Friday, May 16, 2014

Ikan keli bakar cicah air asam sedap! Tapi tahukah anda?




Fatwa Jakim mengenai hukum memakan binatang Jallalah (cth ikan, ayam atau ternakan lain) yang diberi makan najis adalah MAKRUH TANZIH. Ia tetap halal dimakan jika tiada perubahan bau pada tekstur dagingnya. Meaning, ia halal dimakan setelah melalui istihalah. (Sumber: Sahabat Halal)

Jika ada perubahan bau, mazhab Syafiiyyah meletakkan syarat, binatang itu perlu dikuarantin terlebih dahulu. Bagi binatang kecil seperti ayam atau ikan, perlu dikuarantin selama 3 hari, kambing 7 hari, manakala lembu atau unta harus 40 hari. Sebagai tambahan, jumhur ulama termasuk imam Syafie rahimahullah alaih, arak termasuk dalam kategori najis hissiyah (yang boleh dikesan dengan pancaindera).Binatang tiada hukum taklif untuk menanggung dosa jika diberi makan/minum najis. Maka jika disembelih dengan sempurna, ia masih halal dimakan.


Baru-baru ni, saya dan rakan2 baru membentangkan tentang Isu Ikan Keli, jadi saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit perkongsian dgn blogger2 dan pembaca2 sekalian tentang isu ini sebab kita kan sebagai pengguna, perlu sedia maklum juga tentang hal ini. Isu ikan keli deiberi makan dengan sisa dari khinzir menjadi isu sejak tahun 2010, dan pada tahun 2012, satu penyelidikan telah dilakukan untuk memperjelaskan tentang isu ini dan penyelidikan dilakukan untuk indicate tempoh specific untuk kuarantinkan ikan ini.


Penyelidik2 di Malaysia telah mengesahkan, jika ikan keli memakan benda2 yang mengandungi sisa2 dari sumber yang haram, contohnya dari sumber babi/khinzir, haiwan al-jallallah ini perlu dikuarantinkan selama 1.5 hari kerana haiwan ini perlu melalui proses istihalah dahulu atau transformasi sepenuhnya dari segi kandungi kimia dan fizikal. Atau dalam kata lain, istihalah dari segi istilah syarak, adalah perubahan yang berlaku ke atas zat iaitu perubahan zat asal kepada zat baru yang berbeza dari segi rasa, warna dan bau.

Ia melibatkan proses mentransformasikan sesuatu unsur kepada unsur yang lain sehingga menghilangkan terus sifat yang ada pada unsur asal. Mazhab Shafie mentafsirkan istihalah adalah menghilangkan sifat zat najis kepada sifat yang lain, seperti menghilangkan sifat mabuk daripada arak menjadi cuka.

Determination of quarantine period in African catfish fed with pig offal to ensure compliance with Halal standards

Pengetahuan tentang hal ini, kebanyakkan peniaga tidak tahu tentang kuarantin ikan keli ini, contohnya seperti yg dipetik dalam Berita Harian Online ini:


Isu tentang gelatin juga menjadi kecurigaan disebabkan kandungan yang terdapat di dalamnya:



Pernah dengar tentang cendawan mekah tak? Atau kulat? Benda yang digelar cendawan mekah ini nama commercial nya adalah bacterial cellulose terhasil dari proses fermentasi dari teh dan gula dan mother culture of SCOBY (symbiotic colony of bacteria and yeast) atau KOMBUCHA. Bacterial cellulose ni berpotensi untuk dijadikan makanan kepada haiwan seperti ikan keli ini. Jadi bila dah ada bacterial cellulose, ini dapat menggantikan kandungan protein dari sumber haram contonhya, babi, secara tak langsung tiada unsur syubhah atau kecurigaan.


Kombucha (bacterial cellulose) saya :)

Bacterial cellulose tinggi dengan sumber protein yang berkualiti dan pernah dilakukan research di sebuah universiti di India terhadap ayam, research itu menunujukkan penggunaan bacteria cellulose ini sgt sesuai digunakan sbg dietary supplement untuk makanan haiwan. Secara logiknya rasa, kos untuk maintain juga tidak mahal, kan bagus kalau penyelidik di Malaysia dapat further kan research dan dikomersialkan, baru dapat makan ikan keli dengan tenang :) Dekat US bacterial cellulose kombucha ni dah lama dijadikan dietary supplement kepada haiwan, tak caya, tengok video Kombucha Kamp ni (^_^):



Jadi, sapa2 yang meniaga atau ada saudara2 yang menternak ikan keli tu jika tidak tahu, sampai2kanlah maklumat ini yang ikan keli perlu dikuarantinkan selama 1.5 hari dahulu.

Post ni hanyalah dari pengetahuan dan pembacaan saya saja, kalau ada salah maklumat atau ada yang tak kena, sila tegur dan kongsikan (^_^)

Gift for newly wed couples