisah ini mungkin ada yang sudah tahu, saya rasa kisah benar ini perlu dikongsi sebagai pengajaran dan pedoman kepada kita khasnya sebagai umat Islam yang hidup di akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Sunnah ialah peninggalan yang amat berharga daripada Rasulullah SAW. Namun, ramai yang tidak acuh malah ada yang menghinanya. Semoga kisah ini dapat memberikan keinsafan kepada diri kita.

Ibnu Khalikan meriwayatkan dalam al-Wafayat dan Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa an-Nahiyah, daripada tulisan Qutubuddin al-Yuniniy;

"Telah sampai kepada kami cerita tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Salamah dari daerah Busra yang berperangai keji dan gemar mempermainkan hadis."

Pada suatu hari dia telah mendengar tentang siwak (bersugi) dan kelebihan menggunakannya. Apabila mendengar perkara tersebut, dia berkata,"Demi Allah! Bagiku siwak ini hanya layak digunakan di tempat keluar ini," sambil menunujukkan bahagian punggunggnya. Dia lantas mengambil kayu siwak itu lantas memasukkannya ke bahagian punggungnya kemudian mengeluarkannya kembali.

Akibat daripada perbuatan kejinya itu, dia telah merana selama 9 bulan mengadu sakit dalam perut dan bahagian dubur.

Setelah berlalu 9 bulan itu, dia telah melahirkan seekor binatang yang ganjil sifatnya, seperti seekor tikus. Tetapi binatang itu mempunyai kepala seperti kepala ikan dengan empat batang taring yang amat besar, ekor yang tajam, dan empat batang jari. Bahagian belakangnya pula seperti belakang arnab. Sebaik sahaja keluar dari perut Abu Salamah, binatang itu terus menjerit sebanyak 3 kali sebelum dipukul oleh anak perempuannya di bahagian kepala sehingga mati.



Abu Salamah hanya diberikan Allah umur selama dua hari selepas musibah itu berlaku ke atasnya. Sebelum matinya, dia sempat berkata makhluk ini telah pun membunuhku dan memakan ususku.

Peristiwa pelik ini turut disaksikan oleh ramai penduduk setempat dan para guru, sebahagiannya sempat menyaksikan haiwan itu semasa masih hidup dan sebahagian yang lain melihatnya selepas mati dibunuh.



2 comments:

Azham Vsvc said...

Sama-samalah kita renungkan....terima kaseh atas perkongsian...

Hafiz Jamil said...

Nauzubillahi min zalik

Gift for newly wed couples